Kalau bercakap tentang agama Kristian, ramai akan fikir pasal perbezaan pendapat antara agama berkenaan Nabi Isa (as).

Hanya Judaisme sahaja yang mempunyai pegangan negatif dalam hal ini. Islam dan Kristian amat menyanjung baginda. Kedua-dua agama ini bersetuju yang baginda ialah seorang penyelamat umat.

Gelaran Islam pada baginda ialah Isa al-Masih, bersinonim dengan “Jesus (is the) Christ”. Namun baginda dianggap seorang rasul yang mulia di sisi Islam. Agama Kristian pula mempunyai fahaman lain.

Perbezaan pandangan ini tidak penting untuk umat Islam, kerana doktrin sedia ada yang ditulis berdasarkan al-Qur’an dan Hadis. Takkan mungkin seorang Islam yang faham tentang agama Islam akan menerima konsep ketuhanan Isa as (sekali gus menafikan kerasulan baginda).

Dalam lembaran sejarah Kristian, perbezaan ini sangat penting. Agama Kristian mempunyai beberapa gereja utama yang tidak bersetuju dalam banyak perkara. Perbezaan kegerejaan ini mendapat perhatian Maharaja Constantine (306-337).

Pada tahun 325, baginda mengumpulkan ramai uskup (bishop) dalam sebuah majlis yang diadakan di bandar Nicaea. Tujuan majlis ini mudah: duduk bincang bersama untuk mencapai satu konsensus yang jelas.

Majlis penting dalam sejarah Kristian.

Ramai penganut Kristian keliru tentang status Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci. Apa punca kekeliruan ini?

Paderi Alexandria Yang Mela.wan Arus

Zaman Constantine telah mengakhiri siri penin.dasan yang dialami umat Kristian. Selama 300 tahun, umat Kristian terpaksa menyembunyikan akidah mereka. Tiada siapa boleh mempertahan akidah tanpa sebuah penyatuan kukuh, kerana mereka menghadapi tek.anan daripada penguasa-penguasa Rom.

Sistem hµkµman empayar pun tidak adil. Bangsawan Rom yang menerima ajaran Kristian dipan.cµng, sementara bawahan pula diba.kar hidup-hidup – ada yang dibenarkan beramal, kalau berjaya kalahkan singa tanpa sen.jata (Malik & Davenport, 2016).

Maka ramai keluar daripada agama Kristian, kerana takut berdepan nasib sebegini dengan anak kecil menangis di sisi. Memang rahmat untuk umat Kristian apabila Constantine memeluk agama ini.

Tetapi wujud pula uskup yang enggan menerima “golongan murtad yang bertaubat”, contohnya Meletius dari bandar Lycopolis. Seorang pelajar bernama Arius bersetuju dengan Meletius. Pandangan ini menimbulkan amarah uskup bandar Alexandria, iaitu Peter. Lalu Arius diisytiharkan kafir pada tahun 311 (Moreschini, 2005).

Arius

Peter meninggal dunia pada tahun itu dan diganti Achillas yang menarik balik titah pengkafiran dibuat. Walaupun ditentang ramai, Arius mempunyai populariti marhaen yang tidak terca.bar.

Kalaulah Achillas boleh meramal masa depan, tentu sekali beliau takkan menarik balik titah tersebut. Kerana Arius akan mencetuskan masalah paling besar dalam agama Kristian.

Penentangan Triniti Yang Mewujudkan Dua Cabang

Achillas meninggal dunia enam bulan selepas mengganti Peter. Jawatan uskup diturunkan kepada seorang agamawan bernama Alexander (yang kemudian menjadi Paus Alexander I).

Satu hari, Alexander memberi khutbah tentang persamaan Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Arius tidak dapat menerima kandungan khutbah Alexander, kerana persoalan “macam mana Tuhan wujud?” yang boleh menjerumuskan sesiapa saja ke lembah kesesatan.

Pandangan arus perdana.

Arius berkata, “jika demikianlah, Tuhan Anak ada permulaan dalam kewujudannya: dan dari sini, jelas sangat ada satu masa yang Dia tidak wujud.

Kenyataan ini menghidupkan fahaman Arianisme yang menjulang Tuhan Bapa, sesuatu tanpa batasan, unik, kekal selamanya dan maha besar. Menurut Arius, Tuhan Anak hanya berkuasa atas izin Tuhan Bapa saja. Ramai agamawan menolak Arianisme.

Kata-kata mereka tidak diendahkan semua, kerana ideologi ini tersebar luas hingga keluar daripada kawasan Uskup Alexander sendiri.

Majlis Nicaea Yang Menjatuhkan Arianisme

Arius dijemput untuk menghadiri Majlis Nicaea anjuran Constantine. Pada masa ini, beliau merupakan seorang yang berpengaruh tinggi kerana fikrah Arianisme. 22 uskup hadir dalam majlis ini untuk menyokong Arianisme.

Alexander pula membawa barisan penyokong sendiri untuk mengecam sebarang kenyataan yang merendahkan darjat Tuhan Anak. Mereka berdebat selama dua bulan dengan hujah berlandaskan Injil.

Arius merumuskan syarahannya, yang Tuhan Anak (senang kata, “individu” dalam sosok tubuh Isa as) ialah ciptaan pertama Tuhan Bapa seperti dikatakan Colossian 1:15 (“Dia ialah imej Tuhan, yang pertama dalam semua ciptaan”).

Memetik John 14:28 (“Tuhan Bapa lebih agung daripada aku”), Arius berhujah bahawa Tuhan Bapa saja yang tunggal tanpa permulaan.

Debat ini terlalu panas sampai Arius ditampar Nicholas dari Myra di hadapan Constantine (Siecienski, 2019). Untuk meredakan kemurkaan baginda, para uskup bersetuju untuk memecat jawatan Nicholas.

Gambaran.

Majlis ini kemudian mencapai konsensus yang Arianisme memang salah. Kalau fikir balik, perbincangan mereka hanya untuk merasmikan Trinitarianisme sahaja. Arius kemudian dihalau dan terpaksa hidup dalam buangan di bandar Illyricum bersama tiga penyokongnya (daripada 22).

Constantine mengeluarkan perintah yang semua buku Arius wajib diba.kar (kerana Arius enggan menerima konsensus iaitu Trinitarianisme). Barangsiapa yang enggan memba.kar buku Arius akan dijatuhi hµkµman bµnµh.

Namun umat Kristian sudah biasa hidup dalam penin.dasan Rom. Arianisme tetap menular dalam kalangan marhaen. Dan Constantine pula membenarkan Arius (yang berlindung di Palestin) kembali ke tanah airnya (Barnes, 2009).

RUJUKAN:

Barnes, T. (2009). The Exile and Recalls of Arius. The Journal of Theological Studies. 60 (1): 109-129.

Gaukroger, S. (2008). The Emergence of Scientific Culture: Science and the Shaping of Modernity 1210-1685. Clarendon Press. Halaman 61.

Malik, S., & Davenport, C. (2016, November 22). Mythbusting Ancient Rome – (ditapiskan) Christians to the lions. The Conversation.

Moreschini, C. (2005). Early Christian Greek and Latin Literature: From the Council of Nicaea to the Beginnings of the Medieval Period. Hendrickson Publishers. Halaman 21.

Siecienski, A.E. (2019). Orthodox Christianity. Oxford University Press. Halaman 10.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.