Tamadun Mesir Purba meninggalkan sebuah sejarah yang takkan ditelan zaman. Teknologi sains yang maju hari ini bantu pakar arkeologi untuk menjalankan kerja.
Penemuan baru menggantikan penemuan-penemuan lama, sebuah proses yang melengkapkan fakta tentang tamadun ini. Contohnya, Tutankhamun terkenal dengan sebuah topeng keemasan yang dicat biru.
Baginda menjadi Firaun antara 1334 S.M. hingga 1325 S.M., meninggal sebelum usia 20 tahun. Ini menggambarkan beliau sebagai seorang pahlawan barangkali.
Tetapi hakikatnya, beliau didakwa mempunyai penyakit epilepsi (Ahsrafian, 2012), skoliosis (tulang belakang melengkung), sumbing bibir dan lelangit… dan berkaki bengkok, serta tulang yang mudah reput (Hussein, et al., 2013).
Itulah realiti dalam sejarah Mesir Purba. Tetapi ada satu benda menarik tentang tamadun ini.
Agama mereka berpegang kepada kehidupan selepas kehidupan. Doktrin agama ini berpegang kepada: kehidupan di alam bawah (neraka), kehidupan abadi dan kelahiran semula (dalam tubuh lain).
Dewa-dewi Mesir terutamanya Osiris memainkan peranan penting dalam menentukan nasib seseorang. Jadi sepanjang hidup, penganut agama ini membuat amalan mencukupi.
Apabila dikeb.µmikan pula, mereka akan disediakan segala kelengkapan yang bersesuaian dengan amalan.
Sebuah pasukan arkeologi menjalankan misi penggalian di Taposiris Magna, berhampiran dengan bandar Alexandria.
Mereka menemui 15 rangka rakyat Mesir Purba. Kajian pentarikhan radiokarbon mendapati mereka hidup sekurang-kurangnya 2,000 tahun lalu ketika Mesir berada dalam pegangan Yunani Kuno atau Rom Lama.
Rangka Yang Menimbulkan Tanda Tanya
Mesir Purba terbahagi kepada lapan zaman antara tahun 3,150 S.M. hingga 332 S.M. Tempoh selepas itu sudah bukan lagi Mesir Purba.
15 rangka yang ditemui berasal daripada Zaman Dinasti Argead dan Ptolemy, iaitu antara 332 S.M. hingga 30 S.M. Tetapi agama dewa-dewi Mesir Purba masih diamalkan ketika ini. Dan ada satu perkara menari tentang rangka-rangka ini.
Organ lidah mereka dibuang. Tetapi mereka tidak ditanam kosong. Dalam mulut mereka, ada lidah yang diperbut daripada emas.
Jadi buang lidah semulajadi – digantikan pula dengan lidah logam. Tetapi mereka ada tujuan.
Lidah emas ini dipercayai mampu memberikan semua jasad kepetahan dalam bercakap ketika berada di alam kehidupan selepas kehidupan (Davis-Marks, 2021).
Penemuan ini mengejutkan sejarawan, kerana amalan sebegini jarang sesekali dilakukan. Tiada siapa mengetahui tentangnya secara lanjut.
Tetapi sejarawan mempunyai teori-teori menarik, barangkali orang-orang berlidah emas ini mahu berbicara dengan dewa Osiris. Inilah dewa yang dipercayai mereka mempunyai kuasa dari segi kesuburan, pertanian dan kebangkitan semula.
Jika tanaman tidak subur, mereka panjangkan doa kepadanya. Jika hidup tidak subur, nama Osiris tetap diseru. Jika ma.ti pun tidak subur, Osiris juga dicari mereka.
Mungkin itulah sebab tempat penggalian ini penuh dengan ukiran Osiris. Malah satu rangka lagi ditemui dengan sebuah mahkota penuh dengan tanduk dan seekor ular sawa pada dahi. Sebuah rantai mempunyai bentuk helang, merujuk pada dewa Horus yang menjaga langit.
Penemuan ini benar mengubah pandangan arkeologi tentang Mesir Purba. Cuba fikirkan. Bukan semua orang meletakkan emas sebagai lidah untuk membantu mereka di alam sana.
Jadi ini menimbulkan kebarangkalian, mungkin mereka bermazhab lain – berpegang kepada sesuatu sedikit berbeza dengan kelompok pengamal agama Mesir Purba lain.
Turut ditemui bersama mereka ialah syiling-syiling emas yang terukir nama Cleopatra VII. Untuk pengetahuan semua, Cleopatra ialah pemerintah Mesir Purba terakhir.
Selepas baginda mang.kat, Mesir Purba jatuh ke tangan Empayar Rom sebagai wilayah – bukan lagi sebuah kedaulatan seperti dahulu. Kµbµr Cleopatra masih belum ditemui hingga hari ini.
Penemuan rangka berlidah emas seolah-olah meninggalkan petunjuk tentang baginda, yang meninggal dunia ketika berusia 39 tahun.
Baginda menjalinkan hubungan sµl.it dengan Marcus Antonius yang berkongsi kuasa empayar dengan Gaius Octavius dan Marcus Aemilius.
Tidak cukup dengan itu, Antonius pula berkahwin dengan adik Octavius. Cleopatra siap melahirkan tiga orang anak daripada benih Antonius, yang mengeruhkan hubungan kekeluargaan antara penguasa-penguasa empayar ini.
Akhirnya pada tahun 31 S.M., Senat Rom mengisytiharkan pe.rang terhadap Cleopatra. Dan pihak Antonius ditewaskan dalam Pert.empµran Actium.
RUJUKAN:
Ashrafian, H. (2012, September). Familial epilepsy in the pharaohs of ancient Egypt’s eighteenth dynasty. Epilepsy & Behavior. 25 (1): 23-31.
Davis-Marks, I. (2021, Februari 3). Archaeologists in Egypt Discover Mummy With Gold Tongue. Smithsonian Mag.
Hussein, K., et al. (2013). Paleopathology of the juvenile Pharaoh Tutankhamun – 90th anniversary of discovery. Virchows Archiv. 463 (3): 475-479.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih