1. Hospital dan Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur
Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minimum RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk berkerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan waqaf ini. KWAN mula ditubuhkan pada 1998 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Bermula dari situ maka peranan klinik ini semakin berkembang.
Sehingga kini terdapat 19 buah KWAN termasuk sebuah Hospital Waqaf yang beroperasi di seluruh Malaysia iaitu:
– tujuh buah klinik termasuk sebuah hospital di Johor.
– Lima buah di Selangor.
– dua buah di Negeri Sembilan dan Sarawak setiap satu.
– sebuah klinik di Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.
– Lima buah klinik bergerak:
- Klinik Bergerak Lembaga Zakat Selangor – Waqaf An-Nur
- Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat – KPJ Damansara
iii. Klinik Bergerak Yayasan Semesta Berdaftar –KPJ Tawakkal.
- Klinik Bergerak Waqaf An-Nur – HWAN Pasir Gudang
- Klinik Bergerak Waqaf Selangor Muamalat – KPJ Perdana, Kota Bahru
Manfaat
Perkhidmatan perubatan di KWAN boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama. Sejak penubuhannya sehingga Disember 2016. masyarakat umum menerima manfaat darpada sebanyak 1,398,524 kes rawatan yang telah dikendalikan di semua cawangan KWAN. Sebanyak 111,881 daripada rawatan keseluruhan adalah rawatan kepada pesakit bukan Islam. Dengan kadar bayaran serendah RM5, pesakit akan menerima rawatan daripada doktor pakar KPJ beserta ubat-ubatan. Seramai 307 pesakit buah pinggang telah menerima manfaat dengan menjalani rawatan di pusat dialisis yang disediakan.
Perkhidmatan Dialisis di KWAN
KWAN turut menyediakan perkhidmatan dialisis di 8 buah cawangannya dengan kadar caj sebanyak RM90.00 untuk satu rawatan, iaitu lebih murah berbanding pusat dialisis swasta lain.
Cawangan KWAN yang menyediakan perkhidmatan dialisis adalah seperti berikut:
- Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang, Johor
- Klinik Waqaf An-Nur, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, Johor
- Klinik Waqaf An-Nur Galleria @ Kotaraya,Johor
- Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Johor
- Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Seremban,Negeri Sembilan
- Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Selangor
- Klinik Waqaf An-Nur Satok, Sarawak
- Klinik Waqaf An-Nur Sg Buloh, Selangor
Dana Klinik Waqaf An-Nur
WANCorp mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak mengisi Dana Klinik Waqaf An-Nur supaya ia dapat membantu menampung kos operasi rangkaian KWAN, bagi memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.
Sumbangan bolehlah disalurkan melalui maklumat berikut:
o Dana Klinik Waqaf An-Nur
o Akaun Maybank Islamic 5510-1630-1344
- Hubungi 07-2192692 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai
2. RANGKAIAN MASJID AN-NUR
Info
Johor Corporation (JCorp) membina dan menguruskan enam buah masjid dalam kawasan pembangunannya di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Masjid-masjid itu diuruskan melalui WANCorp. Tiga daripada masjid itu terletak di kompleks perniagaan manakala tiga buah lagi ialah masjid kariah iaitu, Masjid An-Nur Kotaraya, Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar, Masjid An-Nur Larkin Sentral, Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang dan Masjid An-Nur Taman Cendana.
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn yang kini mula menjadi salah sebuah masjid utama bagi pelbagai aktiviti keagamaan di negeri Johor. Masjid-masjid ini turut mengadakan program-program ilmu dan program kemasyarakatan. Setiap masjid terletak di lokasi strategik menjadikannya penting serta mendapat tumpuan ahli kariah untuk beribadah serta mengadakan program-program lain.
Anggota Pekerja Masjid
Bagi memastikan perjalanan masjid teratur dan di dalam keadaan yang baik terdapat 10 orang imam (Eksekutif Agama) 8 orang bilal (Pembantu Eksekutif) yang mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing termasuk dalam seni pembacaan Al-Quran dan ilmu agama telah dilantik. Emolumen anggota pekerja masjid ditanggung oleh WANCorp bagi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Islam di sekitarnya.
