Sebut saja nama Muhammad bin Musa al-Khwarizmi, sudah pasti ramai akan mengingati sumbangan cendekiawan Islam abad kesembilan ini dalam banyak bidang dari matematik hinggalah geografi. Tetapi satu sumbangan yang terus memberi impak hari ini ialah algoritma iaitu sejenis set panduan untuk menyelesaikan masalah tertentu atau untuk melengkapkan pengiraan dari sains komputer hinggalah bidang kewangan.

Algoritma ini diambil dari versi Latin nama al-Khwarizmi sendiri iaitu Algoritmi. Lahir pada tahun 780 Masihi di Khawariz, Khorasan yang kini dikenali sebagai Khiva, Xorazm (Khorezm), Uzbekistan, beliau juga merupakan pengarah Perpustakaan Baitul Hikmah dan menghasilkan banyak karya agung seperti al-Kitāb al-mukhtaṣar fī ḥisāb al-jabr wal-muqābala, Al-Khwārizmī’s Zīj al-Sindhind dan Kitāb Ṣūrat al-Arḍ. Kebanyakan karya ini dihasilkan semasa era Khalifah al-Ma’mun dari kerajaan Bani Abbasiyyah dan dianggap sebagai satu bentuk amal jariahnya yang berpanjangan demi kebaikan manusia terutama umat Islam amnya.

Dalam banyak buku yang dikarangnya, satu buku yang terus memberi pengaruh kepada dunia hari ini ialah sebuah buku yang berkisar tentang angka Arab-Hindu yang bertajuk Concerning the Hindu Art of Reckoning. 300 tahun selepas itu, buku itu ditemui semula dan diterjemah dalam Bahasa Latin sekaligus memperkenalkan angka Arab-Hindu kepada masyarakat Eropah buat kali pertama.

Terdapat empat teks Latin yang menunjukkan adaptasi kaedah algoritma al-Khawarizmi iaitu Dixit Algorizmi, Liber Alchoarismi de Practica Arismetice, Liber Ysagogarum Alchorismi dan Liber Pulveris. Dixit Algorizmi merupakan frasa permulaan sebuah manuskrip lama yang kini berada di Universiti Cambridge dengan tajuk Algoritmi de Numero Indorum dan dikatakan dikarang oleh Adelard of Bath, seorang ahli falsafah Inggeris abad ke-12.

Angka Arab-Hindu ini menggantikan sistem angka Rom yang digunakan masyarakat ketika itu dan bertanggungjawab memperkenalkan sistem titik perpuluhan kini menjadi asas kepada sistem nombor hari ini. Algoritma ini menjadi tulang belakang penyelesaian kepada banyak isu dari membuang twit akaun palsu hinggalah mencari pencari-pencari kerja yang datang dari latar belakang etnik yang pelbagai.

Dan algoritma ini juga dikatakan bertanggungjawab mencetuskan krisis Flash Crash yang menyaksikan Indeks Dow Jones jatuh menjunam sebanyak 9% atau seribu mata dalam tempoh beberapa minit saja. Berdasarkan penerangan Suruhanjaya Sekuriti dan Saham Amerika Syarikat (SEC), ia dikatakan berpunca daripada algoritma komputer terhadap pesanan besar yang diletakkan dalam pasaran yang sudah berada dalam keadaan goyah.

Selain algoritma, kita juga harus mengucapkan terima kasih kepada al-Khawarizmi kerana memperkenalkan terma algebra. Terma algebra yang datang dari salah satu kitab beliau iaitu al-Kitāb al-mukhtaṣar fī ḥisāb al-jabr wal-muqābala (The Compendious Book on Calculation by Completion and Balancing).

Kitab tersebut dianggap satu revolusi di dunia Barat kerana ia menunjukkan bagaimana permasalahan matematik yang rumit dan boleh bikin telinga berasap boleh diselesaikan dengan memecahkan ia kepada bahagian-bahagian yang lebih mudah bagi memudahkan proses penyelesaian.

Pada Zaman Pertengahan Eropah ketika itu, algorismus hanya merujuk kepada sistem nombor perpuluhan. Tetapi menjelang abad ke-13 Masihi, ia sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kosa kata Bahasa Inggeris. Menjelang abad ke-19, barulah algebra dipandang sebagai satu set peraturan secara berturutan untuk menyelesaikan permasalahan.

Pada abad ke-20, Alan Turing, seorang pakar matematik dan komputer membuat teori bahawa sesebuah mesin boleh mengikut arahan algoritma dan menyelesaikan permasalahan matematik yang rumit. Teori ini menjadi batu asas kepada permulaan era komputer.

Semasa Perang Dunia Kedua, Turing juga bertanggungjawab menghasilkan sebuah mesin yang dipanggil Bombe. Mesin ini mengaplikasikan algoritma dalam menyelesaikan kod-kod Enigma, kod sulit yang digunakan oleh jentera perang dan perisikan Nazi Jerman untuk berkomunikasi. Hasilnya, banyak maklumat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kepimpinan tentera Bersekutu dalam banyak operasi ketenteraan mereka sehingga membawa kepada kekalahan rejim tersebut pada Mei 1945.

Hari ini, algoritma dianggap satu terma biasa walaupun adakalanya, kita sendiri tidak tahu apa itu algoritma. Ini kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada persekitaran teknologi yang kita gunakan hari ini. Siapa sangka, perkataan yang diungkapkan al-Khawarizmi ini mengubah dunia buat selama-lamanya.

RUJUKAN:

1. Dayglow Media & Pencil & Pepper. (2019). Why algorithms are called algorithms. BBC. https://www.bbc.com/ideas/videos/why-algorithms-are-called-algorithms/p07gdlwf

2. Matthews, Robert. (2014). The science of algorithms. The National. https://www.thenational.ae/uae/the-science-of-algorithms-1.246340


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.