Pada 10 Februari 2013, Paus Benedict XVI telah meletakkan jawatan dan keluar dari tampuk kesucian di Bandar Vatican. Keputusan ini dibuat berdasarkan integriti atas keuzurannya. Jarang sekali seorang paus berundur dengan perletakkan jawatan. Sebelum beliau, hanya Paus Gregory XII sahaja yang berbuat sedemikian oleh kerana perpecahan agama dibawah pentadbirannya. Itupun berlaku sekitar 1415. Keberangkatan Benedict XVI membuka tirai kepada pembawaan seorang paderi besar dari Argentina bernama Jorge Mario Bergoglio.

Setelah diangkat menjadi paus, Jorge dinamakan Francis, dan bertahun-tahun kemudian jelas pembaharuan yang dibuat. Beliau banyak menyentuh tentang isu-isu semasa, terutamanya sekali kes didiamkan seperti pencabulan kanak-kanak pada tangan paderi tidak bertanggungjawab. Pada Mei 2017, beliau mengaku bahawa Vatican menyimpan 2,000 kotak kes-kes pencabulan seksual.

Berkurun lamanya Vatican mengamalkan prinsip berasingan (isolationism) yang mana terlalu banyak perkara dirahsiakan. Pada 29 Oktober 2019, Paus Francis mengumumkan suatu keputusan mengejut bahawa arkib sejarah Vatican bakal dibuka yang mana koleksi jutaan dokumen 1,200 tahun dinyahrahsiakan secara rasmi.

Arkib ini dipercayai menyimpan warkah perceraian yang membatalkan perkahwinan Raja Henry VIII bersama Catherine dari Aragon. Perjalanan kes Galileo Galilei pun dipercayai disimpan juga. Apa yang bakal didedahkan semestinya membuat ramai dalam kalangan paderi menggigit jari pun. Sungguhpun begitu, Francis berpendapat bahawa Gereja Katolik tidak perlu takut akan keadilan.

Semestinya seluruh dunia, terutamanya kaum Yahudi, menantikan detik-detik berbaki untuk mengetahui tentang Paus Pius XII. Memimpin Katolik semasa Perang Dunia Kedua, Pius XII dikecam hebat atas dakwaan beliau tidak begitu membantu mangsa-mangsa Yahudi yang dianiayai rejim fasisme Jerman. Sedangkan beliau begitu lantang sampai mengkafirkan orang-orang Kristian yang menjulang ideologi komunisme. Pendiriannya terhadap komunisme merupakan antara punca Katolik diusir, dihalau dan dianiayai puak fanatik komunis di sebalik tirai merah.

Toleransi aneh yang diberikan kepada 4d0lf H1tler mencetuskan kontroversi terhadap imejnya (sekaligus Gereja Katolik). Seorang penulis bernama John Cornwell siap mengeluarkan buku dengan tajuk H1tler’s Pope pada tahun 1999. Cornwell mengakui beliau mencuri masuk ke bahagian arkib dan menemui bukti bahawa Pius XII membantu H1tler hentikan penentangan Katolik terhadap N4zisme di Jerman sebelum naik jadi paus lagi. Dalam buku tersebut, Pius XII dituduh dengan tidak tahu malu menunggang kemenangan tentera-tentera bersekutu dalam Perang Dunia Kedua lagi.

Sensasi media yang dijana buku tersebut memaksa Gereja Katolik dibawah Paus John Paul II untuk membuat suruhanjaya sejarah bagi mendapatkan kepastian tentang penglibatan Pius XII. Kesimpulan daripada suruhanjaya ini tidak meyakinkan sesiapa, kerana enam sarjana terlibat tidak mempunyai akses kepada arkib-arkib yang bakal dibuka. Mereka sendiri membatalkan kajian selepas Gereja enggan berikan kebenaran, yang hanya mengundang aib sahaja.

Pembukaan ini semestinya boleh memberikan nokhtah terakhir yang diperlukan untuk menghakimi pendirian Pius XII. Vatican dipercayai menyimpan catatan sebanyak 17 juta sahaja mengenai Pius XII. Tentu sekali perkara ini boleh meletakkan kesimpulan rapi yang mungkin menggegarkan lagi integriti Gereja. Apa-apa pun tiada keadilan boleh diperjuangkan kerana Pius XII sudahpun meninggal dunia pada 9 Oktober 1958.

Sungguhpun begitu, keputusan yang diambil Francis sememangnya suatu kejutan atas pergolakannya menentang barisan ultra-konservatif Katolik. Kelantangannya mengecam tindakan-tindakan paderi terhadap kanak-kanak pun tidak disukai ramai. Apa yang pasti disini, rahsia dalam Gereja bakal tersebar lagi kerana terlalu ramai menantikan hari untuk masuk ke Arkib Apostolik Vatican yang diasaskan pada tahun 1612.

RUJUKAN:

Archives will reveal the truth about Pope Pius XII-https://www.theatlantic.com/ideas/archive/2019/03/archives-will-reveal-truth-about-pope-pius-xii/584080/

Archives will reveal truth about Pope Pius XII-https://www.theatlantic.com/ideas/archive/2019/03/archives-will-reveal-truth-about-pope-pius-xii/584080/

Arkib sejarah Vatican dedah ‘rahsia’ 12 abad – https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/10/622556/arkib-sejarah-vatican-dedah-rahsia-12-abad?fbclid=IwAR3rcJCYvz9iMmXFISk9ODLX0TlAEPY6LyLqn5U2AKn0t4iNTnP2GFR_6-8

Church not afraid of history: Pope Francis to open secret Pius XII archives – https://www.reuters.com/article/us-pope-archives/church-not-afraid-of-history-pope-francis-to-open-secret-pius-xii-archives-idUSKCN1QL11Q


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.