Watak Thanos dalam Marvel merupakan pembentangan paling sempurna tentang seseorang yang berlagak Tuhan. Terdapat beberapa petunjuk dalam Avengers: Infinity War yang mengesahkan perkara ini. Babak pertama dimana Black Order menyerang kapal angkasa The Statesman, Thanos berkata:

I know what it’s like to lose. To feel so desperately that you’re right, yet to fail nonetheless. It’s frightening. Turns the legs to jelly. But I ask you, to what end? Dread it. Run from it. Destiny arrives all the same. And now it’s here. Or should I say – I am.”

Dialog “I am” merupakan penjelasan paling kuat. Oleh kerana Marvel merupakan ilham di Amerika Syarikat, pengaruh Kristian/Yahudi sangatlah kuat. Dalam Kitab Keluaran, Musa (as) bertanya balasan terbaik untuk menggambarkan tuhan apa yang mengutuskan baginda. Allah menjawab, “ehyeh aser ehyeh” yang dalam bahasa Inggeris bermaksud: “I am who I am”, atau “I am what I am”/”I will be what I will be”/”I create what(ever) I create”.

Tiga patah perkataan dalam bahasa Ibrani mempunyai empat penterjemahan tepat. Tetapi budaya Kristian/Yahudi telah memasyhurkan “I am what I am” atau pendeknya “I am” sahaja. Maka dari “I am” inilah menokhtahkan sifat teofani dalam Thanos.

Menghapuskan Separuh Demi Kestabilan Ekosistem

Ideologi Thanos mempamerkan kecenderungan kepada imbangan alam. Menurutnya, “this universe is finite, its resources finite. If life is left unchecked, life will cease to exist. It needs correction.” (Alam Semesta ini tidak terhad, sumbernya tidak terhad. Kalau kehidupan dibiarkan tanpa halangan, kehidupan akan lenyap. Ia perlu pembetulan.) Maka pembetulan yang dicadangkan ialah penghapusan separuh daripada populasi kehidupan – manusia, Kree, ikan, beruk dan sebagainya. Api membakarkan jiwanya ialah nasib yang menimpa planet Titan.

Pernah satu masa dahulu, Titan merupakan dunia yang indah. Tetapi oleh kerana terlalu ramai orang dengan makanan terhad, kerajaan Titan menghadapi masalah kepupusan. Solusinya ialah pembunuhan beramai-ramai secara rawak – kaya dan miskin, tampan dan hodoh, pandai dan bodoh dan sebagainya. Maka dengan enam Batu Infinity, beliau boleh capai matlamat ini yang digelar “belas ihsan”.

Masalah yang meruncing bagi planet Titan sedang menimpa Bumi. Populasi keterlaluan ialah realiti yang nyata. Dijangka populasi manusia bakal menyentuh 9.7 bilion menjelang 2050 (UN, 2015). Dalam keadaan sekarang pun, pelbagai masalah boleh dinilai secara subjektif. Plastik sedang terapung secara keterlaluan di lautan, sekaligus mengancam kehidupan udara dan air. Masalah sampah tidak diurus dengan baik. Bekalan makanan pun semakin tidak mencukupi. Hikayat “RM50 penuh troli” sebenarnya bertepatan juga, kerana pemerintahan pasca-Mahathir menyaksikan kenaikan harga makanan global. Belum lagi dikira dengan masalah perumahan, bahan api dan kelaparan pula.

Secara abstrak, ideologi Thanos mempunyai sudut benar. Jika kehidupan dibiar tanpa halangan, kehidupan sendiri akan lenyap. Dengan penghapusan separuh dari penduduk Bumi, populasi manusia akan menyusut ke paras 1970-an. Bilangan kehidupan di serata dunia pun menurun daripada 75 bilion tan dalam bentuk jisim biomas ke 37.5 bilion tan sahaja. Jadi dunia akan kosonglah.

Meletakkan Realiti Pada Tempatnya

Idea populasi keterlaluan meletakkan sejenis had kepada keupayaan Bumi untuk mengekalkan kehidupan. Hakikatnya populasi Bumi tidak pernah merudum, melainkan dalam situasi terpencil seperti malapetaka wabak. Manusia hanya berada dalam unjuran statistik sekitar jutaan tahun dahulu, apabila tiada organisasi dari segi kenegaraan. Namun sejak timbulnya peradaban-peradaban penting pada 10,000 S.M., populasi manusia kian meningkat. Hanya setelah Revolusi Industri barulah perkembangan populasi melompat setinggi-tingginya.

Dua bilion menjadi tiga sebelum hari ini mencecah 7.6 bilion. Konteks perjuangan Thanos meletakkan bahawa Alam Semesta mempunyai had. Populasi bertambah bermakna bekalan makanan dan keperluan habitat (perumahan) kian terhad, sekaligus mencetuskan persaingan kental. Tetapi itulah sebenar-benarnya evolusi di sebalik pemilihan semulajadi. Jika perkara ini berterusan, alam hanya akan berkitar semula. Populasi global yang mengatasi bekalan makanan hanya akan menyebabkan kebuluran sedunia. Itulah yang sedang berlaku dengan kenaikan harga makanan global bermula apabila Abdullah Ahmad Badawi berkuasa. 

Populasi global dilihat semakin bertambah oleh kerana dua faktor. Kadar kelahiran meningkat (dan mendatar) pada suatu klimaks. Tetapi teknologi perubatan dan kebersihan menciptakan jaminan terhadap kebarangkalian tersebarnya penyakit berbahaya. Wabak dan kebuluran sudah tidak lagi mengancam manusia pada kadar sebelum abad ke-19. Maka kadar kematian pula semakin stabil. Dengan kelahiran dan kematian berada pada trend peningkatan populasi, Bumi semakin diuji dengan pelbagai isu.

Tetapi penyusutan populasi seperti dicadangkan Thanos tidak boleh dilakukan atas faktor moral. Langkah paling tepat ialah mengurangkan kadar kelahiran. China telah menjuarai program-program pengawalan dengan dasar satu anak, yang memaksa jutaan gugurkan kandungan. Blok Barat pula mengusahakan pendekatan seperti pendidikan, perancangan dan pemulihan hak asasi untuk membenarkan wanita di kedudukan-kedudukan penting. Apabila wanita menguasai karier, matlamatnya berkaitan kelahiran akan sekaligus kurang.

Sungguhpun populasi global meningkat, statistik menunjukkan kebuluran dunia pula menurun. Menurut PBB, nisbah kelaparan menjunam dari 37% ke 11%. Bumi sedang menghasilkan makanan lebih dari mencukupi untuk semua realitinya. Jadi kebuluran global hanya degil angkara kelemahan dasar negeri tentang pengagihan sistematik. Bukannya masalah bekalan itu sendiri.

Jadi jelas dan nyata – nasib Titan takkan menimpa Bumi.

RUJUKAN:

Is Thanos Right About Overpopulation In ‘Avengers: Infinity War’?. https://www.forbes.com/sites/jvchamary/2018/04/30/avengers-infinity-war-overpopulation/#65e6b6431c58

Food insecurity is more than just hunger. http://www.fao.org/state-of-food-security-nutrition/en/

World population projected to reach 9.7 billion by 2050. https://www.un.org/en/development/desa/news/population/2015-report.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.