Jika di Malaysia ada seorang seniman anarkis kononnya berhaluan kiri yang menganggap “satira bukan satu j.enayah”, apa kata kita teliti sedikit sejarah politik di negara luar. Satira adalah senja.ta politik yang popular dan berbahaya di rantau Asia Barat, terutamanya di Syria, di mana para pengamalnya memilih sasaran yang sedang berada di ambang kejatuhan. Tapi, apakah kesannya terhadap masyarakat?

Sebelum tercetusnya pemberon.takan yang telah memusnahkan negara itu sejak beberapa tahun yang lalu, musuh politik reji.m Syria yang dianggap “bukan penjena.yah” adalah golongan kartunis, sketsa televisyen dan kempen media sosial.

Memandangkan budaya satira tidaklah terlalu melampaui luar batasan, setiap ejekan terhadap kerajaan hanyalah akan diatasi melalui perbahasan. Walau bagainanapun, selepas pember.ontakan dihentikan, dasar toleransi kerajaan dalam meraikan perbezaan pendapat kian merosot.

Ali Farzat, seorang kartunis terkenal yang semasa negara sedang aman damai, sering memperlekehkan imej Bashar al-Assad, mendapati dirinya tidak disenangi orang ramai setelah dia mencari perhatian dengan melukis gambaran pemimpin Syria tersebut sedang berpeluh ketak.utan sambil membawa beg pakaian selepas pemimpin diktator Libya, Muammar Gaddafi digulingkan pada pertengahan tahun 2011.

Farzat dicu.lik di jalanan, dibawa masuk ke dalam sebuah kereta dan dipu.kul hingga tangannya patah. Dia mendakwa bahawa penye.rangnya menyebut “ini adalah peringatan”, dan dia kemudian hidup dalam pengasingan. Pada masa yang sama, penyanyi lagu anti-re.jim, Ibrahim Qashoush, ditemui ma.ti dengan peti suaranya dipo.tong keluar.


Ali Farzat, kartunis satira Syria selepas insi.den dipu.kul

Sejak itu, seniman satira di Syria lebih cenderung untuk meletakkan had karya mereka terhadap sasaran yang lebih selamat, malah ada yang memilih untuk meninggalkan dunia satira dan menceburi bidang lain. Tetapi, tahukah anda siapakah ‘sasaran yang lebih selamat’ tersebut?

Mereka adalah kumpulan pengg.anas lsis yang menguasai sebahagian wilayah utara dan timur Syria. lsis dijadikan sasaran se.ran.gan satira baik dari pihak pembangkang mahu pun kerajaan. Televisyen yang dikendalikan oleh kerajaan sering mengejek kumpulan itu melalui karikatur dan kartun komedi.

Majalah satira politik Turki, Penguen ditubuhkan pada tahun 2002 oleh empat orang kartunis Turki iaitu Metin üstündag, Selçuk Erdem, Bahadır Baruter dan Erdil Yaşaroğlu. Ia menjadi salah satu majalah kartun yang paling popular di negara itu.

Popularitinya meningkat semasa protes Gezi pada tahun 2013, apabila saluran TV Turki CNNTurk tanpa menyedari mereka telah menjadikan penguin sebagai maskot aktivis kerana menayangkan program dokumentari tentang penguin, walhal mereka sepatutnya melaporkan siaran langsung tunjuk perasaan di Taksim Square.

Walau bagaimanapun, karikatur satira politik di Turki boleh dijejak peranannya sejauh hingga kembali ke zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Sultan Abdülhamid II melihat karya satira ketika itu lebih cenderung sebagai propa.ganda yang mensasarkan imej peribadinya, bukan gaya politiknya.

Baginda telah melarang sebarang penerbitan karikatur yang berbentuk hi.naan dengan tegas namun tidak ada sebarang hu.kuman berat pernah dilaporkan.

Satira politik Turki mencapai zaman kegemilangan mereka pada tahun 1970-an dan 80-an ketika Oğuz Aral, yang sering dianggap sebagai bapa pelopor kepada beberapa generasi kartunis Turki, mengasaskan majalah Gırgır yang sangat popular. Pengasas bersama majalah Penguen juga lahir dari pengaruh satira politik Aral.

Kartun yang menghi.na Erdogan

Majalah itu tidak pernah sunyi dari kontroversi. Setelah mahkamah Turki meluluskan saman terhadap pelukis karikatur, Musa Kart kerana menggambarkan perdana menteri ketika itu Recep Tayyip Erdoğan sebagai seekor kucing yang terbelit dalam bebola benang pada tahun 2005, majalah Penguen menerbitkan siri kartun haiwan-haiwan yang semuanya berkepala dengan wajah seperti Erdoğan.

Dalam masa yang singkat, Penguen menghadapi kes di mahkamah atas dakwaan memfitnah pihak berkuasa. Tetapi an.caman terhadap seniman satira politik di Turki, sebuah negara yang ketika itu berada di tangga ke-154 dari 175 dalam indeks Kebebasan Media RSF, bukanlah undang-undang negara semata-mata, malah di kalangan rakyat.

Dalam satu kes, pejabat Penguen pernah cuba dibakar dengan sengaja oleh penyer.ang tidak dikenali pada tahun 2012 ketika masih ada dua orang kartunis sedang bekerja di dalamnya. Namun, seran.gan itu tidak menyebabkan sebarang keced.eraan dan pelakunya tidak pernah ditemui. Pada awal tahun 2011, Penguen mengundang kemarahan rakyat Turki yang konservatif setelah menerbitkan kartun yang memaparkan ayat Allah tidak pernah wujud, agama adalah pembohongan” dalam bahasa Turki pada dinding di dalam sebuah masjid.

Kartun majalah Penguen yang menimbulkan kemarahan umat Islam Turki

Majalah itu kemudian membuat permohonan maaf, tetapi masih cuba mempertahankan apa yang kononnya dianggap sebagai hak kebebasan bersuara dengan kenyataan: “Kita mungkin suka atau tidak menyukai karikatur tertentu, tetapi amat penting untuk melindungi hak kebebasan ini. Kami meraikan sebarang kritikan tetapi kami kecewa dengan reaksi kemarahan ini, kami mohon maaf kepada mereka yang merasa tidak dihormati.”

Pengarang Bahadır Baruter, yang menghadapi huku.man pen.jara hingga satu tahun kerana karikatur itu, berkata bahawa luahan marah yang dinyatakan di akhbar lain dan di media sosial mendorong kepada tindakan lincing atau “huk.uman m.ati tanpa pengadilan” (kebiasaannya dilaksanakan oleh orang awam sendiri), dan menegaskan kartun itu mencerminkan pendapat peribadinya dan bukan sesuatu dia telah rujuk melalui rundingan bersama sesiapa saja sebelum melakukannya. Beliau kekal dengan pandangan bahawa kolum majalah adalah ruang kebebasan bersuara tanpa had.

Kartun masjidnya kembali menjadi tajuk perbahasan yang panas dan anc.aman kega.nasan setelah berlakunya peristiwa ser.a.ngan ma.ut terhadap pejabat penerbitan majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pada tahun 2015. Ibrahim Yörük, seorang penulis untuk majalah Islamik, Vahdet, membuat ciapan dengan bersertakan hashtag #CharlieHebdo:

“Lihatlah ini, kerana inilah sesiapa pun tidak sepatutnya memperli dan menghi.na kepercayaan agama orang lain. @penguendergi, lebih baik kamu perhatikan isu ini …” dia turut melampirkan gambar karikatur kontroversi itu dengan membuat penandaan terhadap tulisan di dinding masjid. Namun, Yörük kemudian dihentikan perkhidmatannya dari majalah berkenaan.

Memahami Berbagai Jenis satira

Budaya satira telah wujud selama ribuan tahun, jadi, ia telah mencetuskan pelbagai kecacatan sebagai genre sastera sepanjang zaman. Boleh dikatakan terdapat tiga jenis satira yang paling umum (Horatian, Juvenalian dan Menippean) kini telah dicampur aduk hingga tidak lagi dikenali melalui karya moden fiksyen satira yang merupakan sejenis karya hibrid.

Walau bagaimanapun, jika anda seorang seniman yang mahu menanamkan unsur sindiran dalam penceritaan anda, penting untuk difahami apakah ramuan utama di sebalik pelbagai jenis satira.

Pada hari ini, seorang seniman boleh memilih mana-mana dari suatu unsur dan beralih ke unsur lain dalam satu naratif, tetapi masih penting untuk mengetahui perbezaannya. Mengetahui ciri-ciri utama sindiran yang berbeza akan membantu anda memilih arah tuju. Ciri-ciri ini banyak ditemui melalui seni humor moden di media sosial yang kita semua kenali sebagai meme. Namun ia tidak semestinya perlu melibatkan topik politik.

Berikut adalah senarai pendek mengenai tiga jenis satira yang paling umum.

  • Satira Horatian

Sekiranya matlamat anda hanya untuk membuatkan orang ketawa, satira Horatian mungkin pilihan terbaik. Ia dinamakan bersempena nama seorang satiris Empayar Rom, Horace – yang menulis puisi sindiran pada tahun 35 SM. Tujuan sebahagian besarnya adalah untuk menghiburkan orang dengan humor, sindiran dan ejekan yang ringan, tetapi sedaya upaya cuba mengelakkan persepsi negatif dengan menolak dari menuding jari menyalahkan orang lain di atas sebarang isu-isu skeptikal.

Oleh itu, objektif utama satira Horatian adalah lebih cenderung untuk mendidik orang ramai sama ada dengan ilmu mahu pun isu tertentu, sambil menyelitkan ciri-ciri lawak dengan mendedahkan keunikan tingkah laku manusia.

  • Satira Juvenalian

Sekiranya sumber kekuatan kalian adalah kemarahan dan kebencian, contohnya, jika anda mahu merosakkan status quo dan menye.rang keunggulan politikus, monarki, atau pemimpin agama – maka satira Juvenalian dipertaruhkan. Ia bebas dari belenggu kelucuan, ciri-ciri utama satira Juvenalian adalah sera.ngan terhadap individu, pemerintah dan organisasi bagi mendedahkan sebarang sifat kemunafikan dan pelanggaran moral.  Atas sebab ini, anda harus menerapkan ciri-ciri yang ironi dengan fakta dan sindiran yang lebih kuat dalam ramuan ini.

Juga berasal dari nama satiris Rom, Juvenal pada akhir abad ke-1 SM, kenyataan pahit yang ditanamkannya dalam karya dengan sifat yang hampir menghin.a, mencerca, menuduh, telah mempengaruhi jenama satira yang telah melahirkan seni yang paling kontroversi lagi provokatif.

Oleh itu, jika anda mempunyai matlamat kuat dan sasaran yang jelas untuk dih.ina, satira jenis ini paling berkesan, walaupun sering bersifat pesimistik dan penuh dengan kepahitan. Akibatnya, satira Juvenalian jarang kelihatan kelakar seperti satira jenis lain, tetapi ia juga mungkin jenis satira yang paling berani dan berunsur rev.ol.usi, tetapi adakalanya ia banyak menonjolkan sisi kebodohan dan kegagalan penghasilnya kerana amat ia sering dihasilkan secara bias tanpa merujuk sebarang fakta.

  • Satira Menippean

Daripada memberi perhatian terhadap isu semasa dan norma-norma sosial, satira Menippean cenderung menyindir kelemahan watak individu dan / atau sifat keperibadian tertentu, seperti sikap mentaliti. Anggaplah ia sebagai versi satira Horatian yang lebih tajam, di mana ia menyera.n.g kesalahan manusia tertentu dan bukannya kesalahan yang boleh dilihat secara langsung.

Mendapat namanya dari ahli falsafah Yunani, Menippus dari abad ke-3 SM, satira jenis ini kurang agresif berbanding satira Juvenalian, tetapi ia jelas lebih menitikberatkan prinsip menghormati dan mengehadkan ciri-ciri sindiran mereka berbanding satira Horatian.

Di sinilah anda akan melihat pandangan yang sek.sis atau sikap perkauman diejek, misalnya, atau kesombongan atau kejahilan seseorang dalam isu tertentu. Pendek kata, sudut pandangan atau apa saja sikap yang membuat seorang manusia layak diejek boleh menjadi sasaran satira Menippean. Kita boleh temui banyak ciri-ciri satira Menippean melalui meme-meme di media sosial.

Institusi pendidikan juga tidak terlepas menjadi sasaran satira

Apa yang menyatukan setiap jenis satira adalah kecenderungan untuk menggunakan ironi, sarkasme, humor dan ejekan untuk membolehkan seorang seniman mencapai matlamatnya. Mungkin inilah sebabnya mengapa setiap jenis satira bersejarah seolah-olah saling berkait dan bertindih satu sama lain dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun, jika terdapat sejumlah karya menggunakan teknik atau konteks yang sama boleh membawa mereka mencapai di destinasi sama yang sukar untuk dielakkan.

Walau bagaimanapun, semoga dengan memahami apa yang menjadikan setiap jenis satira itu unik akan menjadi alat yang manusia perlukan untuk bereksperimen dan mengekalkan tradisi sastera ini. Benar, memang satira bukanlah satu perbuatan jen.ayah.

Antara karya satira yang ada di negara kita

Namun jika kita lihat pada ciri-ciri dan konteks politik di negara tertentu, Malaysia misalnya, satira yang berunsur ejekan seperti yang dilakukan oleh seorang anarkis di negara kita, adalah satu perbuatan yang tidak ada keperluan langsung, bahkan, ia hanya akan mengundang ketegangan, kemarahan, dan kesannya akan memecah belahkan norma sosial masyarakat. Bukankah menghasut itu satu perbuatan jena.yah?

Untuk memahami jawapan kepada persoalan ini, bacalah sekali lagi apa yang telah terjadi di Syria, Turki dan negara-negara lain di perenggan awal artikel ini. Jelas, satira politik boleh menyatukan rakyat, tetapi ia lebih cenderung menjurus kepada perpecahan hinggalah kita saksikan sendiri apa yang terjadi kepada Syria selepas itu.

#SatiraBukanJenayah
#MenghasutItuJenayah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.