Selain itu, mereka juga turut memberi khidmat kepada Johor Corporation serta Syarikat Dalam Kumpulannya dengan memimpin bacaan doa di majlis rasmi, menguruskan jenazah, menziarah kematian melibatkan anggota pekerja dan juga majlis-majlis keagamaan.
Inovasi Masjid
Rangkaian Masjid An-Nur meningkatkan program-program inovasi bagi mendekatkan lagi rangkaian Masjid An-Nur dengan masyarakat. Inovasi ini perlu bagi memastikan institusi agama ini sentiasa menjadi tumpuan dan rujukan oleh masyarakat. Beberapa inisiatif telah dibuat oleh rangkaian Masjid An-Nur antaranya seperti membangunkan laman sesawang sendiri bagi rangkaian Masjid An-Nur. Laman Web ini dibangunkan bertujuan untukmemberi maklumat yang lebih lengkap kepada masyarakat tentang rangkaian Masjid An-Nur. Perkongsian jadual aktiviti, gambar dan perkhidmatan serta maklum balas melalui laman web ini membolehkan makluman aktiviti masjid ini diakses di mana-mana sahaja.
Amalan 5S
Rangkaian Masjid An-Nur turut terlibat dengan amalan 5S sebagai usaha menjaga kekemasan dan kebersihan masjid. Bagi masjid-masjid di Pasir Gudang, Masjid An-Nur terlibat dengan pelaksanaan 5S yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Program Masjid
Antara program rutin harian, mingguan dan bulanan yang dianjurkan di Masjid An-Nur adalah Kuliah Maghrib, Tazkirah Jumaat, kelas Pengajian Al-quran, kelas Feqah Wanita, Majlis Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Ceramah Bulanan, Gotong Royong disamping program sambutan hari-hari penting dalam Islam dan program Tafaqquh An-Nur. Program Tafaqquh An-Nur yang dikendalikan sepenuhnya oleh imam Rangkaian Masjid An-Nur meliputi Majlis Bacaan Zikir Asma’ Ul-Husna & Ratib Al-Attas di Masjid An-Nur Larkin Sentral dan Tafsir Al-Quran di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang.
Beberapa Program Latihan dan Dakwah telah diatur bagi meningkatkan kemahiran anggota pekerja masjid disamping meningkatkkan lagi ilmu yang berkaitan. Program ini diadakan pada setiap hari rabu & khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pengisian program pada hari rabu ialah Usrah dan Pengajian Aqidah manakala pada hari khamis ialah Pengajian Feqah.
GEROBOK REZEKI
Masjid An-Nur Taman Cendana, Pasir Gudang, telah menjalankan program Gerobok Rezeki di mana program ini menyediakan bantuan keperluan bekalan makanan kepada golongan yang memerlukan. Kepada masyarakat yang memerlukan bantuan ini perlu hadir ke Masjid dan berjumpa dengan Imam yang bertugas bagi mendapatkan bekalan makanan.
- PROGRAM KEUSAHAWANAN BISTARI
Sinopsis
- JCorp terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan usahawan sejak 1992 (24 tahun)
- JCorp telah melaburkan lebih daripada RM17 juta sejak program ini dijalankan.
- Seramai 34,125 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.
- Seramai 34 orang telah menjadi usahawan dan 66 orang sebagai golongan profesional.
Wawasan Program Keusahawanan BISTARI
Menjadi penggerak utama dalam mewujud dan membentuk generasi muda dan para belia di Malaysia dengan ciri-ciri keusahawanan dan kepimpinan yang berketrampilan, berdikari, berkarisma dan mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.
- BRIGED WAQAF
Info
Briged Waqaf merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja JCorp dan syarikat dalam kumpulan. Briged Waqaf bergiat aktif dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan program khidmat masyarakat. Ia ditubuhkan selepas Johor Corporation berjaya menghulurkan bantuan semasa berlakunya bencana banjir besa ryang melanda negeri Johor pada penghujung 2006 dan awal 2007. Ia ditubuhkan pada 28 Jun 2007 dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Negara pada 19 Oktober 2009.
