Kemajuan Tamadun Islam dan kesyumulan agama sentiasa mengundang pujian ramai dari dahulu hingga sekarang. Kita biasanya mendengar komentar sebegini dari orang Barat tetapi tidak dari orang Rusia.

Dalam catatannya yang bertajuk “15th century Russians admired Islam”, Dr Victor A. Pogadaev mendedahkan orang Rusia mula menerbitkan pengalaman mereka berkenaan interaksi dengan orang Islam seawal separuh kedua abad ke-15. Salah satu catatan saudagar terkenal Rusia pada ketika itu ialah catatan Afanasy Nikitin.

Figure 1: Patung Afanasy Nikitin di Feodosia, Crimea.

Nikitin merupakan orang Eropah pertama yang sampai di India, 30 tahun lebih awal daripada Vasco da Gama. Selain India, beliau juga pernah sampai di Ethiopia, Parsi dan Semenanjung Tanah Arab. Kisah pengembaraannya diabadikan dalam sebuah buku bertajuk The Adventures Through the Three Seas.

Antara anekdot menarik dalam buku itu ialah pengalamannya berpuasa bersama orang Islam tetapi bimbang sama ada amalan tersebut berlawanan dengan agama anutannya, Kristian. Nikitin juga pernah berkongsi pengalaman ditawarkan ganjaran sebanyak seribu wang emas oleh Khan Junnar di India sekiranya beliau memeluk Islam.

Figure 2: Gavrila Derzhavin

Tetapi orang Rusia pertama yang menulis tentang Islam secara terhormat ialah sasterawan Gavrila Derzhavin. Pandangan alamnya terhadap Islam dipengaruhi oleh latar belakangnya yang hidup di wilayah Islam seperti kota Kazan.

Nostalgia ini diterjemahkan menerusi bait ayat puisi ini, “Asapnya pun baik dan manis apatah lagi jika ia asap tanah air sendiri.” Menurut Dr Pogadaev, bait puisi ini hampir sama dengan peribahasa Melayu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Figure 3: Alexander Pushkin

Keindahan budaya Islam mendorong sasterawan abad ke-19 Rusia, Alexander Pushkin mengeluarkan kata-kata ini, “Aku amat menikmati keindahan al-Quran.” Ini dapat dilihat dengan jelas dalam sajaknya yang bertajuk The Reflections of the Quran yang dihasilkan pada tahun 1824

Dalam sajak tersebut, Pushkin menyatakan kekagumannya terhadap falsafah dan nilai moral yang terkandung dalam Kalamullah. Beliau berkata, “Banyak prinsip moral yang ditampilkan dalam al-Quran amat menyakinkan dan disampaikan dengan indah.”

Pushkin turut menyelar pandangan buruk Voltaire terhadap Islam termasuk menyifatkan ia sebagai agama kasih sayang. Beliau menganggap dakyah Islam merupakan agama yang membawa kepada pertumpahan darah ialah satu dakwaan mengarut yang dilemparkan pemikir Perancis itu.

Banyak buku yang dihasilkan oleh pemikir-pemikir dan sasterawan Rusia terhadap Islam pada abad ke-18 dan abad ke-19. Antara buku yang dihasilkan ialah Ammalat Bek (Alexander Bethuzev-Marlinskiy), Crimea Notes (Alexei Tolstoy) dan Al-Mamun (Nikolai Gogol).

Filsuf Rusia abad ke-19, Vladimir Soloviev mempunyai pandangan tinggi terhadap peranan Nabi Muhammad s.a.w dan Islam dalam membangunkan tamadun dunia. Beliau pernah berkata, “Islam akan pasti membesar dan tersebar lebih luas kerana susu spiritual al-Quran yang diperlukan oleh manusia sejagat.”

Pandangan sama turut dikongsi oleh Leo Tolstoy sehingga mendorongnya mengkaji tradisi Islam dan Rasulullah s.a.w. Malah, salah satu bukunya yang terkenal iaitu Hadji Murad menunjukkan persamaan protagonisnya dengan orang Islam yang berasal dari kawasan pergunungan Caucasus.

RUJUKAN:

Pogadaev, Victor. (2020). 15th century Russians admired Islam. New Straits Times. https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/09/623867/15th-century-russians-admired-islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.