Beberapa minggu lepas, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MBS) mengumumkan rancangan membina bandaraya terapung terbesar di dunia. Bandaraya yang dikenali sebagai Bandaraya Oksagon ini akan di barat daya NEOM, sebuah bandaraya mega baru Saudi yang bersifat futuristik. Separuh daripada Oksagon akan terapung di kawasan Laut Merah.
Mengikut rancangan, bandar tersebut dijangka mendapat penghuni pertamanya sekitar 2024 dengan semua kerja pembinaan siap pada 2030. Oksagon dijangka akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui dan dilengkapi pelbagai teknologi termasuk robotik dan kecerdasan buatan (AI). Riyadh berharap menerusi perlaksanaan projek Oksagon, ia dapat merealisasikan Wawasan Saudi 2030 termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara itu.
Pengumuman ini dibuat beberapa minggu sebelum PBB dan sebuah syarikat Korea bernama Oceanix mengumumkan projek bandaraya terapung Oceanix di luar pesisir Busan, Korea Selatan. Sekiranya projek ini berjalan lancar, Korea Selatan bakal mendapat bandaraya teraping pertama dunia menjelang 2025. Bandaraya ini dijangka menjana tenaga elektrik menerusi tenaga suria, menghasilkan sendiri makanan dan air bersih serta membawa penduduk dan pelancong dengan bot-bot khas.
Mendengar cerita dua projek ini, ia sememangnya satu prospek menarik bagi mendepani isu perubahan iklim. Tetapi tidak seperti projek Oceanix-PBB di Busan, projek Oksagon tidak menyatakan secara jelas bagaimana ia akan dibina di atas air atau kos pembinaannya. Dan ini mengakibatkan Oksagon menjadi bahan ketawa wartawan, penganalisis dan pakar akademik Timur Tengah.
Ini merupakan kali pertama MBS melancarkan projek berskala besar yang dianggap bercita-cita besar dan pertama di dunia. Pada minggu sama Oksagon diumumkan, baginda turut mengumumkan perlaksanaan projek bandaraya kebajikan pertama di dunia iaitu Bandaraya Putera Mohammed bin Salman di kejiranan Irqah, Riyadh. Dan awal tahun ini, MBS turut mengumumkan pembinaan bandaraya sifar karbon sebagai projek pertama NEOM.
Dengan semua projek yang dinyatakan, agak sukar untuk membayangkan sama ada semua ini dapat direalisasikan atau tidak. Ini ditambah dengan sesetengah projek dibelenggu dengan isu kelewatan termasuk perubahan rekaan yang dititahkan oleh MBS sendiri. Oleh sebab itu, seorang penganalisis percaya Oksagon berakhir sebagai satu kegagalan dan ia akan cuba ditutup dengan pengumuman projek-projek berikutnya.
RUJUKAN
Uddin, R. (2021, 17 November). Saudi Arabia to build eight-sided city that floats on water. Middle East Eye.
Times of India. (2021, 27 November). South Korea to get world’s first floating city by 2025.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih