Korang yang minat game Assassin’s Creed, mesti tak sabar nak main Assassin’s Creed Mirage yang bakal dilancarkan Oktober 2023. Menariknya, kali ini ia berlatarkan kota Baghdad pada abad ke-9 Masihi yang sedang masyhur di zaman keemasan Islam!

Mirage berlangsung beberapa tahun sebelum Valhalla, iaitu bermula tahun 861. Korang boleh meneroka keunikan kota Baghdad dengan bandar pertukangan Karhk dan taman yang berada dalam bulatan besar kota. Buat pertama kali dalam open world, korang boleh menjejak ke Alamut, iaitu kubu yang telah mengasaskan Assassin’s Creed.

Siri ini memaparkan Basim Ibn Is’haq sebagai watak utama. Korang akan menempuhi pengembaraan bersama Basim, dari seorang pencopet jalanan kepada mahaguru assasin yang sukar dikalahkan. Korang juga boleh memahami bagaimana organisasi ini berkembang dari peristiwa Assassin’s Creed Origin, apabila ia mula-mula diasaskan oleh Aya dan Bayek di Mesir. Buat kesekian kali, korang akan lebih mengerti siapakah The Hidden Ones.

Pelancaran game Assassin’s Creed Mirage menunjukkan bahawa dunia tidak pernah melupakan keagungan Baghdad. Khalifah Abu Ja’far al-Mansur (754-775 M) yang memimpin Bani Abbasiyah telah membinanya sebagai kota berbentuk bulat yang pertama di dunia. Ia menelan belanja lebih 18 juta dinar emas.

Kota ini mencapai puncak zaman keemasannya di tangan Khalifah al-Ma’mun (712–775). Baghdad terus gemilang dengan penubuhan Madrasah Nizamiyah pada 1067. Terdapat pelbagai bidang ilmu akli yang diajarkan seperti falsafah, kedoktoran, kimia, algebra, matematik dan geometri. Penterjemahan kitab dari tamadun Yunani, Rom dan Parsi juga giat dijalankan. Tidak berlebihan kalau kita katakan tamadun Baghdad di zaman itu layak dijuluki syurga ilmu.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply