Mengamati jasa dan pengorbanan anggota pengaman di bawah panji PBB dari Malaysia khususnya, yang sudah menabur bakti ke serata dunia termasuk Congo, Somalia, Bosnia-Herzegovina dan yang terkini Lubnan, tidak dapat tidak pasti tertanya juga – dari mana asalnya topi keledar biru muda yang dipakai mereka?
Tahun 1947 memberi warna kepada organisasi dunia ni, bilamana kesemua negara ahli sepakat dalam memilih warna langit ini sebagai warna rasmi PBB, di dalam Resolusi 167 (II). Bagi anggota pengaman dan pemerhati pula, keperluan mendesak ini adalah untuk membezakan antara trup di bawah panji PBB dan juga pihak yang sedang bertelagah.
Perbezaaan ini dimulakan dengan kehadiran ‘UN Mediator’ atau Pengantara PBB, istilah awal sebelum pemerhati dan pengaman digunakan. Pengantara ini bekerja di bawah UN Truce Supervision Organisation (UNTSO), badan yang memastikan kedua pihak yang berseteru menghormati segala perjanjian yang ditandatangani.
Tidak cukup dengan warna biru muda tersebut, kenderaan yang digunakan trup ini juga diwarnakan dengan warna putih, tanpa sebarang bendera negara terlibat, dan perkataan UN berwarna hitam ditulis sebesar mungkin untuk memberitahu orang sekeliling, “kami datang untuk aman”.
Walaupun pada mulanya idea peralatan kepala (headgear) berwarna biru ini dimulakan dengan penggunaan beret, tapi pada ketika itu penghasilan beret amatlah terhad. Manakala helmet buatan USA pula mudah didapati di sekitar Eropah ketika tahun 1950an, jadi sebagai alternatif, anggota PBB pada masa itu menggunakan helmet yang dicat dengan warna biru muda, sebelum diaturgerak ke Mesir, aturgerak pertama anggota PBB di bawah UNEF atau UN Emergency Force pada tahun 1956.
Selain dari identiti helmet biru muda dan kenderaan putih bertanda UN, anggota pengaman juga dikenali dengan balutan tangan bertulis ‘United Nations’ di kanan lengan, kini sudah terganti dengan patch UN berwarna biru muda juga, walaupun menyarung uniform yang berbeza dari pelbagai negara.
Kini, sejarah mengambil alih. Penggunaan helmet biru ini terus diwarisi kesemua anggota pengaman dan pemerhati PBB di serata dunia, hatta di ceruk mana sekalipun. Walaupun peranannya sering dipersoal warga dunia, tetapi jasanya tetap wujud dalam membentuk keamanan, walaupun sebentar cuma.
Siapa kita untuk bertanya, apa guna kewujudan anggota PBB jika perang masih terjadi, sedangkan diri sahaya pun tidak memberi apa makna kepada kesejahteraan sejagat, malah tak habis-habis mencari gaduh antara rakyat.Anggota pengaman PBB dari Malaysia, lengkap berhelmet biru muda dan patch UN
Tepuk dada tanya selera.
RUJUKAN:
- What is the origin of the blue helmet, http://ask.un.org/faq/209615
- Urquhart, Brian. Ralph Bunche: An American Life. Norton, 1993
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih