Perkataan Bahasa Melayu “Bima” di dalam nama galaksi Bima Sakti atau KRI Bima Suci ada pelbagai varian lain seperti “Bema” (Yunani), “Mimbar” (Arab) “Bimah” (Ibrani) dan Bhima (Sanskrit).

Maksud semua perkataan ini sama, iaitu satu tempat atau kawasan tinggi, tempat memanjatkan doa, altar untuk bercakap dengan Tuhan.

Jika dikaji etimologi perkataan ini, dan dirujuk silang dengan garis masa kewujudan tamadun-tamadun awal, dapat dilihat dengan jelas perkataan ini digunakan sejak wujudnya tamadun Yunani yang kemudiannya bertembung pula dengan tamadun Hindu di utara benua India.

Pertembungan tamadun ini mempengaruhi pula perkembangan Sanskrit di dalam keluarga bahasa Indo-Aryan di Utara India itu dan Dravidian yang keluar dari arah selatan benua itu untuk datang pula ke Nusantara, untuk mempengaruhi kosa kata Bahasa Melayu.

Menarik bila satu perkataan sahaja sudah dapat menggambarkan perkembangan agama, ketamadunan dan bahasa yang merentasi pelbagai kelompok sosiobudaya dan sempadan geografi.

*Gambar adalah replika sebuah bimah dari Sinagog Susiya. Binaan seumpamanya telah ditemukan seawal abad ke-5, kini dipamerkan di Muzium Israel, Baitulmuqaddis. Ia digunakan para rabbai mereka bagi menyampaikan khutbah dan ayat-ayat Taurat dari sinagog masing-masing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.