Sebut saja zombi, ramai membayangkan imej ma.ya.t-ma.ya.t yang hidup, menggi.gi.t dan menjangkiti manusia yang masih hidup menjadi seperti mereka. Ia kini sudah menjadi sebahagian dari budaya pop menerusi filem, siri televisyen dan permainan video seperti iZombie, The Walking De.ad dan Resident Evil. Tetapi tidak ramai tahu ia sebenarnya ada kaitan dengan sejarah perhambaan di Haiti.

Mitologi zombi mula muncul di negara itu pada abad ke-17 dan ke-18 semasa ia dikenali sebagai Saint-Dominique. Semasa di bawah penjajahan Perancis, hamba-hamba berdepan layanan buruk oleh tuan-tuan mereka dan dipaksa bekerja sampai ma.ti. Sekiranya ada yang ma.ti semasa bekerja, hamba baru akan diimport dan melalui kitaran sama sehingga ma.ti.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Arketip zombi semasa tempoh ini dilihat cerminan kepada kesengsaraan dan penindasan yang dialami hamba-hamba berdarah Afrika ini. Disebabkan kesusahan sebegini, ada yang memilih mengakhiri riwayat mereka sendiri. Bagi mereka, ma.ti jauh lebih baik kerana itu dapat membawa mereka kembali ke lan guinee atau Guinea (wilayah pesisir pantai Afrika Barat). Guinea di sini merujuk kepada alam barzakh penuh kenikmatan bagi mereka yang telah pergi.

Tetapi nasib berbeza menanti orang yang memilih menamatkan riwayatnya sendiri. Orang sebegini akan disumpah menjadi hantu ladang-ladang sebegini buat selama-lamanya. Sudahlah dinafikan kebebasan semasa hidup, kini terperangkap dalam badan sendiri sebagai ma.ya.t hidup – zombi tanpa roh.

Selepas tamat Revolusi Haiti pada 1804 yang menyaksikan golongan hamba yang baru bebas ini menang kempen gerila terhadap angkatan Napoleon, mitologi zombi diubah sedikit. Ia menjadi sebahagian daripada ritual keagamaan voodoo di mana mereka percaya zombi ialah ma.ya.t yang dihidupkan semula oleh bomoh-bomoh voodoo.

Bomoh-bomoh yang dipanggil bokor ini memanggil mereka untuk tujuan tertentu seperti sebagai buruh di ladang atau apa-apa tugasan jahat untuk tuannya. Tetapi menurut Profesor Amy Wilentz dari UC Irvine, ini sebenarnya zombi pasca-kolonialisme. Beliau menambah, pada ketika itu, Revolusi Haiti berada di ambang mengembalikan semula aktiviti perhambaan sekaligus menunjukkan zombi sebagai simbol bagi peristiwa-peristiwa tertentu.

Dan itu menjadikan zombi amat popular dalam budaya pop kerana ia menjadi simbol pelbagai peristiwa. Dalam setiap detik sejarah manusia terutama di Barat, zombi digambarkan sebagai simbol Pe.ra.ng Vietnam, pe.ra.ng nuklear, kemerosotan kapitalisme dan kekacauan pergerakan hak sivil. Hari ini, ia digambarkan sebagai simbol kiamat zombi di mana tamadun manusia berakhir dan manusia bertukar menjadi ma.ya.t hidup tanpa roh.

Tetapi malangnya, disebabkan ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya pop, ia dianggap sebagai peluang melepaskan diri daripada tekanan hidup. Ia menjadi medium fantasi di mana manusia mencipta semula perwatakan mereka sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Dalam konteks ini, ia berkisar kepada tiga elemen iaitu kemanusiaan, alam sekitar dan kemandirian diri. Elemen-elemen ini menjadikan drama seperti The Walking Dead mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Atas sebab itulah, wujud ironi tentang mitos zombi dan gambaran zombi yang kita lihat hari ini. Dahulu, ia merupakan gambaran manusia dinafikan kawalan ke atas tubuh mereka dan melihat kema.ti.an sebagai cara untuk melepaskan diri. Hari ini, ia merupakan satu medium melepaskan diri di mana perhambaan berbentuk fiksyen bagi sesetengah merupakan satu bentuk kebebasan bagi orang lain.

RUJUKAN:

Mariani, Mike. (2015). The Tragic, Forgotten History of Zombies. The Atlantic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.