Nama Malaysia sebenarnya dah lama wujud sebelum penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963 lagi.
Apa sebenarnya maksud Malaysia, dan kenapa kita pakai nama Malaysia?
Ini peta pertama yang mengandungi nama Malaysia. Tahun 1835. Dilakar oleh Thomas G. Bradford.
Ini peta tahun 1904, juga ada Malaysia. Bahagian berwarna sahaja yang dikenali sebagai Malaysia.
Duit syiling zaman penjajahan Jepun pun letak Malaysia. 2602 tu tahun kalendar Kōki (皇紀) Jepun yang bersamaan dengan tahun 1942 Masihi.
Sebelum tahun 1963, “Malaysia” bukan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak. “Malaysia” dulu merujuk kepada Sumatera + Jawa + Borneo + Sulawesi + Maluku + Filipina.
Kadang Tanah Melayu termasuk kadang tak termasuk. Sebab nama Malaysia bermaksud “Kepulauan Melayu”. Tanah Melayu bukan pulau.
Jadi Malaysia basically adalah sinonim kepada Indian Archipelago atau Indonesia.
Macam peta ni panggil “Indo-Malayan” pulak.
Asalnya nama Malaysia dicipta oleh pelayar Perancis bernama Jules Dumont d’Urville pada tahun 1831 dengan menggabungkan perkataan “Malais” (Melayu) dan “nésie” (pulau).
Cuma bunyi “Malaisnésie” tak berapa betul dari segi bahasa, maka “nés” dibuang tinggal jadi Malaisie.
Kemudian pada tahun 1835, Thomas G. Bradford dari US terjemah Malaisie jadi “Malaysia”, baru istilah Malaysia mula dipakai secara meluas sebagai konsep geografi.
Sebelum penubuhan Malaysia 1963, nasionalis Filipina dah bercita-cita nak mendirikan negara “Malaysia”. Cuma Malaysia diorang lagi besar lah.
Kalau ikut Wenceslao Vinzons dalam pidato “Malaysia Irredenta” tahun 1932: “a unified Malaysia extending from the northern extremity of the Malay Peninsula to the shores of New Guinea, from Madagascar to the Philippines and to the remotest islands of Polynesia”.
Basically ini kawasan yang ahli bahasa panggil sebagai kawasan rumpun bahasa “Malayo-Polynesian” atau “Austronesian” (austro = selatan). Nasionalis Filipina anggap semua bangsa berada dalam lingkungan kawasan ini adalah “Malay Race” sebab berkongsi bahasa yang sama.
Contoh macam perkataan “mata”. Orang Melayu sebut mata. Jawa sebut mata. Tagalog sebut mata. Iban sebut mata. Dusun sebut mato. Malagasy (bahasa orang Madagascar) sebut maso.
“Benua” orang Fiji sebut “vanua”, Iban sebut menua. Batak sebut banua. Cebuano/Visaya sebut banwa.
Konsep Malay Race ada kaitan tapi tak sama dengan “ethnic Malay” iaitu orang Melayu seperti yang kita fahami: pribumi Tanah Melayu dan Sumatera Timur dan juga pesisir pantai Borneo yang bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam.
Di Tanah Melayu, nasionalis berhaluan kiri (pro-sistem republik dan sosialis) seperti Ibrahim Yaacob dan Burhanuddin Helmi pun ada wawasan “Melayu Raya” yang dekat dengan konsep Malaysia nasionalis Filipina.
Tapi wawasan tinggal wawasan. Akhirnya Tunku Abdul Rahman juga “sailang” nasionalis Filipina dan Melayu kiri dengan menamakan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia.
Sebab itu Filipina bengang dengan Malaysia, seolah-olah kita “curi” idea diorang. Filipina pun mula push agenda menuntut Sabah untuk destabilize Malaysia. Presiden Diosdado Macapagal adalah seorang ahli Pan-Malayan Union yang diasaskan oleh Vinzons.
Dan sebenarnya Tunku memilih nama Malaysia pun disebabkan konotasi Malay Race yang boleh dijadikan sebagai titik persamaan pribumi Tanah Melayu dan Borneo.
Dalam ucapan beliau Tunku sering menekankan bahawa orang Melayu dan peribumi Borneo adalah daripada “rumpun” (ethnic stock) yang sama. Tapi mungkin sebab dibuat secara rush, sampai hari ini pun tak ramai dapat menghayati konsep disebalik nama Malaysia.
Hari ini ada yang define Malaysia pakai definisi “ethnic Malay” yang sempit (konon Malaysia = Tanah Melayu). Ada yg menafikan langsung hubungan antara identiti Melayu & Malaysia. Semua ini adalah bertentangan dgn hasrat Founding Fathers. Hayatilah maksud sebenar Malaysia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih