Tengah-tengah berpuasa kadang terbayang cendol pun boleh hilang haus. Bagaimana kemanisan lemak serba sejuk membasahi tekak, kemudian kelazatan kacangnya masa dikunyah.
Cendol memang antara minuman yang digemari ramai. Letak pula 10 ulas durian… memang terangkatlah. Semangkuk cendol mana cukup. Mesti tambah lagi punya.
Tetapi berapa ramai benar-benar tahu sejarah cendol? Itu yang harus menjadi persoalan. Asal-usul cendol masih lagi menjadi perbincangan sejarawan. Pernah sekali rakyat Malaysia dan Indonesia naik minyak kerana CNN petik nama Singapura. Katanya, cendol berasal daripada Singapura (Roslan, 2018).
Jujurnya, tak guna kalau berkelahi pasal negara asal cendol. Ia tidak mengubahkan apa-apa. Kalau cendol berasal daripada China sekalipun (kalau ya… jangan salah faham), tiada apa yang berubah. Esok petang, Mak Minah masih jual cendol dan mohon doa tiada kluster di bazar Ramadannya. Cuma tiada masalah jika sejarah cendol disingkap untuk faham dari segi warisan kebudayaan. Sesuatu makanan yang lazat perlu dihadam dalam minda juga.
Dalam manuskrip Serat Centhini, ada maklumat ringkas tentang satu makanan bernama dawet. Bagi yang tidak tahu, dawet ialah nama alternatif untuk cendol… hanya diguna di Pulau Jawa saja. Serat Centhini pula merupakna kompilasi 12 jilid tentang budaya Jawa, diterbitkan pada tahun 1814 atas usaha Putera Mangkunegoro (Lombard, 2008).
Tahun penerbitan Serat Centhini memberi gambaran (yang masih samar-samar) tentang cendol. Namun sekarang, semua tahu cendol sudah ada selama 200+ tahun.
Tempoh dua abad memanglah lama tetapi sangat logik kerana cendol sudah menjadi satu kebiasaan di Asia Tenggara. Mungkin pedagang membawanya ke sana sini. Ini menimbulkan satu soalan baru.
Teknologi peti ais dibangunkan antara 1750 hingga 1800. Peti ais untuk kegunaan rumah menjadi kebiasaan, bermula tahun 1913. Macam mana dawet dijual dulu tanpa ais? Jawapannya senang: cendol dulu dijual tanpa ais. Sekarang saja cendol dijual dengan ais kisar atau ais batu.
Menurut Heri Priyatmoko, cendol berasal daripada Indonesia yang mempunyai bahan beras secara tersedia dan tidak perlu diimport (Agmasari, 2017). Hujah ini relevan juga… sebab mana ada beras di Tanah Melayu. Dari dulu lagi orang Melayu di sini makan roti.
Kalau faham cendol dengan spektrum kenegaraan, memang ke laut jawabnya. Kerana Malaysia dan Indonesia wujud selepas Per.ang Dunia Kedua. Sebelum itu, dua negara ini hanyalah abu pendudukan imperialis-imperialis Barat.
Pengaruh imperialisme ini tidak menghalang migrasi tempatan. Kerana Selat Melaka dan dan Laut Jawa hanya sekangkang kera sahaja bagi orang-orang Jawa dulu. Ramai menyeberangi laut, dan pada masa sama menyebarkan budaya makanan mereka. Contoh yang sama, kenapa pizza mula dijual selepas kedatangan imigran Itali?
Selain dawet, cendol ada banyak nama lain. Thailand memanggilnya Lod Chong. Vietnam pula memberi nama Banh Lod.
Laos dan Myanmar masing-masing mengenal cendol dengan nama Lod Song dan Mont let Saung. Walaupun macam-macam nama, kelazatannya masih sama.
Kerana versi mereka masih mengekalkan santan, mi tepung beras, ekstrak daun pandan, ais kisar dan gula melaka. Boleh dijual dalam cawan, mangkuk atau jag untuk kenikmatan sekeluarga. Kalau di Myanmar, cendol memang laku habis semasa Tahun Baru Burma.
Negara mana yang jual sebenarnya tidak penting. Kalau asal daripada Indonesia sekalipun, apa salahnya? Tiada salah langsung. Kerana cendol terbukti jauh lebih sedap kalau banding dengan bubble tea. Asalkan jangan sesiapa berani letak cheese dalam cendol.
Pada bulan Ramadan yang serba mulia ini, banyak dugaan dan ujian sudah berjaya ditempuhi. Tetapi kalau letak cheese, memang alamatlah jawabnya.
RUJUKAN:
Agmasari, S. (2017, Oktober 4). Dari Manakah Cendol Berasal? Kompas.
Lombard, D. (2008). Nusa Jawa: Silang Budaya Bagian III: Wadis an Kerajaan-Kerajaan Koans entries, 4th Edition. Gramedia Pustaka. Halaman 150-156.
Roslan, A. (2018, Disember 4). Ini reaksi netizen bila CNN iktiraf cendol berasal dari Singapura. Astro Awani.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih