Di setiap kedai runcit dan pasar raya, bahagian rak ubat gigi mesti ubat gigi Darlie memenuhi ruangan tersebut bersama ubat gigi lain, dengan kotaknya berwarna hijau-putih-hitam dan mempunyai logo lelaki memakai topi senyum menayangkan gigi putihnya.
Namun, tahukah kita akan asal-usul ubat gigi Darlie ini?
Nama asal Darlie adalah Darkie. Ia adalah ubat gigi keluaran syarikat kimia Hawley & Hazel yang telah lama beroperasi sejak 1933 di Shanghai.
Ubat gigi ini dihasilkan sebagai bentuk parodi kepada penghibur minstrel (orang putih berwatakan sebagai orang hitam Afrika) yang popular bernama Al Jolson kerana persembahannya. Keputihan giginya dengan wajahnya diselaputi dengan mekap hitam menjadi logo utama untuk pemasaran.
Nama Darky atau Darkie sebenarnya adalah nama tidak sopan bagi warga United Kingdom, AS, dan Kanada apabila merujuk warga orang hitam. Pembungkusan ubat gigi tersebut pada ketika itu meletakkan rupa orang putih bercat hitam, bermata besar, memakai topi dan tali leher bow-tie, menyerupai penghibur minstrel.
Pada tahun 1985, setelah syarikat pengeluaran produk kebersihan AS bernama Colgate-Palmolive mengambil ahli 50% Hawley & Hazel, kontroversi berlaku terhadap ubat gigi kerana warga AS ketika itu menganggap ubat gigi berlogo penghibur minstrel adalah serangan rasis.
Maka, CEO syarikat Colgate-Palmolive memohon maaf akan kontroversi tersebut kemudian menggantikan nama Darkie kepada Darlie, manakala logo Darlie pula diubah bagi tidak melihatkan unsur wajah penghibur minstrel pada 1989.
Walau bagaimanapun di China, iaitu pengeluar Darlie asal tidak merasa terganggu akan logo ubat gigi tersebut dan terus mengekalkan nama dan logo asal dengan menamakannya dengan bahasa Cina: 黑人牙膏 (bermaksud ubat gigi orang hitam). Malah, pengiklanan ubat gigi itu menyakinkan pelanggan dengan dialog “Ubat Gigi Orang Hitam tetap Ubat Gigi Orang Hitam”.
Selepas penglibatan syarikat Colgate-Palmolive, ubat gigi Darlie terus dijual di sesetengah negara Asia: Taiwan, China, Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam, dan Thailand, negara-negara yang tidak terganggu dengan kontroversi ubat gigi tersebut. Syarikat tersebut juga mengisytiharkan bahawa Darlie tidak akan dipasarkan kepada negara di luar Asia. Sekarang Darlie menjadi ubat gigi yang teramat laku di negara-negara tersebut dengan mempunyai 10-30% bahagian pasaran.
Tahun 2004, Darlie pernah dipopularkan selepas ubat gigi tersebut bersama produk lain yang mempunyai unsur rasis disiarkan dalam mockumentary (dokumentari fiksyen) bertajuk CSA: Confederate States of America, mengisahkan sejarah alternatif AS apabila negara-negara Confederacy (negara selatan AS yang menyokong perhambaan) menang dalam Perang Sivil AS. Darlie dikatakan amat laku sehingga menjadi ubat gigi yang wajib dimiliki oleh warga AS.
Terkini, pada 19 Jun 2020, Colgate-Palmolive mengumumkan kepada awam bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Hawley & Hazel untuk menilai balik dan merevolusikan Produk Darlie, termasuk nama pasaran.
RUJUKAN:
Stone Fish, Isaac (2010-11-30). “Back to the Days of Blackface”. Newsweek.
https://www.newsweek.com/back-days-blackface-69715
“Darkie drops offensive name and logo”. Straits Times. 1989-01-29. p. 6.
McCarthy, Todd (2004-03-09). “Review: ‘C.S.A.: The Confederate States of America'”. Variety. Retrieved June 20, 2020.
Shakib, Delara (June 19, 2020). “Colgate-Palmolive to review product’s name that translates to ‘Black people toothpaste'”. NBC News. Retrieved June 20, 2020.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih