Skill atau kemahiran kepimpinan bukan semua orang ada. Tapi benda ni boleh diasah melalui pengalaman dan pendedahan melalui latihan.

Ditakdirkan satu hari nanti anda ada anak buah/subordinate, mungkin artikel ini akan berguna.Dalam satu model kepimpinan yang diperkenalkan oleh Paul Hersey dan Ken Blanchard, ada empat jenis stail ketua. Model ni dipanggil Teori Situational Leadership, kepimpinan berdasarkan situasi.

  1. Directive

Dia bagi arahan untuk siapkan satu kerja. Dia tetapkan masa bila kerja tu kena siap. Dia bagi cara macam mana nak buat kerja tu.

  1. Participate

Dia bagi arahan untuk siapkan satu kerja. Lepas tu dia ajar cara macam mana nak selesaikan kerja tu. Satu demi satu cara dia ajar untuk siapkan kerja. Dia tunggu sampai kerja tu siap.

  1. Supportive

Dia bagi arahan untuk siapkan satu kerja. Dia tanya dulu pekerja tu macam mana nak selesaikan tugas tu. Kalau pekerja tu memang faham, dia suruh pekerja tu siapkan. Dalam masa yang sama, dia sentiasa ikut untuk memerhatikan tindakan pekerja tu supaya dia tak tersalah.

  1. Delegasi.

Dia bagi arahan untuk siapkan satu kerja. Dia letak sepenuh kepercayaan untuk pekerja tu siapkan kerja tu. Buat lah macam mana cara sekalipun, kerja tu kena siap.

Empat jenis diatas ialah stail atau cara untuk memberi arahan kepada pekerja bawahan. Cara untuk memastikan seseorang pekerja menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja.

Berbalik kepada nama model ni iaitu kepimpinan berdasarkan situasi. Penggunaan empat cara ni perlulah mengikut situasi.

Saya bagi contoh :

  1. Seorang pekerja berumur 40 tahun, sudah bekerja disitu selama 50 tahun (sengaja). Anda rasa dia perlukan orang untuk ajar dia buat sesuatu kerja?

Tak. Cara ketiga dan keempat lebih baik untuk digunakan. Bagi dia buat kerja, perhatikan kalau dia lakukan kesilapan. Delegasi tugas sepenuhnya supaya dia ada rasa tanggungjawab, setiap apa yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab dia.

Contoh lain :

  1. Seorang pekerja berumur 25 tahun, baru habis belajar. Agak keras kepala dan melakukan kerja sambil lewa.

Mana cara yang sesuai untuk dia?

Participate. Bagi satu demi satu arahan untuk siapkan tugas tu. Kalau tak diketuk, kerja tu tak siap.

Atau Directive. Bagi arahan jelas bagaimana pekerja tu nak siapkan kerja tu.

Contoh lain :

  1. Seorang pekerja berumur 25 tahun, baru habis belajar dan pelajar yang cemerlang.

Daripada penerangan saya menunjukkan pekerja ni penuh dengan teori tapi belum tahu praktikal. Ada dua cara yang sesuai dan satu cara terlalu awal untuk digunakan keatasnya.

Ajarkan pekerja ni macam mana dia nak selesaikan tugas. Perhatikan dia buat kerja, betul atau salah.

Tapi, satu stail atau cara memberi arahan ni tak boleh digunakan secara terus menerus. Ambil balik contoh nombor dua (diatas), sekali kita guna cara Participate, seterusnya kita guna cara Supportive pula. Ada pekerja lebih s

Pekerja ni manusia. Lama kelamaan dia akan penuh dengan pengalaman. Tak mungkin 10 tahun dia kerja, tak mampu ubah sikap sambil lewa dia.

Manusia ni juga subjektif. Setiap keputusan yang dibuat semasa situasi ini berdasarkan pemikiran kritikal seseorang.

Terpulang nak bagi arahan dengan cara bagaimana pun. Tapi, sebagai seorang ketua, kesalahan anak buah adalah tanggungjawab ketua. Tugas ketua untuk memastikan anak buah tak buat salah.

Kalau dia buat salah, salah ketua sebab tak pastikan anak buah tu tak buat salah. Dan kalau anak buah tu buat salah, ketua kena cari jalan supaya anak buah tu tak ulang kesalahan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.