Kompeni dan Peranan
Briged Waqaf terdiri daripada 5 pasukan atau kompeni, iaitu:
- Pencari, Penyelamat & Sukarelawan
– Kompeni Ali Abi Talib.
– Diterajui oleh Johor Land Berhad & Damansara Assets Sdn Bhd.
- Perubatan & Pertolongan Cemas
– Kompeni Salahudin Al-Ayubi. Diterajui oleh KPJ Healthcare Berhad.
– Dibantu Persatuan Bulan Sabit Merah Unit JCorp dan Hospital & Klinik Waqaf An-Nur.
- Kenderaan, Logistik & Prasarana
– Kompeni Umar Al-Khattab
– Diterajui oleh Kulim (Malaysia) Berhad.
- Bekalan Makanan & Minuman
– Kompeni Tariq Ziad.
– Diterajui oleh QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.
– Dibantu KFC Malaysia & Ayamas.
- Pembersihan & Pemulihan
– Kompeni Khalid Al-Walid. Diterajui oleh Johor Corporation.
– Dibantu TPM Technopark Sdn Bhd, Tanjung Langsat Port Sdn Bhd & syarikat-syarikat keusahawanan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh Briged Waqaf (BW) melibatkan bantuan kemanusiaan dan bencana seperti berikut:
18 Feb 2016: BW telah menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa kebakaran di Kg Parit Jerman, Telok Kerang, Pontian.
19 Feb 2016: WANCorp melalui BW telah menyampaikan sumbangan sebanyak cek berupa RM10,000, pembelian peralatan pembelajaran murid sebanyak RM2,000, 100 naskhah Al-Quran, 50 helai sejadah dan 50 buah rehal kepada Sekolah Menengah Agama As-Sidiqiah Al-Islamiah, Padang Kerasak Naka, Alor Setar, Kedah.
9 Mei 2016: Sumbangan kewangan kepada anggota pekerja Johor Corporation yang telah di landa banjir kilat di Teluk Gading Kecil, Klang.
6 Jun 2016: Sumbangan kewangan kepada anggota pekerja KPJ Puteri Specialist di alamat telah mengalami kerosakan bumbung akibat dilanda ribut.
19 Sept 2016: Sumbangan bagi meringankan beban kepada 80 rumah penduduk di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang yang telah dilanda ribut.
23 Oktober 2016: Perbarisan Tahunan Briged Waqaf.
25 dan 29 Oktober 2016: Seramai 27 orang anggota Briged Waqaf diketuai Komander Briged Waqaf telah menyampaikan bantuan 200 bungkus makanan Ayamas , 300 pek roti dan 1,000 botol air mineral kepada pasukan keselamatan dan dan petugas Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang telah mengalami kebakaran. Selain itu. bantuan sebuah ambulans Briged dan 5 orang pasukan Medik BW telah membantu memindahkan 4 orang pesakit ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
- WAQAF KOMUNITI
Info
Waqaf Komuniti ialah satu program yang dibangunkan dengan objektif tersendiri dan mengambil faedah dari pembelian hartanah yang dibuat WANCorp. Terdapat dua buah kedai pejabat yang dijadikan premis untuk program ini iaitu Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram dan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Ia bertujuan memberi latihan menjahit kepada para peserta sehingga mampu menerima tempahan pelanggan. Fokus utama diberi kepada golongan memerlukan, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).
Konsep
Konsep pusat jahitan ialah meletakkan sekumpulan peserta dalam sebuah premis kedai pejabat yang dilengkapi mesin dan peralatan menjahit. WANCorp turut menyediakan tenaga pengajar yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tenaga Pengajar Bertauliah (STPB), pengalaman menjahit, sikap dan wawasan yang jauh untuk menerajui Pusat Jahitan.
Modul
12 modul jahitan yang perlu dipelajari peserta ialah:
- baju kurung
- baju kurung moden
- baju kurung Riau
- peplum
- jubah wanita
- jubah lelaki
- baju Melayu
- baju korporat
- sarung meja
- sarung kerusi
- langsir
- tudung
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih