Kerajaan Arab Saudi sudah lama menikmati keselesaan ekonomi yang terjamin atas faktor harga minyak global. Selepas Iraq dan Libya bertambah stabil, harga minyak turun begitu mendadak susulan juga kerana pertumbuhan perlahan di China.

Maka Arab Saudi mula bergelut… sampai hari ini. Mangkatnya Raja Abdullah membuka laluan kepada Salman. Dua tahun kemudian, Arab Saudi mengharungi pergolakan politik luar biasa yang menyaksikan kedatangan Muhammad bin Salman.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Desas-desus mengatakan Muhammad inilah pemimpin sebenar Arab Saudi sekarang. Katanya ayahandanya semakin menghilangkan diri kerana tidak sihat (Chulov, 2021).

Perkara ini amat penting untuk diketahui. Kerana Raja Salman selalu berehat di sebuah kota bernama NEOM. Manakala Muhammad pula membawa mentaliti baharu, yang jauh berbeza untuk dibandingkan dengan pendahulu-pendahulunya.

Sejak baginda naik, Arab Saudi mula mendapat sentuhan baharu. Wanita akhirnya bebas untuk memandu ke mana-mana sahaja tanpa perlu membazir wang upah pemandu lelaki (BBC, 2018). Kelab malam ‘halal’ dibuka… sebelum ditutup balik.

Semua ini adalah sebahagian dengan rancangan Wawasan 2030 yang dirangka Muhammad. Tetapi jujur cakap, benda-benda ini tidak begitu relevan untuk dibincang sekarang. Ada satu benda lagi besar yang wajar diberi perhatian.

Bandar Raya Agung Utara

Selalunya kalau cakap pasal bandar raya, mesti nama New York City, Beijing dan Tokyo dipetik sebagai contoh-contoh utama. Kerajaan Muhammad ingin meletakkan nama Arab Saudi di dunia.

Maka dari sinilah bermulanya bandar NEOM. Kalau ikut pada rancangan, bandar ini bernilai AS$500 bilion kerana saiznya 33 kali ganda lebih besar berbanding New York City sendiri (Nakhoul & Kalin, 2017).

Rancangan NEOM

NEOM akan diberi segala kelengkapan seperti pantai berpasir (bukan ditambak) untuk menarik pelancong asing. Projek-projek mega pula akan bergantung pada tenaga boleh diperbaharui seperti angin dan suria.

Dan kerajaan Saudi merancang untuk lengkapkan bandar ini dengan robot.

Katanya robot akan melebihi jumlah populasi bandar. Tidak lupa juga pada sukan dan hiburan. Konsert akan dibenar beroperasi seperti bandar-bandar metropolitan lain.

Lokasi Neom.

Memang besar gila jawabnya. 26,500 kilometer persegi, lebih besar daripada negeri Perak. Lagi besar daripada negara Belgium.

Pecahan-Pecahan Bandar

Umumnya NEOM adalah sebuah bandar raya yang menggunakan sistem terancang (seperti Putrajaya). Tulang belakang NEOM pula adalah sebuah bandar bernama THE LINE.

Kira bandar dalam bandar raya, mudah kata. Perancangan THE LINE sebenarnya berpandukan konsep linear city.

Binaannya dijangka 170 kilometer panjang untuk sejuta penduduk… tanpa sebarang kereta (Avery, 2021).

Kemudian kerajaan merancang untuk bina OXAGON pula. Kota ini hanya untuk tujuan perindustrian, dibina dalam bentuk segi lapan (octagon) yang lengkap dengan sebuah pelabuhan. Penduduk dijangka akan menetap di THE LINE dan bekerja di OXAGON. Atau mungkin akan ada perumahan lengkap dalam OXAGON itu sendiri.

Bukan setakat pekerjaan semata-mata. Kerajaan juga memberi tumpuan pada makanan. NEOM akan bergantung pada sistem pertanian bersaiz 6,500 hektar. Tanaman-tanaman akan menggunakan kaedah kejuteraan genetik (GM) untuk memenuhi permintaan domestik bandar.

Seni bina agung NEOM yang ditunjuk dalam rancangan… tetapi sebenarnya Gardens by the Bay di Singapura.

Memang futuristik betul-betul bandar NEOM ini. Untuk mencapai hasrat ini, pihak Arab Saudi menghubungi banyak pihak seperti Daniel L. Doctoroff dan Norman Foster.

Untuk pengetahuan semua, Doctoroff merupakan arkitek pembangunan New York City semasa bandar tersebut diamanahkan pada Michael Bloomberg (2002-2013).

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Dan kata-kata pihak arkitek boleh tahan pedas juga. Muhammad didakwa mahu membina sesuatu dengan teknologi belum wujud (Scheck, et al., 2019) lagi seperti kereta terbang dan Bulan buatan (artificial moon). Benar atau tidak, letak tepi dulu – cita-cita Saudi memang boleh tahan besar.

Dan jika Muhammad menjadi raja, tentu sekali sasarannya adalah untuk letak Saudi di persada dunia.

RUJUKAN:

Avery, D. (2021, Januari 26). Saudi Arabia Building 100-Mile-Long Linear City. Architectural Digest.

BBC. (2018, Jun 24). Saudi Arabia’s ban on women driving officially ends.

Chulov, M. (2021, Disember 15). As Arab leaders gather in Saudi Arabia King Salman’s absence looms large. The Guardian.

Nakhoul, S., & Kalin, S. (2017, Oktober 29). Saudi Arabia plans mega city 33 times bigger than New York where robots will outnumber humans. Mirror UK.

Scheck, J., et al. (2019, Julai 25). A Prince’s $500 Billion Desert Dream: Flying Cars, Robot Dinosaurs and A Giant Artificial Moon. The Wall Street Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply