Trump keluar hospital. First thing first tanggal mask.
Dia sebenarnya belum sembuh sepenuhnya, tapi nak juga keluar hospital cepat-cepat. Walaupun nampak semput, masih nak tunjuk kat orang “I’m OK man”.
Dia ni dah gila ke apa?
Sebenarnya Trump tak gila, cuma degil dan takut hilang kuasa.
Sejak penularan COVID, Trump antara yang paling menentang lockdown.
Sebab keabsahan Trump datang dari prestasi ekonomi. Lockdown buat ekonomi tak OK. Kalau ekonomi tak OK orang tak undi Trump. Sebab tu Trump cuba downplay risiko COVID.
Walaupun sendiri pun kena COVID, dia masih boleh berpesan kepada orang ramai supaya ‘don’t be afraid of it’. Malah Trump cuba ambil kesempatan ini untuk membuktikan pendirian ‘no lockdown’ dia selama ini adalah betul.
Lagi pun budaya US memang memuja ‘strong man’. Kalau kat Malaysia boleh lah Trump baring kat hospital nangis-nangis merayu undi berdrama melinang air mata.
Tapi US lain.
Pengundi tak akan undi orang yang ‘weak’. Dan salah satu cara Trump berkempen adalah menggambarkan lawannya Biden sebagai seorang yang ‘weak’.
Selain rasional politik, ada juga pengaruh keperibadian yang dibentuk oleh pengalaman hidup Trump sendiri.
Menurut anak sedara Trump, Mary L. Trump, Donald Trump membesar dalam keluarga yang tak ada empati terhadap orang yang jatuh sakit.
Abang Donald, Fred Trump Jr. ada masalah ketagihan alk0h0l. Tapi ayah diorang, Fred Sr. bukan saja tak menunjukkan sebarang simpati, malah siap ‘disown’ Fred Jr., ubah pewaris bisnesnya dari Fred Jr. kepada Donald.
Fred Jr. men1ngg4l pada tahun 1981. Tragedi kehidupan Fred Jr. meninggalkan 2 kesan kat Donald: tak sentuh alk0h0l, dan tak nak tunjuk sisi lemah.
Lebih kurang macam Tywin Lannister dalam cerita Game of Thrones. Twyin tak suka senyum sebab ayahnya Tytos adalah seorang peramah, bergelar “The Laughing Lion”.
Tapi Tytos punya peramah sampai mvsvh pun dia selamba senyum dan gelak je. Kesannya keluarga Lannister dibvli. Itu membuat Tywin anggap senyum sebagai tanda kelemahan yang perlu dijauhi demi melindungi keluarganya.
Samada perangai Trump yang bajet strong ni akan terus jadi faktor kejayaannya, atau memakan diri sendiri, 3 November nanti akan ada jawapan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih