Lakaran seorang pengembara Jerman bernama Joannes Theodore de Bry ini menggambarkan suasana pertembungan armada Johor-Belanda tatkala berdepan dengan pasukan Portugis di Kuala Johor pada 6 Oktober 1602. Ia siap dilakar setahun sesudah itu(1603) dan diterbitkan di Frankfurt pada tahun 1607.

Dalam lakaran ini menunjukkan:

a) Pertempuran di tapak bekas ibu kota Johor Lama(Oudl Ior). Nampaknya penempatan itu dikepung oleh dua buah kapal Portugis yang berposisi disitu sebelum datang pasukan bantuan dari pihak Belanda menyerang membuka kepungan.

b) Saya kira ketibaan pasukan bantuan ini membuka laluan untuk fusta-fusta(fusten) dan ghali-ghali(gollehen) Johor yang terperangkap selama berbulan-bulan lamanya dari hulu untuk turun. Armada utama Johor berpecah. Salah satu pasukan diarahkan untuk membentuk pertahanan lebih hilir dari Oudl Ior di kedua dua tebing Rio Batusabar dan salah satunya di mulut Sungai Lebam.

c) Mara lagi memasuki laut Kuala Johor armada utama Johor kemudian mengarahkan sebahagian lagi ketumbukan untuk ditempatkan di sekitar Tanjung Pengerang sebagai pasukan sayap belakang. Sungai Johor ditulis sebagai “Rio Batusabar” yakni bersempena ibukota pada waktu itu yakni Kota Makam Tauhid di sekitar Kota Batu Sawar di hulu Sungai Johor.

d) Armada utama ‘das Machecte Konig van Ior’ yakni ayat Jerman bagi ‘His Majesty King of Johor’ Sultan Abdullah Ma’ayah Syah turun ke medan secara langsung dengan ghali besarnya berhenti mengambil posisi di tengah-tengah laut diapiti ghali-ghali kecil dan pasukan perahu berkayuh mungkin bermakna satu pasukan Orang Laut yang mengiring baginda.

e) Armada baginda bersedia dibelakang satu ketumbukan kapal-kapal Belanda yang berhadapan secara langsung dalam pertempuran jarak dekat dengan kapal Portugis berhampiran Batuan Pedra Branca. Kapal-kapal Portugis ini mungkin bantuan dari luar yang cuba membalas kegagalan kapal-kapal yang mengepung Johor Lama.

f) Satu lagi ketumbukan ghali-ghali Johor diarahkan untuk mengambil posisi menghampiri pantai Batam.

Menarik disini untuk diperhatikan akan bentuk kapal-kapal Johor dalam bentuk kapal berlayar ‘lateen sail’ dengan bendera yang berjatakan sejenis senjata yang bersilang dua. Ini mengukuhkan teori bahawa simbol keris bersilang pada wang-wang era Johor Lama adalah sebenarnya simbol kerajaan tersebut. Republik Belanda yang diketuai Naib Admiral Jakob Pieters Enkhuisen menggunakan bendera ‘tricolor’ berjalur tiga manakala Portugis yang diketuai Kapitan Estevao Teixeira de Matos mengenakan sejenis bendera yang berbeza. Kapal-kapal Eropah kelihatan lebih besar daripada kapal-kapal Johor yang berfungsi dalam sistem perairan pesisir dan mereka menggunakan layar jenis ‘square sail’.

Deskripsi Lakaran

Dalam memahami lakaran ini terjemahan kasar Bahasa Jerman tidak dapat membantu kerana kebanyakan istilah dan kosakata datang daripada Bahasa Jerman klasik. Adakalanya perkataan itu ditulis berbeza atau sudah tidak digunakan lagi pada hari ini seperti nama jenis-jenis kapal. Saya telah dibantu oleh Farish A Noor dan Martin Van Bruinessen dua orang sarjana yang menterjemahkan deskripsi ‘legends’ yang memberi konteks pada lakaran tersebut. Berikut saya terjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada deskripsi Melayu dengan penambahan bacaan saya sendiri pada kosakata tertentu yang tidak dapat difahami Prof. Van Bruinessen:

Contrafactur des schaemutzels der Hollender wider die Portigesen in dem Flus Batusabar
Counterfeit of the skirmish of the Dutch against the Portuguese in the river Batusabar.
Pertempuran serangbalas Belanda menentang Portugis di Sungai Batusabar.

A ist der Hollendische Vice Admirael Zirixcze genannt.
A is the Dutch Vice Admiral named Zierikzee
A adalah Naib Admiral Belanda bernama Zierikzee

B ist der Hollendische Zaun[?] von Encheusen
B is the Dutch[zaan or zaun: some type of ship?] of Enkhuyzen
B adalah zaun(zaan atau zaun: sejenis kapal? Nabil: jong?) milik Enkhuyzen.

C ist das Iagschiff von Amsterdam
C is the [iagschiff: another type of ship?] of Amsterdam
C adalah (kapal iag: sejenis kapal lain?) dari Amsterdam.

D ist das grose Schiff der Portugesin
D is the large ship of the Portuguese
D adalah kapal besar milik Portugis.

E ist das kleinere
E is the smaller one
E adalah yang lebih kecil.

