Halicarnassus adalah sebuah negarakota Greek (Greece city-states) yang terkenal dengan makam besar (mausoleum) Mausolus yang tersenarai dalam Tujuh Benda Ajaib Dunia bersama-sama Piramid Giza.
Pada tahun 480 Sebelum Masehi dalam Pertempuran Artemisium, ada seorang wanita yang menjadi salah seorang komander tentera laut di sebelah pihak Xerxes I, pemerintah Empayar Achaemenid Parsi.
Beliau adalah Artemisia I dari wilayah Caria yang mana Hallicarnassus adalah salah satu kota di dalamnya. Ayahnya adalah raja Hallicarnassus. Selepas kematian suaminya, Artemisia naik sebagai pemerintah Hallicarnassus yang mana ketika itu di bawah pengaruh Parsi.
Artemisia menyertai Xerxes I dari Parsi menentang persekutuan negarakota-negarakota Greek seperti Athens, Sparta, Corinth, Arcadia dan lain-lain.
Terdapat dua pertempuran laut yang disertai Artemisia, Artemisium dan Salamis.
Artemisia dipandang sebagai wanita besi yang hebat dan licik. Kononnya dia banyak mempengaruhi Xerxes dalam membuat keputusan. Dalam pertempuran, taktik yang digunakan juga licik iaitu menyamar sebagai kapal-kapal Greek dan ‘menikam’ dari dalam.
Dalam Pertempuran Artemisium, kedua-dua pasukan pada awalnya tidak mencapai kemenangan mutlak, walaupun Parsi menghantar sejumlah kapal yang besar (kira-kira 1200 kapal perang) namun sebahagiannya terperangkap dan musnah dalam ribut dan ombak besar. . Bakinya terus berperang dengan kapal-kapal Greek sehingga kemusnahan begitu seimbang di kedua-dua pihak namun oleh kerana Greek datang dengan jumlah kapal yang lebih kecil maka Greek lebih terpukul dengan kemusnahan itu. Greek lebih terpukul selepas mendapat khabar bahawa mereka tewas dalam Pertempuran Thermopylae iaitu pertempuran darat menentang balatentera Xerxes I yang lain. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berundur.
Dalam Pertempuran Salamis, kapal-kapal Parsi yang terlampau banyak menyebabkan ia sukar untuk diorganisasi ditambah pula terbunuhnya Ariabignes, komander sekaligus saudara kandung Xerxes sendiri menyebabkan tentera laut Parsi kucar-kacir. Banyak kapal Parsi yang musnah akibat dirempuh kapal-kapal Greek dan mereka berperang di atas kapal-kapal yang tertunda itu.
Artemisia turut menyertai pertempuran dengan mengetuai lima kapal perangnya sendiri dan juga tentera laut dari empat kota Greek yang tunduk dibawah Xerxes I iaitu Halicarnassus sendiri, Cos, Nisyros dan Calyndos. Kapal-kapalnya adalah antara yang terbaik dari segi reputasi. Herodotus, sejarahwan Greek menggambarkan Artemisia sebagai seorang yang bijak, berani dan berpengaruh dalam semua komander laut di bawah Xerxes.
Apabila melihat kedudukan semakin menyelebelahi Greek, Xerxes I yang menyaksikan pertempuran itu dari atas takhtanya di Gunung Egaleo mengarahkan baki kapal-kapal Parsi supaya berpatah balik.
Ketika kapal-kapal Artemisia juga berpatah balik menurut kapal-kapal Parsi yang lain. Ameinias, seorang kapten sebuah kapal Greek menyedari kehadiran Artemisia mula curiga dan cuba mengejarnya. Artemisia yang penuh muslihat, mengarahkan bendera Parsi diturunkan dan bendera mirip dari sebelah pihak Greek dinaikkan dan ini mengelirukan kapal Greek yang mengejarnya. Ketika tersepit di antara kapal-kapal Greek dan Parsi, Artemisia mengambil keputusan memusnahkan kapal sekutunya sendiri iaitu kapal-kapal Calyndos. Artemisia tidak mahu menghentam kapal-kapal Parsi kerana menyedari Xerxes memerhatikan dari jauh. Dengan ini kapal-kapal Greek menyangka kapal Artemisia adalah dari pihak mereka, manakala Xerxes pula menyangka Artemisia telah memusnahkan kapal-kapal musuh kerana kapal Calyndos memang mirip kapal Greek dan orang-orang Calyndos juga sememangnya sebangsa dengan orang Greek.
Artemisia pulang ke pangkuan Xerxes dengan membawa bersama mayat abang emperor Parsi itu, Ariabignes di hadapannya. Xerxes begitu terharu dengan pengorbanan dan kesungguhan wanita besi itu lantas menghadiahkan persalinan berupa baju besi Greek yang lengkap malah meminta nasihat darinya. Artemesia menasihatkan Xerxes supaya berehat dan membiarkan jeneral perangnya Mardonius meneruskan kempen perang ke tanah-tanah Greek.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih