Rasanya ramai semua tahu apakah perkataan sebenar disebalik singkatan ACAB. Ianya juga turut menjadi nama salah satu kumpulan muzik terbilang negara. Jadi persoalannya sekarang, bagaimanakah perkataan dan singkatan itu boleh muncul?

Singkatan ACAB dikatakan telah muncul seawal era 1940an apabila ianya digunakan oleh pekerja yang melancarkan mogok kepada pihak pemerintah di England. Istilah ini juga semakin popular apabila memasuki era 1970an dimana anak muda daripada golongan pekerja di England mula bangkit dengan menjadikan ACAB sebagai trademark mereka.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mereka juga menyatakan anak-anak dari golongan menengah dan atasan telah merampas hak yang sepatutnya dikongsi bersama. Apa yang anak-anak golongan pekerja ada hanyalah muzik yang dibikin secara DIY untuk berseronok. Bermula sejak itu aliran muzik oi dan budaya skinhead semakin mekar di England.

Muzik ini juga menjadi salah satu suara terkuat bagi golongan skinhead untuk menegur pihak pemerintah dan autoriti. Ianya ditambah lagi dengan kehadiran band-band oi seperti The 4-Skins sebagai contoh. Band ini juga telah menjadikan singkatan ACAB sebagai salah satu daripada tajuk lagu popular mereka. Walau bagaimanapun, The 4-Skins sendiri pernah menyatakan Not All C** Are Bastard. Dekat sini saya jelaskan serba sedikit salah faham mengenai singkatan ACAB.

Melihat perkataan All Cops Are Bastard pasti kita semua menganggap kesemua badan autoriti tersebut tidak berguna. Salah tanggapan tersebut kerana singkatan ACAB seringkali ditujukan kepada ahli badan-badan autoriti yang gagal menjalankan tugas dengan baik.

Padahal prinsip utama badan autoriti tersebut adalah menjaga dan melindungi ketenteraman awam. Namun, penting di sini untuk kita semua tidak pukul sama rata kerana seorang yang rosak tidak menggambarkan organisasi. Senang cerita ACAB ini boleh digambarkan seperti epal yang rosak sebahagiannya dan segar di sebelah lain.

Dalam sukan pula, ACAB dan bola sepak bagaikan aur dengan tebing.  Istilah ACAB telah dipopularkan oleh ultras serta hooligan. Jadi tidak pelik kalau terlihat akronim ACAB pada sepanduk dan baju mereka. Ianya dikatakan sebagai protes kepada autoriti.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak negara yang mengharamkan akronim ACAB digunakan secara umum. Bagi menggantikan akronim ini, peminat bola sepak telah mencipta simbol baru melalui nombor. 1312 digunakan bagi mewakili akronim ACAB.

Macam mana mereka boleh dapat nombor tersebut bagi menggantikan ACAB? Senang sahaja. A adalah 1, B adalah 2 dan C adalah 3. Nombor ini dikaitkan dengan bilangan huruf roman dari A to Z. Pertukaran dari huruf ke nombor juga tidak dapat menghalang singkatan ACAB diharamkan apabila 1312 juga turut diharamkan dibeberapa negara Eropah seperti Jerman.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh didenda kerana menulis singkatan ACAB di facebook dan memakai pakaian yang mengandungi singkatan ACAB di beberapa buah negara Eropah. Jadi sila berhati-hati jika anda berhajat untuk memaparkan singkatan ACAB dalam di Eropah.

Di Malaysia pula kita ada kumpulan ACAB yang menjadi pencetus kepada budaya skinhead dan kelahiran band-band oi lain seperti The Suspect Aka. Kebanyakkan lagu-lagu kumpulan ini, liriknya bercerita tentang kepayahan golongan pekerja dan kritikan terhadap kerajaan. Kumpulan ACAB sendiri menyatakan bahawasanya suatu ketika dahulu mereka memiliki hubungan kurang elok dengan polis.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tapi hari ini sudah berbeza apabila begitu ramai polis menjadikan lagu daripada kumpulan ACAB sebagai penyedap telinga. Namun begitu, skinhead di Malaysia hanya terbatas kepada muzik sahaja. Belum pernah lagi kita lihat kumpulan skinhead berskala besar bangkit di arena politik ataupun bola sepak negara ini.

Apa-apapun, singkatan ACAB tidak boleh lagi dipandang dengan konotasi negatif lagi kerana keadaan hari ini sudah jauh berbeza. Keadaan ekonomi yang semakin baik dan kurangnya jurang antara marhaen dan elitis serta tanggungjawab badan autoriti bikin singkatan ini semakin tidak relevan. ALL COP ARE BEST.

RUJUKAN:

Farrel, P. (2020, Jun 1). What do ACAB & 1312 mean? Heavy. Dipetik daripada https://heavy.com/news/2020/05/acab-1312-meaning/

Peck, C. (2020, November 7). The odd musical history of ACAB. Wecb. Dipetik daripada http://www.wecb.fm/milkcrate/2020/11/7/the-odd-musical-history-of-acab

Ritzen, S. (2020, Jun 9). What does ‘ACAB’ mean? Daily Dot. Dipetik daripada https://www.dailydot.com/unclick/what-does-acab-mean-1312/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.