F sind ihre Gallehen
F are their galleys
F adalah ghali-ghali mereka.

G seind Fusten von Ior [?] welche dem Scharmvtzels zu sagen
G are [fusts: yet another type of ship?] from Ior [?] which sail towards the skirmish [???]
G adalah fusta-fusta dari Johor yang berlayar ke arah pertempuran.

H ist wider der Vice Admiraell Zirixcze als sy zum andern mael auserhalb des Fluses mite in ander kempften
H is again the Vice Admiral Zierikzee, when they were once again doing battle against one another
H sekali lagi adalah Naib Admiral Zierikzee, apabila mereka sekali lagi bertempur dengan yang lainnya.

I ist der Hollendische Zaan (?) und K das Iagschiff
I is the Dutch zaan [?], and K is the iagschiff
I adalah zaan(?) Belanda dan K adalah kapal ‘iag’ nya.

L ist wider das groeste Portuges Schiff und M das kleine
L is again the largest Portuguese ship
L adalah sekali lagi kapal Portugis yang paling besar.

N sind die Gallehen in welchem der Mechtige Koenig von Ior in[n]en gewesen
N are the galleys in which the mighty king of Ior had been
N adalah ghali-ghali di mana Raja Johor yang perkasa berada.

O seindt die Gallehen und Fusten der Portugeser welche sich in die Flucht begaben
O are the galleys and fusts of the Portuguese, giving flight (i.e., fleeing)
O adalah ghali-ghali dan fusta-fusta Portugis yang sedang berundur.

Analisa Peristiwa

Peristiwa pertempuran di Kuala Johor ini nampaknya berlaku sebelum Sultan Alauddin III menitahkan perpindahan ibukota ke Pasir Raja yang juga berlaku sebelum Tun Seri Lanang menjadi Bendahara lagi kerana sesudah itu Johor disibukkan berhadapan dengan angkatan Aceh.

Belanda di sini mengambil keputusan untuk membantu Johor menghadapi kepungan Portugis untuk meraih kepercayaan Johor bagi agenda perdagangan. Maka kemenangan dalam peristiwa ini meyakinkan Sultan Abdullah Ma’ayah Syah untuk memeteri persetiaan tahun 1606 dan Belanda juga mengiktiraf baginda sebagai ganda sultan bersama-sama berkuasa disamping Sultan Alauddin Ri’ayah Syah III. Baginda mengirim Megat Mansur ke Amsterdam dan setelah tiga tahun berlalu rombongan perwakilan ini kembali. Meski Megat Mansur meninggal di Belanda tetapi republik Belanda tetap mengirim satu ketumbukan yang diketuai Admiral Matelief Cornelis de Joong.

Namun, kemenangan di Kuala Johor ini tidak bermakna dominasi mutlak orang Melayu keatas Portugis kerana serangan Johor-Belanda ke atas Melaka pada 1606 gagal dan diikuti dengan serangan balas Portugis ke atas Johor memaksa pemerintah untuk menandatangani suatu perjanjian damai pada tahun 1610. Pakatan ini hanya berjaya memusnahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Diantara julat waktu ini dengan tahun serangan Aceh 1613 sebenarnya berlaku satu serangan dari Jambi ke atas Johor lama sebelum berlakunya serangan lain yang menyusul pada 1666 dan 1673. Johor menewaskan Jambi pada tahun 1679.

Untuk pengetahuan kita zaman ini Johor diperintah oleh Sultan Alauddin Ri’ayah Syah III. Namun menurut Hikayat Melayu atau Sulalatus Salatin disebabkan baginda agak muda dan leka bersenang-senang maka sepupu baginda Sultan Abdullah atau pada ketika itu masih dikenali sebagai Raja Bongsu atau Raja Seberang atau Yang Dipertuan Hilir menjalankan banyak tugas-tugas pentadbiran kerajaan. Matelief menurut catatan seorang Jerman bernama Johannes Verken pada tahun 1609 menyatakan bahawa baginda adalah seorang yang tegap, menarik, fasih, berkulit cerah seorang raja muda dalam usia 30-an.

Baginda menaiki takhta penuh pada tahun 1615 setelah baginda pulang ke Johor pasca serangan kedua Aceh yang menyebabkan Sultan Alauddin dikatakan mangkat dibunuh Aceh kerana memberontak meski ada yang mengatakan baginda mangkat di Lingga. Walaubagaimanapun Sultan Abdullah tidak berapa lama kemudian memutuskan hubungan dengan Aceh.

Setelah mengumpulkan sokongan Orang Laut di Lingga pada 1618, baginda kemudian telah menceraikan isterinya seorang Puteri Aceh menyebabkan Sultan Iskandar Muda kembali datang memusnahkan Johor dan memburu baginda bertahun-tahun lamanya sehingga baginda mangkat di Pulau Tambelan pada tahun 1623 justeru digelar Marhum Tambelan. Setelah kematian baginda takhta Johor kembali kepada waris Sultan Alauddin Ri’ayah Syah III yakni Sultan Abdul Jalil Syah III yakni nenda kepada Sultan Mahmud Marhum Mangkat Dijulang.

-tm

Untuk bermain dan meneliti peta asal dengan lebih jelas boleh masuk ke pautan Arkib Negara Singapura ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply