Arab Saudi bersalji baru-baru ini. Berdegar segelintir orang Malaysia kecoh habis katanya ini petanda kiamat. Tetapi gelagat rakyat Arab Saudi memang boleh tahan lucu. Semua tenang-tenang belaka.

Orang ramai siap berpusu-pusu kutip salji dan dicairkan untuk membuat kopi (Elkallawy, 2022). Tidak perlu kecoh. Tidak perlu panik entah apa-apa.

Santai saja. Tidak perlu kecoh.

Teruskan saja hidup macam biasa. Kerana ini bukan kali pertama berkat salji kucup di bumi indah ini. Tahun lalu pun ada, siap pakej ada ribut kuat lagi.

Turunnya keberkatan ini membawa maksud jelas bahawa persepsi terhadap negara tersebut perlu dihentikan. Arab Saudi tidak boleh dipukul rata sebagai “negara panas senantiasa”.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Negara ini sangat besar… berkali-kali ganda lebih besar untuk dibandingkan dengan Malaysia. Bermakna Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur digabungkan tetapi Saudi tetap besar bagaikan gajah dengan kucing.

Kalau banding dengan Semenanjung Malaysia saja, Arab Saudi 16 kali ganda lagi besar.

Jika Saudi dipindahkan ke Amerika Syarikat…

Sini kita boleh nampak kepincangan dalam pemahaman umum tentang Arab Saudi di Malaysia. Pandangan “negara panas senantiasa” timbul daripada perspektif yang menyempitkan Arab Saudi ke “Mekah dan Madinah” sahaja. Sebuah negara yang besar takkan mungkin ada cuaca yang konsisten.

Maksudnya, cuaca Mekah dan Madinah bukan sama sekali “cuaca umum Arab Saudi”. Cuaca di Utara Saudi mesti berbeza untuk dibandingkan dengan cuaca Selatan Saudi. Maka tidak boleh anggap cerita jemaah haji yang belum sempat sidai kain sudah kering sebagai “situasi normal di semua bandar Saudi”.

Gelombang Sejuk Yang Menimpa Arab Saudi

Ada satu benda yang kena berwaspada dengan situasi sekarang. Tahun lalu, Arab Saudi bersalji kerana ribut kuat Selatan Eropah menghala ke Timur Tengah.

Tahun ini pula, ada gelombang sejuk yang menyebabkan suhu turun bawah sifar (sub-zero). Gelombang ini mengganggu suhu Riyadh, yang kini dijangka dalam lingkungan 1°C (Hassan, 2022).

Ramalan cuaca berpendapat suhu Madinah juga akan terganggu. Manakala wilayah Mekah pula ada potensi ditimpa hujan ribut dengan angin kuat akibat gangguan ini, yang dijangka akan berakhir dalam masa seminggu.

Kesan Perubahan Iklim

Situasi yang berlaku sekarang wajar dianggap sebagai kesan perubahan iklim. Malah Malaysia pun sama. Perubahan iklim tidak mengubah keadaan musim dalam negara.

Maksudnya, Malaysia takkan sesekali diubah fitrahnya menjadi negara empat musim. Dan Canada pula takkan dibahagi musim panas dan monsun sahaja. Sebaliknya musim sedia ada kekal sama. Tetapi tempiasnya menjadi ekstrim.

Malaysia baru-baru ini mengalami banjir yang sangat kronik. Cuaca masih sama. Musim pun sama. Tetapi hujan turun begitu lebat. Panas sekarang pun boleh menyirap. Manakala Arab Saudi pula turun salji begitu tebal. Begitu juga Gurun Sahara yang kini diselimuti salji, dengan suhu bawah paras beku.

Keadaan Gurun Sahara

Seluruh dunia sekarang sedang mengharungi perubahan iklim, suatu kejadian yang mempunyai pelbagai jenis faktor.

Yang membimbangkan sekarang adalah sejauh mana kesan ini akan mengganggu gaya hidup manusia, terutamanya dalam kalangan orang miskin.

Tengok saja demikian hari semasa banjir menguji sebahagian daripada Malaysia… bagaimana ramai kehilangan punca pendapatan akibat ternakan mati ditenggelami air. Bagi yang tidak mengusahakan perniagaan pun turut terjejas. Betapa banyak kereta rosak akibat banjir besar itu.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Gambaran ini adalah untuk bantu memudahkan pemahaman tentang impak perubahan iklim.

Sesungguhnya Arab Saudi pula barangkali menanggung impak seakan-akan sama, terutamanya jika kejadian salji berterusan sampai orang ramai tidak boleh bekerja seperti biasa.

RUJUKAN:

Elkallaway, N. (2022, Januari 21). Rare snow and hailstorms over Saudi desert. CNN.

Hassan, R. (2022, Januari 18). Parts of Saudi Arabia record sub-zero temperatures, NCM forecast cold wave to continue until weekend. Arab News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply