Kisah ini merupakan satu-satunya cerita r0mpakan berlian terbesar yang paling terkenal di Britian (United Kingdom) yang mana projek r0mpakan ini dilakukan oleh lapan orang warga emas yang berusia sekitar 52-73 tahun.
Ada diantara lapan orang warga emas berpangkat datuk tersebut merupakan bekas banduan yang berlatar belakang sebagai para penjenayah yang masing-masing dari mereka mempunyai pengalaman kemahiran dalam pencurian, pecah masuk rumah, r0mpakan bers3njata dan pelbagai macam lagi iaitu Brian (terlibat dalam r0mpakan £78 juta berlian permata di Brinks Mat 1983), Danny (terlibat dalam r0mpakan £92,000 permata di Ratner 1982) dan Terry (terlibat dalam r0mpakan £6 juta wang tunai di Shoreditch 1983).
Rancangan r0mpakan yang dikenali sebagai ‘The Hatton Garden Heist’ ini bermula pada tahun 2012, apabila mereka bertemu di sebuah pub Castle di utara London. Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Brian, mengadu mengalami masalah kewangan walaupun pada waktu tersebut beliau sudah mempunyai sebuah kediaman yang bernilai hampir $1 juta.
Daripada rungutan tersebut, mereka mengemukakan cadangan untuk mer0mpak sebuah simpanan aset dan barangan mewah yang terkenal di bandar London iaitu Hatten Garden Safe Deposit. Di bangunan simpanan keselamatan ini terdapat sekurang-kurangnya 1000 peti simpanan keselamatan yang menempatkan barangan mewah seperti berlian, emas dan wang tunai.
Walaupun ia seringkali diancam dengan bahaya, tetapi tiada sesiapa yang mampu mer0mpak bangunan simpanan keselamatan tersebut. Tetapi rekodnya berjaya ditumbangkan oleh lapan orang warga emas yang bakal membawa lari berlian berharga £200 juta.
Rancangan r0mpakan ini bukan disiapkan dalam masa seminggu, sebulan atau setahun tetapi ia memakan masa selama 3 tahun lamanya.
Siapakah sosok disebalik lapan orang warga emas tersebut? Mereka adalah:
1. Terence Perkins: Terry (67).
2. John Kenneth Collins: Kenny (75).
3. Daniel Jones: Danny (58).
4. Brian Reader: Master/Governor (76).
5. Hugh Doyle (48).
6. William Lincoln: Billy The Fish (60).
7. Michael Seed: Basil (58).
8. Carl Wood (58).
Mastermind atau otak perancangan dalam kumpulan r0mpakan yang dikenali sebagai The Firm ini adalah Brian Reader, dikenali sebagai Master. Ketuanya pula adalah Seed atau dikenali sebagai Basil.
Apakah persiapan yang dilakukan oleh mereka selama 3 tahun ini?
Mereka mula menjalani latihan r0mpakan dengan menonton video ‘tutorial’ di Youtube seperti menggunakan alatan berat iaitu gerudi dan penghentam hidraulik (hydraulic ram). Danny membeli mesin gerudi Hilti DD350 berharga $5,200 yang berkapasiti 667 putaran/menit.
Mempelajari forensik DNA di kawasan jenayah dari buku Forensic for Dummies . Ini bertujuan untuk menutup segala cap jari mereka di kawasan r0mpakan.
Setelah tiga tahun berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi rancangan ini, mereka pun menetapkan hari yang sesuai untuk melakukan r0mpakan tersebut.
2015.
Geng/kumpulan 8 orang warga emas yang menamakan diri mereka sebagai The Firm memulakan rancangan r0mpakan mereka pada bulan April 2015 ketika penduduk bandar London sedang menyambut perayaan hari suci Easter.
Pada hari Khamis, Master mula bergerak dari kediamannya dengan bas awam menuju ke Hatton Garden Safe Deposit. Di sana, beliau bertemu dengan geng lainnnya yang mana masing-masing sudah diberikan tugas khas dalam rancangan ini iaitu Basil yang mahir dalam mengendalikan kunci dan penggera, Billy The Fish menguruskan pengangkutan, Carl Wood dan Terry sebagai ‘tangan kanan dan kiri’ dan Kenny sebagai pemantau.
Basil menyelinap masuk ke dalam Hatton berpakaian seperti pekerja majlis perbandaran dengan mengenakan penutup muka. Kehadirannya tidak dicurigai oleh pengawal keselamatan dan pekerja di sana. Setelah itu, Basil bersiap sedia bersembunyi di dalam bangunan Hatton Garden menunggu kesemua para pekerja Hatton pulang ke rumah.
Pada pagi Khamis, 8.30 am, staf Hatton Garden mengunci pintu masuk utama bangunan sebelum menghadapi cuti hujung minggu selama 4 hari. Setelah beberapa waktu, The Firm mula bergerak.
Mereka menghancurkan kamera keselamatan (CCTV), menyah-aktifkan sistem penggera keselamatan dan mula mengeluarkan perkakas r0mpakan mereka yang dibawa menggunakan tong-tong sampah. Tong sampah ini akan digunakan semula untuk mengangkut harta r0mpakan dari ruangan penyimpanan ke dalam van. Van ini yang akan dipandu oleh Billy.
Basil berjalan menuju ke pintu kecemasan yang terletak di belakang bangunan setelah mematikan sistem penggera keselamatan. Di sana, ahli geng yang lain sudah menunggu. Setelah pintu kecemasan dibuka, mereka pun berjalan melangkah tangga menuju ke ruangan bawah yang mana di sana terletaknya ruang simpanan 1000 buah peti. Dari sini, mereka mula melakukan kerja-kerja penggerudian yang mengambil masa yang sangat panjang.
Pada pagi Jumaat, mereka berjaya menembusi dinding bilik kebal yang berketebalan 7 kaki tersebut tetapi malangnya mereka tersilap menggerudi di belakang peti besi simpanan. Mereka cuba menggerudi peti besi tersebut, tetapi mesin itu terus rosak. Kegagalan ini menyebabkan semangat mereka merundum. Pada pagi itu juga, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah dan tidur. Ya, dahsyat betul perangai orang-orang tua ni.
Mereka memutuskan untuk bertemu semula pada hari Ahad di Hatten Garden. Hari di mana, masyarakat kota akan berada di gereja untuk bersembahyang. Waktu yang sesuai untuk mengakhiri r0mpakan mereka.
Ahad. Geng The Firm bertemu kembali dengan membawa semangat yang baharu dan tenaga yang penuh. Fuh, berkobar-kobar. Tetapi Master telah mengundurkan diri daripada rancangan ini kerana beliau yakin ia akan gagal.
Pantang berundur sebelum berhasil, ahli kumpulan The Firm yang tersisa tidak akan sesekali berundur sebelum berjaya. Tuah berada di pihak mereka. Mereka berjaya memasuki ruangan bilik kebal setelah melubangi dinding tersebut. Tiga buah lubang yang digerudi sebesar 25×45 cm, mampu memuatkan kesemua mereka untuk menembus masuk ke dalam ruangan bilik kebal lalu melakukan kerja-kerja pembongkaran peti besi di sana.
Akhirnya, peti-peti besi simpanan tersebut berhasil dibuka sebanyak 73 buah sahaja. Kesemua harta karun ini diletakkan di dalam tong sampah lalu dikeluarkan dari sana tanpa sebarang kesulitan.
Pada hari Selasa, pengawal keselamatan dan para staf Hatten Garden terkejut melihat suasana ruangan peti simpanan mereka yang seakan-akan diserang oleh sebutir bom. Kes r0mpakan Hatton Garden mendapat liputan yang meluas di UK sehinggakan para pelanggan yang menyimpan harta mereka di bangunan tersebut menuntut ganti rugi yang tinggi. Barangan yang dir0mpak oleh The Firm dianggarkan £14 juta-£200 juta. Angka yang sangat besar walaupun mereka berjaya membawa lari harta dari 73 buah peti besi sahaja.
Pihak polis England mula menjalankan kerja mereka menjejaki para penjenayah yang melakukan r0mpakan tersebut. Pihak polis gagal menemui satu pun sidik jari di kawasan jenayah. Memang r0mpakan mereka licin dan sempurna, sehinggakan pada waktu tersebut, kemenangan hampir berada di pihak The Firm. Tetapi sepandai-pandai tupai menari, akhirnya tergelincir di penjuru bumi juga.
Sehebat-hebat mereka menutup segala jejak jenayah, mereka terlepas pandang satu aspek penting sahaja dalam r0mpakan ini, iaitu teknologi. Kamera litar tertutup dan kamera trafik saling berhubung antara satu sama lain di kota London. Pihak polis menggunakan kelebihan CCTV ini untuk menjejaki semula siapakah yang disyaki berada di kawasan tersebut selama tempoh jenayah r0mpakan yang dilakukan. Dan akhirnya, pihak polis menemukan petunjuk.
Pada 10 April 2015, pihak media Daily Mirror menayangkan rakaman r0mpakan ketika The Firm sedang menggerudi lubang di dinding bilik kebal Hatton Garden. Boleh menonton video rakaman CCTV tersebut di:
Pada 19 Mei 2015, pihak polis yang berjaya menjejaki dalang sebenar disebalik r0mpakan Hatton Garden menahan tujuh orang ahli anggota The Firm kecuali Basil yang telah berhasil menghilangkan diri.
Kesemua ahli The Firm dijatuhi hukuman setelah pembicaraan di Mahkamah Woolwich Crown pada tanggal 9 Mac 2016.
Kenny, Danny, Terry dan Billy dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.
Carl Wood dijatuhi hukuman penjara enam tahun.
Master dijatuhi hukuman penjara enam tahun tiga bulan.
Hugh Doyle yang tidak terlibat langsung dalam serbuan rompanan di Hatton Garden tetapi menolong menyediakan tempat pula dijatuhi hukuman penjara 21 bulan.
Dan yang terakhir, Basil yang berjaya diberkas oleh pihak polis pada tahun 2019 dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun lamanya.
Sekarang, r0mpakan Hatton Garden disenaraikan sebagai salah satu r0mpakan paling terbesar nilai r0mpakannya sehinggakan kisah ini juga diadaptasi ke dalam dua buah filem iaitu The Hatton Garden Job (2017) dan King of Thieves (2018). Jadi kepada para pembaca yang ingin melihat bagaimana 8 orang warga emas ini merancang dalam per0mpakan Hatton Garden, disarankan untuk menonton salah satu daripada filem di atas.
Akhir kalam, pengajaran apa yang kita dapat daripada cerita r0mpakan ini?
1. Umur bukanlah penghalang untuk melakukan apa-apa pekerjaan.
2. Setiap benda yang ingin disempurnakan akan mengambil waktu yang sangat lama untuk disiapkan. Practice makes perfect.
3. Jangan putus asa selagi belum berhasil.
4. Update selalu dengan perkembangan zaman.
5. Jangan mer0mpak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih