Kita semua tahu yang Freemason ni wujud dan akidah dia berbeza dengan umat Islam. Kita sedia maklum bahawa ulama Al-Azhar dan Ulama Mekah sependapat fatwa bahawa akidahnya sesat. Tapi betul ke deme kuasai dunia? Khalifah Uthmaniyyah, iaitu Sultan Mahmud I pada tahun 1748 haramkan Freemason sebab dene sebarkan fahaman ateis. Ramai orang tuduh Ataturk ialah ahli Freemason, tapi ramai tak tahu ahli Freemason pernah cuba bunuh dia sebelum gagal dan dijatuhkan hukuman mati.

Kalau power sangat Freemason ni, kenapa Ataturk pun dia susah nak bunuh? Last-last deme terciduk kena dengan Ataturk! Jadi, sekali lagi, kami nak ajak korang berfikir, betul ke Freemason ni power? Kalau tak, dari mana asal-usul teori ni?

Antara individu yang dikaitkan dengan Freemason ialah Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson yang dikaitkan dengan Freemason pun membenci Yahudi dan seringkali menghina Yahudi. Ya, mereka ahli Freemason. Tapi mereka jelik terhadap Yahudi.

Jadi, siapa yang mula-mula cakap Freemason ni ada kaitan dengan orang Yahudi? Umat Islam? Ulama Al-Azhar? Tak… kami ada berita buruk, sebenarnya orang putih juga yang claim mende bukan-bukan ni. Claim pertama yang muncul ialah dalam buku La Verite Israelite.

Petikan buku

Jadi sebelum kita kecoh lebih pasal teori konspirasi ni, kita kena cekal diri dan ketahui rahsia agung bangsa sendiri! Kami sedia membantu, dengan menawarkan buku KITAB TAMADUN MELAYU. Banyak selok-belok sejarah bangsa yang mungkin kalian tidak tahu. Tetapi dengan hanya SATU PEMBELIAN, rahsia agung bangsa terbentang luas untuk kalian lombong sekali gus dapat cegah diri daripada pengaruh luar. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Melayu-i.238336777.3238415852?

Asal usul Teori Konspirasi adalah di Eropah menjelang akhir abad ke-18. Ketika itu berlaku peristiwa besar yang bernama Revolusi Perancis. Golongan Konservatif takut dengan Revolusi Perancis, lantas buat cerita buruk-buruk pasal revolusi ni.

Antaranya dikaitkan dengan syaitan dan jugak… KONSPIRASI nak menguasai dunia. John Robison, seorang professor dari University Endiburgh telah menerbit buku berjudul Conspiracy Against all the Religions and Governments of Europe, Carried on in the Secret Meetings of Freemasons..

…Illuminati and Reading Societies, diikuti oleh buku Memoirs Illustrating the History of Jacobinism yang ditulis seorang paderi Jesuit bernama Abbé Augustin Barruel (sebuah kumpulan Katolik yang diharamkan oleh kerajaan Perancis) pada tahun 1798.

Bapa-Bapa Teori Konspirasi: Barruel dan Robison.

Barruel menulis bahawa Freemason ialah pewaris kepada Knights Templar. Kononnya ketika organisasi ini dihukum mati oleh Raja Perancis pada tahun 1314 atas tuduhan menyembah setan… satu tuduhan yang direka-reka oleh Raja Phillip IV untuk merampas harta Templars, mereka tidak mati sepenuhnya sebalik ialah warisan Knights Templar.

Ini ialah buku PERTAMA dalam SEJARAH bercakap pasal FREEMASON dan ILLUMINATI menguasai dunia melalui konspirasi. Sebelum sekurang-kurangnya 1849, bermula 1798 tak ada satu pun satu buku yang AUTHENTIC dapat DIBUKTIKAN bercakap pasal FREEMASON dan YAHUDI.

Sebab tu titah khalifah Sultan Mahmud I haramkan Freemason takde satu pun yang kaitkan FREEMASON dan YAHUDI. Kenapa hanya pada (1800-1899) baru sahaja barat mula kait Yahudi yang kuasai Freemason? Sebab pada zaman tu Yahudi mula menguasai ekonomi di Eropah.

Jadi, orang putih takut tengok yang bangsa yang dulu tarafnya macam sampah mula menguasai bank-bank, institut kewangan dan jugak ekonomi deme. Deme masa tu tengah kalah dengan permainan dan kelicikan bangsa Yahudi dalam ilmu kewangan.

Industrialis terkenal di Amerika bernama Henry Ford (pengasas syarikat kereta Ford) turut menjadi salah seorang yang kuat menyebarkan teori konspirasi Yahudi. Dengan kebangkitan Sosialism dan Komunism, lagilah Kapitalis Amerika masa tu dok sebarkan Teori Konspirasi Yahudi.

Kemuncaknya ialah Protokol Zionis atau “Protocol of the Elders of Zion” pada tahun 1903 di Rusia. Protokol ni selepas itu dibuktikan ialah propaganda seorang lelaki Russia bernama Pyotr Rachkovsky untuk mempengaruhi kerajaan Rusia terus menekan orang Yahudi.

Dan teori ni kemudiannya disambut oleh Parti Nazi pada tahun 1930 -an. Hitler menyebut tentang konspirasi Freemason-Yahudi dalam bukunya Mein Kampf pada tahun 1925. Dan teori konspirasilah yang digunakan oleh Hitler untuk melakukan genoside ke atas Yahudi.

Poster Nazi bertahun 1935 yang memaparkan simbol-simbol Freemason dan Yahudi.

Deme kata Rothschild, si keluarga Yahudi ni melalui Freemason menguasai kewangan dunia. Dia menanam proksi dia kat mana-mana. Tapi hakikatnya, Rothschild dah terciduk lama dah. Konon dia pegang duit US$ 500 trilion dalam dunia.

Tapi hakikatnya ialah duit dalam dunia ialah dimasukkan dengan emas (US$ 7.8 trilion), “Narrow Money” (28.6 trilion) dan “Broad Money” (80.9 trilion) pun tidak capai angka 500 trillion.

Zaman dulu memang dia kuasai politik dunia. Sekarang ni dia dah terciduk dah sebab bukan dia jer yang kawal kewangan dunia. Sebab dulu ilmu ni dia jer tahu, sekarang semua orang ada akses dan lagi power daripada dia.

Bahkan hari ini, bangsa yang menguasai kewangan dunia bukan lagi Yahudi macam dulu tetapi… CINA dan JEPUN.

5 Bank terbesar dunia ialah datang daripada China dan Jepun iaitu (ICBC, CCB, Agricultural Bank of China, BOC) dan Jepun (Mitsubishi UFJ).

Nak lawan Yahudi punya licik, kita kena contohi macam mana orang Cina lawan deme. Perhatikan macam mana Soros tumbangkan negara-negara di Asia Tenggara masa krisis ekonomi dulu kat sini.

Tapi tahu tak Soros terciduk kat mana? Hong Kong. Soros jumpa lawan setanding deme kat Hong Kong sampai tercirit-cirit balik lepas ditewaskan dalam permainan kewangan. Donald Tsang Yam-kuen iaitu Setiausaha Kewangan Hong Kong berjaya buat Yahudi Soros rugi dua Billion bhai!

Kalau kena ilmu dia, kita umat Islam boleh bangkit kalahkan Barat dan Eropah. Dulu China digelar sebagai Sick Man Of Asia, Turki pulak Sick Man Of Europe. Tapi China hari ni tengah buat Amerika menggigil kepala lutut. Kita umat Islam masih lagi sick man yang tak bangkit-bangkit.

Kenapa? Bila kita tengok Barat dan Yahudi menguasai dunia, kita tak lawan dengan menuntut dan belajar ilmu kewangan, ekonomi, meniaga, sains dan teknologi, sebaliknya kita cuba menenangkan diri kita, “its okey, deme maju sebab Dajjal, sebab konspirasi Freemason.”

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Sampai bila-bila kita tak akan maju kalau fikiran macam tu dalam kepala kita. Barat mampu maju sebab deme ACKNOWLDGE ilmu yang dimiliki oleh TAMADUN ISLAM masa tu dan mula belajar dengan kita. Selagi kita jadi denial dengan teori konspirasi, maka kita tak akan mampu bangkit.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian :
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply