Sementara UAE melancarkan Al-Amal yang akan capai orbit Marikh pada Feb 2021, China juga akan melancarkan Tianwen-1 pada 23 Julai yang akan mendarat di Marikh pada April 2021, menjadikan China negara ke-3 yang mendarat di Marikh selepas USSR & US.Kenapa negara-negara ini semua berlumba-lumba ke Marikh? Ada apa di Marikh?

Penerokaan angkasa (space exploration) selain untuk kajian sains, ia adalah sebahagian daripada politik antarabangsa.

Let’s call it “astropolitics”. Macam “geopolitics” di mana negara merebut kawasan strategik, cuma ia bukan berlaku atas bumi (geo) tapi di angkasa (astro).

Di zaman P3rang Dingin (1948-1991), US dan USSR berlumba-lumba di angkasa (“space race”) sebagai sebahagian daripada game diorang untuk dominasi dunia.

USSR melancarkan satelit pertama (Sputnik) pada Oktober 1957, US balas dengan Explorer pada Januari 1958.

USSR hantar manusia pertama ke angkasa (Yuri Gagarin) pada April 1961, US pun balas pada bulan seterusnya (Alan Shepard).

USSR sampai ke bulan dulu pada tahun 1966, then US up lagi level game dengan mendaratkan manusia di bulan pada tahun 1969.

USSR malas nak layan, move on, hantar pesawat mendarat di Marikh pada 1971. US pun ikut sampai ke Marikh pada tahun 1976.

Masuk ke 1980-an, perlumbaan US-USSR di angkasa jadi slow sebab masalah di bumi lagi kritikal: USSR terjebak dengan perang di Afghanistan, dan US sokong mujahideen di Afghanistan untuk lawan USSR.

Perang Afghanistan 1979-1989 akhirnya menyebabkan kejatuhan rejim komunis USSR dan USSR berpecah kepada 15 negara termasuk Russia. Perang Dingin tamat, tiada lagi keperluan space race.

Tapi dengan kebangkitan China dan India, kebangkitan semula Russia (negara pewaris USSR), space race pun dihidupkan balik.

Cuma “new space race” tak macam space race dulu yang bersifat “touch and go”. Kali ini US dan kuasa-kuasa besar semua nak lawan siapa boleh bina penempatan di planet selain bumi. Bulan dan Marikh adalah batu loncatan pertama .

US target nak kembali kepada bulan sebelum tahun 2024 untuk membina pengkalan tentera angkasa, diikuti dengan Marikh.

Actually roadmap “space colonization” ni dah ada sejak 1960-an: bermula dengan bulan, Marikh, Ceres (“dwarf planet” di antara Marikh dan Musytari), Genymade (satelit terbesar Musytari), Callisto (satelit ke-2 besar Musytari) dan akhir sekali Titan (satelit terbesar Zuhal).

Sebab tu bila orang tanya Elon Musk what’s next kalau dia berjaya bawak manusia ke Marikh, dia simply jawab Ceres, Genymade, Callisto dan Titan. Kewujudan usahawan yang obses dengan angkasa macam Musk ni lagilah membantu US untuk capai roadmap dia.

So far, hanya 7 negara/entiti yang sampai ke bulan: USSR, US, Jepun, Eropah, China, India dan Israel.

Yang sampai ke Marikh hanya USSR, US, Eropah, India dan bakal diikuti oleh UAE dan China.

Hanya US yang sampai ke Ceres pada tahun 2015.

Misi UAE ke Marikh selain untuk meraihkan ulang tahun ke-50 kemerdekaan UAE daripada British pada 1971, ia juga berfungsi sebagai power projection.

Iran dan Turki pun tak sampai lagi, apatah lagi Saudi yang selama ini berlagak sebagai abang long UAE.

Pemilihan seorang wanita (Sarah al-Amiri) sebagai menteri sains yang mengetuai projek Marikh juga nak menonjolkan UAE ni “progresif” macam Qatar, bukan macam Saudi. Ini cara untuk naikkan “soft power” UAE.

Malah perancangan long-term UAE memang nak mendirikan penempatan manusia di Marikh menjelang tahun 2117. Jangan ingat diorang main-main. Burj Khalifa dan Kepulauan Dunia kat Dubai tu pun orang UAE punya kerja.

Bagi China, misi ke Marikh adalah untuk memenuhi “destini”-nya sebagai kuasa besar yang setaraf dengan USSR dan US. China dah mendarat di bulan macam USSR dan US, jadi sekarang kena sampai ke Marikh juga. Dan lepas ni mungkin akan bersaing dengan US di Ceres pulak.

“Star Wars” bukan lagi fantasi. Mungkin di masa depan, bumi hanyalah salah sebuah “negara” manakala dunia yang lebih luas adalah angkasa.

Cam biaso, soalnya kita ni dah ready ke belum dalam dunia sebegini? Bukan soal sains, teknologi tapi juga soal etika, moral compass etc.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.