Apabila pokok terakhir ditvmbangkan, ikan terakhir dimakan, sungai terakhir diracvn, pada waktu itulah kalian akan sedar yang kalian tidak boleh makan duit. Pepatah itu disebut seorang asli Amerika yang diabadikan H. Wasserman dalam bukunya America Born and Reborn (1983). Perjuangan orang asli yang menentang pendudukan kulit putih sebenarnya sangat lama. Namun selepas beratus-ratus tahun, tiada apa yang dicapai selain daripada integrasi dan asimilasi bersama bangsa dilawan dulu.
Pokok masih lagi ditvmbangkan. Ikan masih lagi dimakan. Sungai masih lagi digeledah. Dan semua aktiviti tersebut dilaksanakan dengan pengurusan tidak bertanggungjawab. Penjarahan hasil bumi berterusan dari masa ke semasa. Dari dahulu hingga sekarang, air dan udara kekal sebagai sumber alam paling berharga sampai tidak ternilai. Namun kedua-duanya masih dicemarkan perindustrian yang tanpa henti membaiki kualiti hidup manusia.
Namun perindustrian ini mempunyai jangka hayat. China sudah mula berpaling daripada arang batu untuk menggunakan gas asli. Industri minyak pun semakin kurang penyertaannya dengan kedatangan dan populariti kereta-kereta elektrik. Dalam masa beberapa dekad, entah-entah sumber minyak akan beransur-ansur menjadi seperti teknologi stim. Andainya perkara tersebut tidak berlaku, rizab sedia ada pun kian berkurangan dengan populasi global sentiasa bertambahan.
Bayangkan pula jika semua sumber alam penting kering digunakan. Realiti tersebut semakin menghampiri. Minyak dan gas asli dipercayai boleh digunakan sehingga tahun 2050-2100 tertakluk kepada permintaan semasa. Arang batu pula mungkin boleh dilombong sampai tahun 2200. Setelah diberikan satu lembah emas, manusia telah mencari satu lagi lembah emas. Sekarang ini apabila lembah emas semasa dijarah sepenuhnya, lembah emas mana pula yang akan diperginya?
Sudah tentunya di luar langit. Perlombongan angkasa merupakan takdir yang tidak boleh ditolak. Sebaliknya, kegiatan tersebut hanya meniti denai masa untuk direalisasikan. Selama ini realiti ini tidak menjadi atas kos yang terlalu mahal. Pendaratan Bulan pada tahun 1969 pun telah menelankan perbelanjaan sebanyak AS$600 bilion (nilai kini), suatu jumlah yang begitu besar (Mishkin, 2019). Kos untuk kembali ke Bulan bagi melengkapkan misi 2024 pula hanya sekitar AS$20-30 bilion sahaja (Bartels, 2019).
Tidak lama lagi, angka akhir akan susut dan susut sehinggalah mencapai kos paling ergonomik. Namum begitu, misi-misi ini mendaratkan manusia di luar angkasa. Walaupun teknologi sudah maju, kekangan biologi masih lagi sama. Manusia tidak boleh terlalu lama terdedah di angkasa, bermakna misi angkasa akan lebih menguntungkan jika menggunakan robot. Dengan industri robotik semakin maju, nampak sangat peluang perlombongan angkasa semakin cerah.
Gabungan teknologi komputer, robotik dan aeroangkasa memangkinkan sebuah lombong yang jika berjaya akan mencetuskan revolusi saintifik tidak pernah dicapai sesiapa. Namun persoalannya, seberapa banyak keuntungan boleh dijana? Antara Marikh dan Musytari terdapat suatu lingkaran yang dipenuhi batu.
Hampir setiap batu-batu ini mempunyai platinum dalam jumlah yang tidak pernah dilombong di Bumi. Dan lingkaran ini mempunyai lebih daripada dua juta asteroid yang terdiri daripada emas, besi dan nikel. Salah satu asteroid yang menggamit perhatian ialah Psyche 16, yang dibawah permukaan logamnya ialah emas dan platinum. Jika asteroid ini dijarah sehabis-habisnya, setiap orang di Bumi ini boleh diisytiharkan hartawan dengan aset berbilion (Pettit, 2019). Dan NASA sebenarnya sedang merancangkan pengembaran ke sana pada tahun 2022.
Kos berbilion dan bertrilion tidak perlu diendahkan pun dengan jurang keuntungan terlalu besar. Lingkaran Asteroid itu sendiri dikatakan mempunyai nilai sebanyak AS$700 quintilion (7 diikuti 20 kosong). Penjarahan lingkaran ini boleh memberikan AS$100 bilion kepada setiap orang di Bumi (Biggs, 2013).
Buat masa sekarang, hanya sumber-sumber dikenali sahaja yang dinampak. Penjelajahan yang diimarahkan NASA ini sangatlah penting untuk menemui sumber-sumber baharu. Dan dengan angkasa yang terbentang begitu luas, tidak pelik pun jika wujud unobtanium dan vibranium untuk menjana kuasa perindustrian. Mungkin dengan elemen-elemen dikenali ini yang boleh dicampurkan sampai terjadinya sumber bahan api baharu.
The sky is the limit nampaknya sudah tidak betul. There is no limit. Ekonomi angkasa bakal bermula.
Sumber:
Bartels, M. (2019, June 14). NASA Chief Says Returning Astronauts to the Moon Could Cost $30 Billion. Retrieved from https://www.space.com/nasa-moon-2024-return-cost-revealed.html
Biggs, B. (2013, June 1). The $700 quintillion Asteroid Belt. Retrieved from https://www.spaceanswers.com/news/the-700-quintillion-asteroid-belt/
Mishkin, S. (2019, July 19). The Apollo Moon Landing Cost the Equivalent of $600 Billion. Here’s Why That Was A Bargain. Retrieved from https://money.com/apollo-11-moon-mission-cost/
Pettit, H. (2019, June 26). Giant golden asteroid contains heavy metals to make everyone on Earth a billionaire – and NASA is heading there in 2022. Retrieved from https://www.thesun.co.uk/tech/9378480/giant-golden-asteroid-psyche-61-billionaire-nasa-2022/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih