Semalam ramai tanya “Israel negara ke?” Sebab selama ni kita asyik dengar orang sebut “Israel negara haram” “Israel negara haram”. Memang Israel tu haram jadah, tapi dalam hubungan antarabangsa (IR), Israel masih dikira sebuah “negara” (state). Kenapa?
1. Dalam BI ada 3 istilah untuk negara: country, nation dan state. Dalam undang2 antarabangsa, istilah “state” sentiasa dipakai, dan state yang dimaksudkan sentiasa merujuk kepada “sovereign state” (negara berdaulat).
2. Untuk diambil kira sebagai “sovereign state” dalam undang2 antarabangsa, kena memenuhi 4 kriteria: (1) ada wilayah, (2) ada penduduk, (3) ada kerajaan, dan (4) diiktiraf oleh negara berdaulat yang sedia ada.
3. Kriteria ini ditetapkan menerusi Montevideo Convention on the Rights and Duties of States pada tahun 1933.
4. Negara paling kecil di dunia, Vatican City hanya sebesar 0.44 km2 (2 KLCC Park) dan ada 618 penduduk, tapi still boleh jadi negara sebab diiktiraf. Sekolah korang pun boleh jadi negara, as long as diiktiraf.
5. Berdasarkan kriteria-kriteria ini, dunia ada 205 negara. 193 daripadanya adalah ahli United Nations (UN/PBB).
6. Ada entiti seperti Somaliland (sebahagian daripada Somalia) dan Catalonia (sebahagian daripada Sepanyol) isytihar diri sebagai negara berdaulat yang merdeka daripada Somalia dan Sepanyol, tapi tidak diiktiraf, jadi bukan sovereign state.
7. Daripada 205 negara ini, 15 negara tidak diiktiraf oleh sekurang-kurangnya satu negara: Korea Selatan, Korea Utara, China, Taiwan, Armenia, Cyprus, Cyprus Utara, Israel, Palestin, Kosovo, Republik Demokratik Arab Sahrawi, South Ossetia, Abkhazia, Artsakh & Transnistria.
8. Korea Selatan tak diiktiraf oleh Korea Utara, Korea Utara tak diktiraf oleh Korea Selatan, Perancis, Jepun & Taiwan. Taiwan hanya diiktiraf oleh 15 negara. China tak diiktiraf oleh negara yang iktiraf Taiwan.
9. Tapi as long as ada 1 negara iktiraf, cukup dikira sebagai sovereign state. Contoh macam Cyprus Utara, hanya Turki saja yang iktiraf sebab ia diwujudkan oleh Turki selepas pencerobohan ke atas Cyprus pada tahun 1974.
10. Jadi kedua-dua Israel dan Palestin adalah negara. Cuma ada negara yang iktiraf Israel saja, ada yang iktiraf Palestin saja, ada yang iktiraf kedua-dua. Dalam peta bawah, warna biru iktiraf Israel saja, warna merah iktiraf Palestin saja, warna krim iktiraf dua-dua.
11. Majoriti negara di dunia (termasuk Rusia & China) iktiraf dua2 dan harap masalah antara Israel & Palestin boleh diselesaikan menerusi “Two-State Solution” di mana kedua2 Israel & Palestin ada hak untuk mendirikan negara.
12. 35 negara yang tak iktiraf Israel tapi iktiraf Palestin sahaja kebanyakan adalah negara Pertubuhan-Pertubuhan Negara Islam (OIC). Cuba & Korea Utara pun ada. Hidup Kim Jong Un!
13. Then ada yang tanya kenapa undang2 antarabangsa membenarkan Israel jadi negara sedangkan Israel merampas tanah orang Palestin?
14. Rujuk balik 4 kriteria negara. Tak ada kriteria yang kata negara tak sah kalau diwujudkan menerusi peperangan atau rampas tanah orang. In fact, kalau kita korek sejarah, kebanyakan negara diwujudkan dengan rampas hak orang.
15. UK pun diwujudkan dengan penaklukan England ke atas Scotland, Wales & Ireland. US merampas tanah Red Indians. Kalau bukan sebab penaklukan Rusia ke atas Dagestan pada tahun 1859, Khabib MMA akan dikenali sebagai orang Dagestan bukan Rusia.
16. Dulu masa ISIS bermaharajalela, scholar2 IR pernah bincangkan senario “what if” ISIS diiktiraf menjadi sebuah negara. Sebab ISIS dah ada wilayah, penduduk & kerajaan. Tinggal pengiktirafan je tak ada.
17. So kesimpulannya, secara fakta Israe adalah negara, Palestin pun negara. Tapi kita tak iktiraf Israel kerana kekejamannya terhadap Palestin. Full stop. Tak perlu triggered. Keep calm and learn IR.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih