Argentavis magnificens ialah spesis burung terbesar dunia yang pernah wujud. Spesis burung ini juga mempunyai rekod sebagai burung paling berat di dunia. A. magnificens dikenali dengan nama ‘Giant Teratorn’ dan fosilnya ditemui di kawasan ekskavasi yang terletak di barat laut Argentina. Dianggarkan spesis burung ini wujud pada fasa akhir Miocene, iaitu sekitar 9 hingga 6.8 juta tahun dulu.

 

Lokasi penemuan fosil burung Argentavis. (Sumber: ResearchGate)

 

Yang menjadikan spesis burung ini sebagai burung terbesar dunia ialah saiz sayapnya memanjang sehingga 6.5 meter. Burung ini juga memegang rekod sebagai burung terberat dunia dengan beratnya 70-72 kilogram.

Terdapat perdebatan terhadap saiz sebenar sayap burung Argentavis sebelum menemui konklusinya. Pada awal pengukuran, dikatakan panjang sayap spesis burung ini mencecah 7 meter namun tiada pengesahan dari pihak autoriti. Manakala tinggi burung ini ialah sekitar 1.5 hingga 1.8 meter, sama tinggi dengan tinggi manusia. Jumlah panjang burung ini pula (dari paruh hingga ke ekor) ialah 3.5 meter.

 

Saiz model burung Argentavis berbanding dengan manusia.

 

Walau bagaimamapun, gelaran burung terbesar beralih dari Argentavis kepada spesis burung bernama Pelagornis sandersi yang telah pupus pada 25 juta tahun kerana panjang sayapnya melebihi sayap burung Argentavis iaitu 7.4 meter. Namun jika diukur dari berat kedua-dua spesis burung, spesis Argentavis mempunyai berat sekitar 70-72 kilogram, lebih berat dari spesis Pelagomis yang hanya seberat 22 hingga 40 kilogram.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Mapukah burung Argentavis ini terbang dengan jumlah berat sekitar 70 kilogram? Dengan saiz sayapnya yang panjang, burung ini berkemungkinan terbang tinggi dan hanya mengepak sayapnya dalam tempoh yang singkat. Jangkaan kepecutan sayap burung ini ialah sekitar 1.1 meter per saat atau 40 kilometer per jam.

Burung Argentavis menetas sebanyak sebiji atau 2 biji telur dengan berat lebih 1 kilogram pada setiap dua tahun. Selepas 16 bulan, anak burung mampu berdikari sendiri namun ia hanya mencapai kematangan ketika berusia 12 tahun. Sebanyak kurang 2% kematian spesis burung ini pada setiap tahun, menunjukkan burung ini mampu kekalkan populasi tanpa hiraukan perkara yang merosotkan populasi seperti penyakit.

 

Ilustrasi burung Argentavis dengan mangsa. (Sumber: ARK News)

Burung Argentavis bersifat teritorial yang bermaksud menjaga kawasan. Kawasan yang biasa diawasi spesis burung ini ialah lebih 500 kilometer persegi. Biasanya kawasan tersebut ialah kawasan pemburuan mangsa. Namun begitu, burung ini tidak mengamalkan sistem pemangsa-mangsa (prey-predator). Kerana saiznya yang besar, ia hanya mampu hidup sebagai pemakan bangkai walaupun ia berada di hierarki teratas dalam rantai makanan. Kadang-kadang, burung ini memburu kumpulan mamalia marsupial kuno bernama ‘metatherian’ atau lebih muda ialah moyang haiwan marsupial.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Cakarnya yang kuat dan paruh yang begitu besar dengan hujung paruhnya berupa cangkuk menjelaskan bahawa burung Argentavis ini juga burung karnivor yang memakan mamalia kecil dengan cara pemburuan mengejut, sama ada menggunakan cakar atau paruhnya. Kini, burung Argentavis telah pupus dan saintis masih mencari sebab kepupusannya. Berkemungkinan akibat saingan dengan pemangsa baru atau perubahan iklim.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Argentavis  untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN:

Alexander, David E. (24 July 2007). “Ancient Argentavis soars again”. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 104 (30)

Chatterjee, S.; Templin, R. J.; Campbell, K. E. (24 July 2007). “The aerodynamics of Argentavis, the world’s largest flying bird from the Miocene of Argentina”. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 104 (30)

Yong, Ed (8 July 2007) Argentavis, the largest flying bird, was a master glider. notexactlyrocketscience.wordpress.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply