Penubuhan Israel pada tahun 1948 telah mengundang peper.angan besar yang berlarutan hingga hari ini. Pihak Arab tewas dengan teruk bukan kerana tiada jentera per.ang yang baik.
Sebaliknya setiap negara Arab mempunyai kepentingan yang bercanggahan antara satu sama lain (Al Jazeera, 2009). Israel mempertahankan kemerdekaannya dan membina ekonomi dengan program perdagangan yang berjaya.
Sebuah ekonomi yang mampu mengeksport gigi palsu dulu kini menjadi kiblat teknologi Timur Tengah… dan satu-satunya alasan masyarakat Arab boleh beri (untuk mewajarkan kejayaan Israel) adalah “Israel dibiayai Amerika Syarikat”, pada ketika pemimpin mereka adalah seperti Hafez al-Assad, Hosni Mubarak dan Saddam Hussein.
Kemajuan sains saban dekad mengukuhkan kedudukan Israel. Dengan teknologi yang ampuh, mereka mengharungi banyak cab.aran. Sekitar 1990-an, mereka berdepan dengan satu cab.aran besar.
Hassan Nasrallah sedang berpusat di Lubnan dengan jenteranya asyik melepaskan roket ke arah populasi Israel di bahagian utara.
Pihak Israel pun mencadangkan sebuah sistem rin.tangan mi.sil berjarak dekat, yang tidak disokong Amerika Syarikat kerana “mesti gagal punya” (Levinson & Entous, 2012). Idea ini diketepikan, sampailah tahun 2006 apabila Israel menyer.ang Lubnan.
Nasrallah membalas dengan 4,000 buah roket, majoritinya Katyusha buatan Kesatuan Soviet. Pentadbiran Israel di Haifa terpaksa bergegas mengeluarkan 250,000 penduduk ke bahagian lain, selepas sejuta orang berteduh dalam ruangan bawah tanah (Rubin, 2007).
Di bahagian Selatan pun tidak selamat. Lebih daripada 8,000 bahan le.tµpan dihalakan dari Gaza antara tahun 2000 hingga 2008. Dan kebanyakan dilancar menggunakan lori BM-21.
Kerajaan Ehud Olmert sedar. Kalau taktik ini tidak memberi manfaat, pihak Arab takkan boleh mengapa-apakan Israel lagi. Angkatan Pertahanan Israel sudah cukup kuat untuk menangkis sebarang ser.angan bertubi-tubi. Jadi mereka hanya perlu melindungi darat sahaja.
Sebagai Menteri Pertahanan, Amir Peretz bertanggungjawab mencari solusi ini. Tanpa pengetahuan beliau, Israel sudahpun ada solusi.
Sentuhan Ahli Per.ang
Dua tahun sebelum Per.ang Lubnan 2006, seorang jeneral Israel bernama Daniel Gold mula mengetuai biro penyelidikan Angkatan Pertahanan Israel. Gold sangat suka dengan idea memintas mis.il di udara.
Cuma cara pemintasan itu yang menjadi persoalan, sama ada laser atau sena.pang pat.ah gergasi. Pada Mac 2005, pasukan Gold menyiapkan rangka kasar sebuah sistem yang menggunakan roket.
Cadangan ini patut dihantar kepada Kementerian Pertahanan Israel dulu (untuk mendapatkan dana jika lulus). Tetapi Gold terus panggil Rafael Advanced Defense Systems (RADS) Ltd.
Menurut Gold, birokrasi hanya melengahkan masa kerana pihak kerajaan akan berdebat panjang. Beliau masih ada dalam AS$6 juta untuk kegunaan RADS. Setelah meneliti, pihak pengeluaran RADS bersetuju.
Projek ini sangat susah sebenarnya. Gaza perlu diimbas setiap masa. Apabila roket dilancarkan, sasaran mesti diramal dalam masa beberapa saat. Kalau kawasan bandar raya, sistem Gold akan melepaskan sebuah mi.sil untuk memintas.
Mereka hanya ada 15 saat saja. Dan mi.sil pula mesti kos rendah, dalam lingkungan AS$40,000 sahaja.
Peper.angan dengan Lubnan memberi gambaran kasar kepada RADS. Jentera Hassan Nasrallah telah menghala 4,200 roket ke Israel. Sangat banyak. Kalau guna mi.sil biasa untuk pintas, mesti Israel kena tanggung AS$400,000 setiap satu.
Rugilah, sampai AS$1.7 bilion untuk menjatuhkan 4,200 roket. Jadi RADS perlu membangunkan sebuah teknologi mi.sil kos rendah … dalam AS$40,000 setiap satu.
Apabila Amir Peretz mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan, projek ini mendapat sokongan penuh. Kerajaan Israel melabur AS$210 juta untuk menyiapkan apa yang kemudian dinamakan Iron Dome.
Kemudian kerajaan Barack Obama terdengar tentang Iron Dome. Pihak Amerika Syarikat tidak tunggu lagi. Dewan Perwakilan memberi sokongan majoriti 410-4 untuk memberi dana supaya projek Iron Dome dapat disempurnakan lagi.
Secara berperingkat, Iron Dome mengumpulkan dana melebihi AS$1 bilion. Dan akhirnya, sistem rin.tangan ini mula digunakan pada tahun 2011. Setiap unit menelan kos sebanyak AS$50 juta, dengan sebuah mi.sil mencapai sasaran iaitu AS$40,000.
Namun kalau dibandingkan dengan mi.sil Gaza, projek ini masih mahal. Kerana Gaza melancarkan roket dengan kos AS$800 sahaja, bagi setiap buah.
Namun Iron Dome sebenarnya tidak membe.dil roket Gaza. Mis.ilnya hanya mele.tµp di ruangan udara, berhampiran dengan roket. Ini bermakna, serpihan roket dan mi.sil masih boleh jatuh dan menced.erakan orang.
Antara 2011 hingga 2020, Gaza telah melepaskan lebih daripada 2,800 roket. Dan 90 peratus berjaya dipintas (Steinwehr, 2021). Kos pengeluaran mi.sil Iron Dome pun sudah mencecah AS$80,000 sekarang. Sebab itu Israel hanya menggunakan Iron Dome di kawasan populasi ramai.
Pada tahun 2021, hubungan antara Israel dan Palestin menjadi teruk susulan peristiwa di Sheikh Jarrah dan Masjid al-Aqsa. Lebih daripada 1,000 roket telah dilepaskan Gaza dalam masa seminggu sahaja. 200 roket tµm.bang sendiri di bumi Gaza.
Majoriti dipintas Iron Dome. Tetapi banyak terkena pada sasaran, iaitu bangunan dan kereta di Israel. Pada 12 Mei misalnya, tujuh warga Israel – Leah Yom Tov (63 tahun), Khalil Awad (52 tahun), Nadin Awad (16 tahun), Soumya Santosh (30 tahun), Nella Gurevitz (usia 80-an), Omer Tabib (21 tahun) dan Ido Avigal (5 tahun) – terbµnµh kerana arus roket yang tidak berjaya dipintas Iron Dome.
Apa yang jelas di sini: Israel menggunakan ilmu pengetahuan untuk pembangunan teknologi serba baru yang pihak Pentagon sendiri tidak terjangka. Sementara seluruh dunia mengutuk Israel habis-habisan, nilai ini enggan dicontohi. Kemenangan Israel selama ini tiada rahsia pun – mereka bersatu dan berilmu.
RUJUKAN:
Al Jazeera. (2009, Julai 13). Why the Arabs were defeated.
Steinwehr, U. (2021, Mei 12). Israel’s Iron Dome proves successful against Gaza rockets. DW.
Levinson, C., & Entous, A. (2012, November 26). Israel’s Iron Dome Defense (ditapiskan) to Get off the ground. The Wall Street Journal.
Rubin, U. (2007). The Rocket Campaign against Israel during the 2006 Lebanon (ditapiskan). The Begin-Sadat Center for Strategic Studies.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih