Selalunya mengikut tradisi Mesir Purba, ma-yat akan diawet terlebih dahulu, dibalut dengan kain, diletakkan dalam keranda dan diletakkan sama ada dalam piramid (bagi kerabat diraja Mesir Purba) atau kubur mengikut status kehidupannya. Tetapi satu penemuan yang dibuat oleh pasukan penyelidik Universiti Macquarie, Sydney, Australia memperlihatkan terdapat satu lagi rahsia berkenaan ritual pasca-kema-tian Tamadun Mesir Purba.

Pasukan penyelidik diketuai oleh Karin Sowada mengimbas mumia lumpur yang didermakan oleh ahli politik England-Australia Sir Charles Nicholson. Nicholson mendapat mumia tersebut pada tahun 1850-an dalam keadaan mencurigakan sebelum ia menjadi sebahagian daripada koleksi beliau yang didermakan kepada Universiti Sydney pada akhir abad ke-19.

Apabila mereka mengkaji mumia dan kerandanya, keterangan keranda mengatakan mumia tersebut ialah seorang wanita bertaraf berada bernama Meruah. Bagaimanapun, siasatan pasukan penyelidik mendapati mumia tersebut bukanlah mumia berstatus bangsawan. Sebaliknya, mereka percaya mumia lain sengaja diletakkan bersama keranda sebelum dijual kepada orang luar oleh penduduk tempatan sebagai koleksi penuh.

Pada tahun 1990-an, mereka telah menjalankan imbasan tomografi berkomputer (CT) ke atas mumia dan mendapati wujud cangkerang keras atau karapas yang diperbuat daripada lumpur. Pada awalnya, ia tidak membawa maksud apa-apa ketika itu. Tetapi selepas mumia menjalani imbasan CT buat kali kedua pada 2017, barulah pasukan penyelidik mendapati karapas yang wujud pada mumia tersebut sebagai luar biasa.

Ketebalan karapas pada mumia bergantung kepada bahagian tubuh seperti muka (beberapa milimeter) atau kaki (2 cm). Sowada dan rakan-rakan penyelidiknya mendapati dalam imbasan terbaru mumia, wujud lapisan pigmen putih di atas karapas. Pigmen ini berkemungkinan diambil daripada batu kapur sementara pigmen merah-per-ang pula diambil daripada mineral dan disapu pada bahagian muka.

Karapas ini berkemungkinan ditambah dalam tempoh satu atau dua generasi pada mumia selepas ia dirosakkan oleh perom-pak kubur. Bagi pengkaji Mesir Purba, senario makam dan mumia dirosakkan oleh perom-pak kubur bukan perkara baru. Sebaik saja mumia selesai dikebumikan/dimakamkan, perom-pak kubur mengambil kesempatan mencuri pelbagai barangan berharga yang ditempatkan bersama si ma-ti sehingga merosakkan mumia.

Membaiki semula mumia untuk menutup jena-yah rom-pakan kubur bukan satu-satunya motif karapas diletakkan padanya. Sebaliknya, ia dilihat mempunyai makna secara spiritual kerana kaitannya dengan Osiris. Dalam mitologi Tamadun Mesir Purba, Osiris merupakan dewa kema-tian dan kebangkitan semula dibu-nuh oleh saudaranya Set yang gilakan takhtanya.

Apabila ma-yatnya cuba disembunyikan oleh isterinya Isis, Set berjaya mendapatkan lokasi ma-yat Osiris dan bertindak memo-tong setiap anggota tubuh badan saudaranya itu. Isis menyatukan semula semua anggota tubuh suaminya yang dipo-tong dan menghidupkannya semula untuk sebentar bagi membolehkannya hamil. Apabila baginda melahirkan Horus, Horus bukan sekadar mewakili permulaan baru malah sebagai dewa yang menumpaskan Set.

Justeru, dengan meletakkan karapas pada mumia yang dirosakkan, ia seolah-olah mengembalikan semula integriti mumia dan kaitannya dengan alam kema-tian yang ditadbir Osiris. Sowada turut melihat lumpur sebagai elemen penting pembuatan karapas kerana kaitannya dengan mitos Osiris dan simbol kesuburan Delta Nil.

Memandangkan karapas tidak pernah ditemui sebelum ini, pasukan penyelidik ingin mencari karapas serupa dengan mumia mereka. Fokus mereka ialah mumia-mumia yang disemadikan sekitar 1200 SM atau akhir era Kerajaan Baru. Tambah kumpulan penyelidik ini, untuk melihat sejauh mana ia dilakukan, kajian radiologi dan lebih banyak mumia dari tempoh tersebut perlu dilihat bagi membuktikan hipotesis mereka.

RUJUKAN:

Ferreira, B. (2021). Archaeologists Are Studying a New Type of Mummy They’ve Never Encountered. Vice.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.