Kumpulan-kumpulan komunis yang sudah bertapak di Asia Tenggara mula bergerak sendiri selepas Parti Komunis China mengangkat kaki pada tahun 1930. Untuk cawangan Tanah Melayu, semua ahli sedar – halau British sudah boleh tubuhkan negara sendiri. Itulah asas yang menggerakkan Parti Komunis Malaya, dengan hanya 1,500 ahli dan 10,000 penyokong pada awalnya – rata-ratanya buruh Tanah Besar China yang cukup benci Jepun yang menjajah Manchuria.

Jadi apabila Jepun bergerak untuk menjajah Asia Tenggara pula, perjuangan PKM bertambah rancak. Asakan Jepun terlalu kuat sampai British terpinga-pinga mencari jalan untuk lawan. British menggunakan konsep “the enemy of my enemy is my friend” dan berpakat dengan PKM. Hasil pakatan ini melahirkan Tentera Bintang Tiga. Namun selepas Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu mempunyai kelompangan kuasa. Pihak PKM mengambil kesempatan untuk memerintah negara selama 14 hari.

Datang bukan untuk berkuasa… tetapi menyembelih.

Dan selama 14 hari, macam-macam mereka buat dengan kekejaman luar jangka. Tindakan mereka seperti membunuh penduduk awam jelas tunjuk yang PKM tiada niat untuk mentadbir… sekadar berkuasa mengikut hawa nafsu tanpa batasan akal. Penduduk marhaen pula sudah tidak tahan dengan kerakusan PKM. Ramai mula bangkit menentang. Antaranya adalah seorang pejuang bernama Kiyai Haji Mohd Salleh Abdul Karim.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang untuk dapatkan PERTEMPURAN DI HUTAN. Buku ini merakamkan kisah Dato Rani Abdul Rashid dalam pertempuran-pertempurannya melawan komunis. Buat julung kalinya kisah kepewiraan dirinya dan anggota keselamatan yang lain direkodkan dengan mendalam dalam sebuah buku. Dapatkan sekarang, ada DISKAUN lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-Hardcover–i.238336777.17131032084

Menyemai Senjata Dalam Hati Pejuang

Kiyai Salleh adalah seorang pejuang yang tidak hanya bergantung pada senjata semata-mata. Mindanya merupakan lombong ilmu yang ditimba daripada guru-guru hebat. Pegangan beliau pada al-Qur’an itulah menjadi dorongan utama dalam hidup. Cuba fikirkan perasaan dalam hati beliau, yang pasti terbakar melihat kerakusan golongan anti-agama macam PKM. Bala komunis sedang bermaharajalela pada masa itu untuk menyemai benih Marxisme dalam hati orang Melayu.

Panglima Salleh (tengah) bersama Datuk Onn Jaafar (kiri) yang disimpan dan dipamerkan di Muzium Onn Jaafar, Batu Pahat. – Foto Syarafiq Abd Samad

Jika dibiar lebih lama, pejuang-pejuang Melayu bimbang kemungkinan PKM akan berjaya. Jadi mereka mula mengatur langkah, dengan Kiyai Salleh sebagai ketua penentang. Hanya 38 orang sahaja yang menyahut seruan untuk bersama Kiyai Salleh dalam penentangan ini. Dan mereka inilah menjadi anggota-anggota Selempang Merah yang disebut-sebut hingga kini.

Salah seorang anggota bernama Jamhari Mohd Said. Waris beliau pernah berkongsi cerita daripada Imam Jamhari ini. Aktiviti pra-pertarungan Selempang Merah bermula dengan solat, zikir, puasa dan bacaan al-Qur’an. Mungkin ada yang pelik – takkan pergi berlawan dengan amalan fardhu? Jangan terkejut. Ada sesuatu yang luar biasa di sini. Cuba renung balik: sementara pihak lain meletakkan senapang pada tangan anggota, Kiyai Salleh sebenarnya melengkapkan senjata dalam jiwa pejuang.

Tentera Bintang Tiga yang berkawad macam hebat.

Tentera Komunis berjuang demi kepercayaan mereka. Tentera Selempang Merah pula percaya pada perjuangan mereka. Ada beza sangat ketara di situ. Bak kata Jonathan H. Ebel, “Faith in the Fight” (percaya pada perjuangan) membawa pedang agama yang sangat tajam (Ebel, 2010). Dan itulah terjadi pada Tentera Selempang Merah, yang berdepan dengan komunis buat julung kalinya di Parit Sulong.

Pejuang Yang Percaya

Tentera Selempang Merah tidak ramai. Namun apabila mereka datang, pihak komunis bukan main goyang. Menurut Dr. Md. Akbal, musuh bertambah takut setelah melihat bagaimana parang Tentera Selempang Merah dikatakan mampu terbang mencari mangsa (Farid, 2016). Kemenangan patutnya pada Tentera Komunis yang lengkap bersenjata api. Namun parang dan tombak Selempang Merah berjaya memalukan komunis, bahawasanya identiti “Bulan dan Bintang” lebih agung berbanding “Bintang Tiga” PKM.

Kemenangan Selempang Merah tersebar begitu laju ke seluruh Batu Pahat dan Muar. Akhirnya ada arus yang menentang, kini membara jiwa lebih ramai orang. Nampak betapa tajamnya pedang “Faith in the Fight”? Sekelip mata, bangkit penentangan anti-komunis di Bukit Naning dan Semerah. Namun pihak komunis cuba menebus kekalahan ini dengan cara membunuh beberapa penghulu Melayu. Lalu Kiyai Salleh mengatur langkah balasan; kini sasaran kubu kuat Bintang Tiga di pusat bandar Batu Pahat – iaitu Bandar Penggaram.

Kiyai Salleh (tengah)

Datang pula Dato Onn Jaafar yang cuba memujuk supaya Kiyai Salleh batal hasratnya. Dato Onn membawa hasil pertemuan dengan masyarakat Cina di Bandar Penggaram. Semua takut kedatangan Selempang Merah akan meninggalkan sebuah bandar yang berkecai. Malah Dato Onn juga ingin mengelakkan serangan balas Bintang Tiga. Mencuba nasib, Kiyai Salleh ikut Dato Onn untuk berunding dengan ketua Bintang Tiga. Turut bersama adalah para penghulu mukim dan ketua masyarakat Cina; semua turun Dewan Perniagaan Cina di Jalan Rahmat.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Di situ, mereka mencapai persetujuan – iaitu untuk menghentikan segala kegilaan yang melanda. Pencapaian diplomasi ini membuktikan bahawa amarah fizikal berjaya membuah hasil. Pihak Istana Johor mengeluarkan perintah mengadap, yang mana Kiyai Salleh pergi bertemu dengan Sultan Ibrahim ibn Sultan Abu Bakar pada 26 Disember 1945. Baginda menitahkan Kiyai Salleh supaya ambil alih jawatan Penghulu Empat.

Kerana Kiyai Salleh, kerakusan Bintang Tiga berjaya dikembirikan… dengan angan-angan PKM lari dalam keadaan bersepah dimamah pejuang Melayu. Mereka tidak dapat mengapa-apakan Kiyai Salleh yang pergi buat selamanya pada 21 April 1959, ketika berusia 43 tahun.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Farid, M. (2016, April 9). Selempang Merah bangkitkan semangat lawan komunis. Berita Harian.

Ebel, J. (2010, April 11). Faith in the Fight: Religion and the American Soldier in the Great War. Princeton.

 

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply