Sudah kita sedia maklum, dunia artis penuh dengan pelbagai cabaran. Dari pandangan zahir, kita lihat dunia selebriti itu penuh dengan keseronokan, kemewahan dan populariti. Memang secara lumrahnya manusia suka akan hal-hal tersebut.
Namun di sebalik pandangan yang zahir itu, ada juga sisi-sisi yang kontra. Walaupun kehidupan artis ketika sedang berada di kemuncak akan dikelilingi dengan keseronokan, kemewahan dan populariti, tetapi ada kalanya, mereka juga ingin mencari ketenangan jiwa.
Jauh dalam hati mereka, terdetik untuk meninggalkan sementara hiruk pikuk dunia selebriti yang melaghakan itu. Mereka ingin mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan yang wujud pada ruang terdalam hati mereka.
Sekarang sudah genap setahun negara kita hidup dalam pelbagai bentuk lockdown akibat pandemik Covid-19. Dari seketat-ketat PKP hinggalah kepada PKPP. Sepanjang PKP, banyak industri yang tergendala. Kita semua mengisi waktu di dalam rumah masing-masing.
Begitu juga dengan industri seni kreatif. Banyak sesi penggambaran atau konsert perlu ditangguhkan terlebih dahulu. Dari satu sudut, mungkin hal ini menjejaskan pendapatan para artis. Namun dari sudut positif, PKP ini juga ada hikmah disebaliknya.
Antara hikmahnya, para artis dapat meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Mereka dapat melarikan diri buat sementara waktu dari kesibukan dunia selebriti. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama keluarga.
Yang lebih membanggakan lagi, ada juga beberapa artis yang mengambil kesempatan dalam masa senggang ini untuk melakukan refleksi diri dan mendalami ilmu agama. Mereka turut kongsikan aktiviti mereka yang sangat bermakna itu kepada peminat masing-masing. Jiwa mereka berasa tenang dan seronok dengan perubahan diri.
Antara cara untuk artis-artis ini mendekatkan diri kepada agama adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti Jemaah Tabligh. Mereka mempelajari ilmu agama dan kepentingan dakwah.
Mereka pelajari tentang usaha atas iman dan amal. Mereka pelajari tentang fikir risau akan umat. Mereka pelajari tentang khidmat. Mereka mempelajari tentang memasukkan kalimat syahadah “Lailahailallah, Muhammad Rasulullah” ke dalam hati.
Usaha-usaha yang baik ini sewajibnya diberi sokongan dan galakan oleh masyarakat. Kita perlu mendoakan agar figura-figura selebriti ini terus istiqamah dalam usaha memperbaiki diri. Manusia memang akan mengalami turun naik iman kerana ujian duniawi, namun dengan sokongan dan doa ramai, semoga dapat membantu mereka kekal istiqamah dalam perubahan.
Semoga perubahan mereka ini turut melimpahkan kebaikan buat kita semua juga. Kebaikan yang banyak akan menurunkan barakah dan rahmat. Semoga dengan rahmat dan barakah ini, terangkatlah segera pandemik Covid-19 ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih