Di Teluk Naples, kelihatan sebuah gunung berbentuk kon yang puncaknya agak berbonggol. Bentuk ini memang normal bagi sesuatu gunung yang pernah meletus.

Vesuvius.

Kebolehan Gunung Vesuvius untuk meletus sememangnya tidak boleh dipersoalkan. Ia pernah meletus suatu masa dulu, sehingga menjadi antara kisah popular sehingga hari ini.

Letusan selama dua hari telah menghamburkan isi perut bumi setinggi 33 kilometer ke langit, sekali gus menenggelamkan empat kota Rom bernama Pompeii, Herculaneum, Oplontis dan Stabiae.

Lukisan artis.

Kajian saintifik dibuat pada Gunung Vesuvius membongkarkan banyak kisah menarik. Ia terbentuk kerana pertembungan plat tektonik Afrika dan Eurasia.

Di puncak, terdapat sebuah kawah menjunam yang terjadi akibat sebuah letusan sekitar 18,000 tahun dulu (Hutton & Eagle, 2004).

Kawah ini membesar kerana setiap letusan yang berlaku. Ini bermakna letusan tahun 79 yang menenggelamkan empat kota Rom itu bukan satu-satunya dalam sejarah moden… dan letusan 18,000 tahun lalu pun begitu juga.

Saintis banyak mengetahui tentang geologi Vesuvius daripada sampel kerak yang diambil sekitar 6,600 kaki (2,000 meter) di bawah tanah. Dapatan mereka membongkarkan sejarah Vesuvius sejauh 400,000 tahun lalu.

Antara 19,000 hingga 25,000 tahun, ada saja letusan yang berlaku. Gunung Vesuvius turut meletus di zaman-zaman akan datang:

  • 18,300 tahun lalu: beberapa letusan yang menghamburkan lava.
  • 16,000 hingga 5,000 tahun lalu: lima letusan besar.
  • 3,800 tahun lalu: letusan yang memb1n4s4kan perkampungan-perkampungan Apennine di keliling. Masih ada sisa kayu dan tulang daripada puak ini.

Selepas siri-siri letusan ini, Gunung Vesuvius semakin kerap aktif tetapi dengan kadar letusan tidak begitu besar. Kali terakhir ia meletus ialah 217 S.M., apabila Matahari dikaburi dengan lapisan jerebu semulajadi.

Namun selepas itu, Vesuvius tidak meletus. Dan penulis-penulis daripada peradaban Rom menceritakan tentang kesuburan tanah yang membolehkan penanaman anggur. Selama 295 tahun, Vesuvius bertenang sampailah Tahun 79 yang penting dalam sejarah Rom.

Daripada Pompeii Ke Pompei

Selepas kejatuhan empat kota Rom, Gunung Vesuvius dipercayai meletus sekurang-kurangnya 36 kali. Semasa zaman sejarawan Cassius Dio iaitu tahun 203, Vesuvius buat hal lagi.

Dalam Buku 66, Dio mencatat bagaimana Vesuvius bermegahan dengan juraian api. 269 tahun kemudian, Vesuvius menghamburkan abu sejauh 1,500 kilometer ke timur. Kerana abu tersebut sampai ke bumi Konstantinopel.

Pada tahun 512 pula, Raja Theodoric berasa simpati pada penduduk kawasan tersebut sampai mengecualikan cukai hanya kerana Vesuvius meletus.

Dan antara 787 hingga 1036, berkali-kali Vesuvius meletus. Seperti biasa, ramai mengambil kesempatan akan tanahnya yang sangat subur, dan menanam semula anggur untuk diperah dan dijual.

Cantina del Vesuvio.

Dan seperti biasa, mereka cabut lari apabila Vesuvius berasap. Juga seperti biasa, ada yang enggan lari dan ditenggelami berkali-kali. Aktiviti geologi menyebabkan 22 letusan daripada 1660 hingga 1944.

Bermakna ketika Itali menyertai P3r4ng Dunia Kedua pun, Vesuvius menurut serta. Dianggarkan 88 kapal terbang Amerika Syarikat h4ncvr angkara letusan Vesuvius (Andrews, 2017).

Apa yang boleh dipelajari di sini ialah Vesuvius pernah meletus 36 kali selepas Zaman Pompeii. Bermakna Vesuvius akan meletus lagi di bandar Pompei yang dibangunkan di sekeliling Teluk Naples.

Jika meletus pada skala yang kritikal, dianggarkan 3 juta rakyat akan terjejas dan entah berapa ramai boleh terbvnvh. Tetapi kerajaan tempatan dan negara senantiasa berwaspada dengan prasangka bahawa apa-apa letusan akan menjadi kritikal.

Bayangannya, jika Vesuvius meletus sekali lagi…. bukan saja Pompei yang terjejas. Entahnya kerajaan Itali boleh ditumbangkan ketika pilihan raya.

RUJUKAN:

Andrews, R. (2017, Februari 16). How Vesuvius Upstaged the (ditapiskan) Air (ditapiskan) During the Second World (ditapiskan). Forbes.

Hutton, W., & Eagle, J. (2004). Earth’s Catastrophic Past and Future: A Scientific Analysis of Information Channeled by Edgar Cayce. Universal Publishers. Halaman 23.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.