Pewaris takhta diraja Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand dilahirkan pada 18 Disember 1863, di Graz, Austria. Pada tahun 1900, Ferdinand melepaskan hak anak-anaknya untuk mewarisi takhta demi menikahi seorang wanita. Semasa berkuasa, beliau cuba memulihkan hubungan Austro-Russia sambil mengukuhkan hubungan pakatan dengan Jerman.

Latar Belakang Peribadi

Dia adalah putera sulung Archduke Karl Ludwig, yang merupakan adik lelaki kepada Maharaja Franz Joseph. Franz Ferdinand adalah anggota kerabat diraja Hapsburg, pemerintah Empayar Rom Suci, Empayar Austro-Hungary dan Empayar Sepanyol.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang ketenteraan pada umur 12 tahun dan dengan pantas dinaikkan pangkat sehingga berjaya menjadi Jeneral Utama pada usia 31. Selepas peristiwa bvnuh diri oleh Putera Mahkota Rudolf pada tahun 1889, disusuli dengan kemat!an bapanya sendiri akibat typhoid pada tahun 1896, Franz Ferdinand dipersiapkan untuk mewarisi takhta.

Pada tahun 1894, Franz Ferdinand bertemu dengan seorang wanita jelita iaitu Countess Sophia Chotek dan mereka berdua saling jatuh cinta. Walau bagaimanapun, adat perkahwinan kerabat diraja Hapsburg memerlukan seseorang itu wajib menjadi salah seorang yang berdarah dinasti yang memerintah atau mana-mana dinasti pemerintahan monarki di Eropah, dan Chotek pula bukanlah dari keturunan mana-mana keluarga diraja. Cinta Franz Ferdinand terhadap Chotek terlalu dalam hingga beliau enggan berkahwin dengan orang lain, bagaimana pun, pasangan itu masih menyimpan rahsia perhubungan mereka.

Archduke Franz Ferdinand dan isterinya Sophie Chotek

Selepas keluarga dimaklumkan mengenai hubungan itu, Maharaja Franz Joseph enggan memberikan restu dan keizinan kepada pasangan tersebut untuk melangsungkan perkahwinan. Akhirnya, beberapa pemimpin Eropah yang berpengaruh, termasuk Pope Leo XIII, berhujah bagi pihak Franz yang sedang angau mabuk cinta, menyatakan bahawa ketidaksepakatan tersebut telah menjejaskan kestabilan dinasti monarki Eropah.

Akhirnya Maharaja Franz Joseph terpaksa bersetuju dengan syarat bahawa tidak ada seorang pun anak cucu Franz dan isterinya yang dilahirkan nanti boleh menjadi pewaris takhta. Pasangan itu akhirnya berkahwin pada 1 Julai 1900.

Pembvnuhan Tangan Hitam

Pada musim panas 1914, Franz Ferdinand dan isterinya Sophie Chotek menerima jemputan untuk melawat ibukota Bosnia, Sarajevo. Beliau telah dimaklumkan mengenai aktiviti pengganas yang dilakukan oleh organisasi nasionalis “Black Hand” tetapi tidak memandang ringan terhadap amaran tersebut.

Pada pagi 28 Jun 1914, pasangan diraja itu tiba dengan keretapi dan enam buah kereta-bermotor membawa mereka ke dewan bandaraya untuk upacara sambutan secara rasmi. Franz dan isterinya berada di dalam kereta kedua dengan bahagian atas yang digulung untuk memberi orang ramai pemandangan yang terbaik.

Pada pukul 10:10 pagi, ketika kereta-bermotor melepasi balai polis pusat, agen Black Hand, Nedjelko Cabrinovic, melempar bom tangan ke arah kereta Archduke itu. Pemandu menekan pedal untuk bergerak dengan lebih laju apabila dia melihat objek terbang itu, lalu bom itu meletup di bawah roda kereta di belakangnya, mencederakan dua penumpangnya bersama-sama lebih kurang 12 orang awam yang menyaksikannya. Franz Ferdinand dikatakan telah berteriak dengan marah kepada pegawai tempatan,

“Jadi, anda menyambut tetamu anda dengan letupan bom ?!”

Lakaran mengenai gambaran saat Franz Ferdinand diserang

Akhirnya pada hari itu juga yang bertarikh 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta diraja Empayar Austria-Hungary dan isterinya Sophie ditemb4k mat! oleh seorang nasionalis berbangsa Serb dari Bosnia semasa melakukan lawatan rasmi ke ibu kota Bosnia di Sarajevo.

Pembvnuhan itu mencetuskan rantaian peristiwa yang membawa kepada bermulanya per4ng Dunia Pertama pada awal bulan Ogos. Pada 28 Jun 1919, lima tahun kemudian semenjak hari kemat!an Franz Ferdinand, Jerman dan Pihak Berikat menandatangani Perjanjian Versailles, secara rasminya menandakan berakhirnya per4ng Dunia Pertama.

Archduke bertolak ke Sarajevo pada bulan Jun 1914 untuk menghadiri upacara pemeriksaan perbarisan angkatan bersenjata imperial Bosnia dan Herzegovina, yang telah diserap sebagai sebahagian daripada Empayar Austria-Hungary pada tahun 1908. Penj4jahan secara senyap itu telah menimbulkan kebencian nasionalis Serbia yang menganggapnya sebagai pencabulan bangsa.

Mereka percaya wilayah itu harus menjadi sebahagian dari Serbia. Sekumpulan pemuda nasionalis telah merancang komplot untuk membvnuh Franz Ferdinand semasa lawatannya ke Sarajevo, dan setelah beberapa kali terlepas sasaran, Gavrilo Princip yang baru sahaja berusia 19 tahun telah berjaya menembak pasangan diraja pada jarak dekat, ketika mereka mula bertolak dalam perarakan rasmi diraja, temb4kan itu sekaligus telah membvnuh kedua-duanya dengan serta-merta.

Pembvnuhan itu membuahkan rantaian peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan pantas sebelum pengisytiharan per4ng, Austria-Hungary bertindak secara melulu dengan terus menyalahkan kerajaan Serbia sebagai bertanggungjawab terhadap s3rangan itu.

Memandangkan keterlibatan Russia selaku kuasa yang besar telah memilih untuk menyokong Serbia, Austria meminta jaminan dari pihak Jerman bahawa mereka akan turut serta bersama Austria untuk menentang Russia dan sekutunya, ia termasuklah Perancis dan mungkin akan turut disertai Great Britain.

P3rang Dunia Pertama

Pada 28 Julai, Austria-Hungary mengisytiharkan per4ng ke atas Serbia, dan keseimbangan politik yang sudah sedia rapuh di antara kuasa besar Eropah mula runtuh, maka bermulalah konflik yang dahsyat pada mulanya dikenali sebagai per4ng Besar atau per4ng Yang Akan Menamatkan Segala Peper4ngan, kemudian lebih dikenali sebagai per4ng Dunia Pertama.

Selepas lebih daripada empat tahun pertumpahan darah, per4ng Besar berakhir pada 11 November 1918, setelah Jerman selaku pihak yang terakhir dari Kuasa Tengah, menyerah kalah kepada Pihak Berikat. Pada persidangan damai di Paris pada tahun 1919, para pemimpin Berikat telah menyatakan keinginan mereka untuk membina sebuah negara pasca per4ng yang lebih selamat dari peper4ngan masa depan yang mungkin lebih besar mudharat nya.

Perjanjian Versailles, yang ditandatangani pada 28 Jun 1919, ternyata telah gagal mencapai matlamat ini. Cita-cita besar Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson mengenai organisasi keamanan sejahtera antarabangsa terhenti apabila ianya dipraktik dan diperkenalkan sebagai Liga Bangsa-Bangsa.

Lebih buruk lagi, terma-terma dan layanan yang buruk yang dikenakan ke atas Jerman, ditambah lagi dengan kekalahan teruk dalam per4ng, kejatuhan mendadak ekonomi hingga Jerman menjadi pusat pelacuran nombor satu dunia pada waktu itu.

Ini semua telah menyebabkan rasa dendam yang membuku di jiwa bangsa Jerman semakin menebal terhadap perjanjian dan pihak yang menyusun perjanjian itu, di mana ia telah meletakkan negara Jerman berada pada satu kebangkitan yang tidak dapat dihalang lagi, suatu kebencian yang mencetuskan per4ng Dunia Kedua pada dua dekad kemudian.

Hubungan Dengan Tanah Melayu

Istana Besar Johor

Ya, semua p3rang dunia yang dahsyat ini berlaku hanya kerana kematian Archduke Franz Ferdinand ini. Semuanya kerana pembvnuhan seorang pewaris takhta diraja Empayar Austria-Hungary. Tetapi, tahukah anda? Archduke Franz Ferdinand merupakan salah seorang penerima (domestik) anugerah Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia di Istana Besar, Johor.

Putera diraja Austria ini pernah tiba ke Tanah Melayu, ia dianggap sebagai lawatan Austria yang paling terkenal dalam sejarah Malaysia, antara perjalanannya yang tercatat dalam sejarah adalah melakukan kunjungan ke Johor pada 7 April 1893 dengan menaiki kapal HMS ‘Elisabeth’.

Malah, dikatakan, Franz Ferdinand adalah seorang pemburu yang amat berpengalaman dan berharap dapat pergi berburu dengan Sultan Johor tetapi malangnya Sultan berada di Bohemia pada waktu itu atas beberapa urusan rasmi.

Contoh Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Satu

Hubungan diplomat!k antara Austria dan wilayah Malaysia hari ini (semasa Tanah Melayu dijadikan koloni British) mencapai sejauh abad ke-19 juga. Pada bulan September 1866, Maharaja Franz Joseph dari Austria berkenan menubuhkan Konsulat Kehormat Austria di Pulau Pinang. Selepas kesepakatan dengan Hungary, pada tahun 1868 ia dijadikan Konsulat Kerajaan Austro-Hungary .

Apabila United Kingdom mengisytiharkan per4ng terhadap Austro-Hungary pada bulan Ogos 1914, Konsul Kehormat yang terakhir telah dipindahkan oleh pihak berkuasa ke kem konsentrasi di Australia. Semenjak itu, Republik Austria tidak mengekalkan satu pun konsulat di wilayah Tanah Melayu antara 1918 dan 1938. Segala tinggalan aset dan kepentingan Austria di Tanah Melayu dikawal dan dijaga oleh konsulat Jerman yang berpusat di Singapura.

Selepas kemerdekaan Austria dan selepas Kemerdekaan Malaysia, Austria dan Malaysia menubuhkan hubungan diplomat!k secara rasminya pada tarikh 6 Ogos 1962.

RUJUKAN:

Austrian Perspective on Key Foreign and Security Challenges Affecting EU and Southeast Asia and Austrian-Malaysia Bilateral Relations

AEI Occasional Paper 20 (H.E. Ambassador Christophe Ceska)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.