Peggunaan seluar jeans pada hari ini adalah sangat meluas dalam kalangan rakyat marhean. Ia sentiasa menjadi pilihan utama baik bagi yang muda-mudi mahupun yang sudah berumur.  Seluar jeans turut digunakan bagi majlis yang tidak melibatkan ‘formality’ kerana sifatnya yang mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian lain. Tidak kurang juga, ada yang memilih untuk memakai pakaian ini ketika bekerja dan menghadiri kelas.

Secara umumnya, apabila membicarakan tentang seluar jeans, kita akan membayangkan seluar yang mempunyai tekstur keras dan berwarna biru. Seluar jeans mengikut tafsiran kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, bermaksud seluar panjang daripada kain yang tebal dan tahan lasak, dan dipakai secara kasual.

Fabrik yang sering kali digunakan dalam pembuatan seluar ini ialah denim dan dungarees. Walaupun mempunyai tekstur yang begitu rupa, seluar ini masih mendapat permintaan yang ‘keras’ dipasaran. Pengguna sanggup membayar sehingga beratus ringgit untuk mendapatkan seluar jeans yang mereka minati.

Mengikut rekod yang diabdikan di dalam Guinness World Records, seluar jeans termahal di dalam dunia bernilai sekitar USD 10000 iaitu kira-kira RM 41912. Seluar jeans yang berjenama Escada ini bernilai setinggi itu kerana ia dilengkapi dengan kristal dari Swarovski. Jika perbandingan di buat berdasarkan pasaran di negara kita, mungkin sebuah Proton Saga dapat dimiliki secara tunai!

Seluar jeans paling mahal di dunia!

Jeans pakaian buat pelombong?

Ya, pakaian yang disarung oleh kita pada hari ini pada suatu ketika dahulu merupakan pakaian buat seorang pelombong. Kerana sifatnya yang tahan lasak, ia menjadi pilihan buat para pelombong untuk memakainya ketika bekerja. Jadi mungkin kita boleh mula mengorak langkah menukar kerjaya sebagai seorang pelombong emas selepas ini bagi menghayati sejarah seluar jeans.

Jeans telah menjadi pilihan buat para pelombong kerana mempunyai sifat yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Mereka memerlukan pakaian yang sebegini selaras dengan kerjaya mereka yang melibatkan pekerjaan yang kasar.

Pada waktu itu, sesiapa sahaja yang memakai jeans dikategorikan sebagai kelas bawahan kerana seluar jeans amat signifikan dengan pekerjaan yang kasar. Bermula dari itu, jeans mula mendapat perhatian pekerja-pekerja yang terlibat dengan kerja berat seperti petani. Pemakaian jeans dapat menjimatkan kos para pekerja kerana mereka tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang besar untuk mengganti pakaian mereka yang sebelumnya mudah koyak.

Semuanya bermula apabila dua orang jejaka iaitu Jacob Davis dan Levi Strauss bersetuju untuk berkongsi kepakaran untuk menghasilkan pakaian buat pelombong pada sekitar tahun 1873. Levi Strauss merupakan seorang pemuda yang berasal dari Jerman dan telah berpindah ke Amerika atau lebih spesifiknya di San Francisco.

Levi merupakan seorang saudagar yang menjual fabrik manakala Jacob Davis merupakan seorang tukang jahit yang berasal Reno, Nevada. Mereka telah melakukan kobolarasi dan menghasilkan sebuah produk yang berasal daripada denim yang dipanggil Jeans.

Untuk menguatkan struktur dan ketahanan jeans tersebut, Jacob telah menghasilkan rivet yang diperbuat daripada tembaga dan dilekatkan pada ‘pocket’ seluar tersebut. Mereka telah ‘mempatentkan’ idea mereka atas kerjasama ini seterusnya terhasil lah sebuah syarikat yang memonopoli bidang pembuatan jeans iaitu Levi’s Strauss & Co. 

Bermula dari saat itu, jeans mula menongkah arus membina empayar dan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk dunia. Ia bermula apabila lebih banyak syarikat telah mula menceburi bidang pembuatan kerana tempoh hak patent Levi’s Strauss & Co. telah tamat.

Ia telah dikomersialkan melalui filem yang ditonton diseluruh dunia. Pada ketika itu, seluar ini banyak digunakan oleh cowboy yang menghiasi perfileman dunia. Secara tidak langsung mereka telah mengajar rakyat dunia luar untuk memakai seluar berwarna indigo.

Pada hari ini, jeans telah direka dengan pelbagai jenis seperti slim fit, skinny fit dan bootcut bagi membolehkan pengguna mendapat keselesaan dan kepuasan hati. Mengikut statistik yang dikeluarkan, secara purata, rakyat Amerika Syarikat akan mempunyai sebanyak 7 helai seluar. Levi’s Strauss & Co masih mengekalkan dominasi penjualan jeans di dunia apabila mereka berjaya memperoleh sebanyak USD 5.6 billion pada tahun 2018.

Jeans jenama tempatan

Anak Malaysia juga telah menceburi bidang pembuatan jeans ini bagi mengikuti perkembangan trend semasa. Syarikat anak muda yang mula mencipta nama di dalam industri ini dikenali sebagai Tarik Jeans. Tarik Jeans ‘dilahirkan’ pada 2010 di Seberang Perai, Penang oleh pengasasnya iaitu Afiq Iskandar Zainal Arrifin.

Beliau merupakan seorang gitaris kumpulan Oh Chentaku yang terkenal dengan lagu ‘Polaroid’ dan ‘Hari Demi Hari’. Populariti itu sedikit sebanyak membantu perniagaan untuk menempah nama di persada negara kerana beliau mempunyai ‘fan-based’ yang agak besar. Afiq ingin melihat anak muda bangga dengan identiti Malaysia apabila menyarung seluar Tarik Jeans ‘Made in Malaysia’.

Mengapa “tarik”? Pengasasnya mengatakan bahawa perkataan tarik amat signifikan dengan rakyat Malaysia. Beliau beranggapan bahawa setiap individu di Malaysia pastinya pernah lepak di warung dan kedai mamak untuk menikmati segelas teh tarik tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

Perkataan tarik itu sendiri diambil dari perbuatan menarik teh yang akan menghasilkan buih pada minuman tersebut yang sering menjadi pilihan utama buat rakyat Malaysia. Afiq juga berkata bahawa tiada jenama yang diusahakan anak muda tempatan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai nama bagi syarikat mereka, jadi pilihan jenama “Tarik” dilihat paling sesuai untuk menggambarkan masyarakat majmuk di negara ini.

Antara nama besar yang sudah menyarung produk anak tempatan ini sebagai tanda sokongan adalah seperti Altimet, Amy Search, Yuna dan Joe Flizzow. Jika berkemampuan, penulis turut menyarankan para pembaca untuk menyokong produk anak Malaysia ini agar perniagaannya dapat berkembang dengan lebih pesat seterusnya mengharumkan nama negara ke persada dunia.

RUJUKAN:

9 classic Levi’s jeans styles that make the recently public company iconic — and 4 new ones that hint at an evolution. https://www.businessinsider.my/levis-ipo-jeans-best-sellers/?r=US&IR=T

Idea Tarik Jeans bermula dari Bandung. https://www.bharian.com.my/node/47243

Tarik Jeans. https://tarik.my/about-us/

History of Jeans and Denim. http://www.historyofjeans.com/

Sejarah Seluar Jeans, Kain Denim Dan Levi Strauss. https://iluminasi.com/bm/sejarah-seluar-jeans-kain-denim-dan-levi-strauss.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.