Sepertimana yang umum maklum, Pe-rang Salib merupakan kempen-kempen ket3nt3raan yang dilancarkan oleh negara-negara Eropah Barat dengan restu daripada Gereja Katolik Rom, dengan matlamat mahu merebut kembali Jerusalem dari tangan umat Islam.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa kempen lain yang turut diisytiharkan oleh pihak paus seperti Reconquista Sepanyol, Pe-rang Salib Albigensia, dan Pe-rang-Pe-rang Salib Utara. Dalam kempen yang terakhir itu, berlaku satu episod menyayat hati dalam sejarah Lithuania – melibatkan peristiwa pembu-nuhan diri paling besar dalam sejarah.

Kubu bukit di Punia yang terpahat nama Margiris: Salah sebuah tempat yang dicadangkan sebagai lokasi kubu Pilėnai

Pe-rang-Pe-rang Salib Utara (atau turut disebut sebagai Pe-rang-Pe-rang Salib Baltik) berlangsung pada kurun ke-11 hingga ke-15 Masehi. Konflik bers3nj4ta ini disertai oleh kuasa-kuasa besar Kristian seperti Denmark, Poland, Sweden, Livonian Brothers of the Sword, dan Teutonik Order sambil di pihak lain pula dianggotai oleh masyarakat pagan di Eropah Utara, merangkumi Livonia, Estonia, Wend, Lithuania, dan Samogitia.

Menjelang kurun ke-13 Masehi, pasukan Salib di Jerusalem tewas di tangan umat Islam. Justeru, Teutonik Order Jerman mengundurkan pasukannya dan memindahkannya ke Eropah Utara bagi meme-rangi masyarakat pagan di sana. Pada tahun 1230, mereka menak-luki Prussia Lama lalu menubuhkan Negara Teutonik Order.

Kemudian pada 1309, pangkalan utama Teutonik Order dipindahkan dari Venice ke istana Marienburg di Poland. Istana ini dijadikan sebagai pusat pergerakan bagi menak-luki masyarakat-masyarakat pagan di kawasan sekeliling. Pada tahun 1336, Teutonik Order menumpukan serang-annya ke atas kubu Pilėnai yang terletak di Lithuania moden, lalu mengepungnya pada tanggal 25 Februari.

Peta tebaran pengaruh Teutonik Order pada 1300

Ketika itu, barisan pertahanan di kubu Pilėnai dipimpin oleh Margiris si Duke of Samogitia. Selepas menyedari bilangan mereka jauh lebih kecil berbanding mu-suh, kesemua warga Pilėnai bertindak memba-kar segala harta benda, rumah pusaka, dan kubu pertahanan mereka supaya tidak jatuh ke tangan mu-suh.

Kemudian, masing-masing mengucapkan selamat tinggal pada dunia dan menamatkan riwayat hidup sendiri – tidak terkecuali kaum wanita dan kanak-kanak. Dengan demikian, pasukan Teutonik tidak berhasil memperoleh sebarang keuntungan; tiada rampasan mahupun tawanan pe-rang yang dapat diambil.

Menurut sumber-sumber sejarah, jumlah keseluruhan penghuni kubu Pilėnai ketika itu adalah seramai 4000 orang. Jika catatan tersebut sahih, maka ia merupakan peristiwa pembu-nuhan diri yang melibatkan angka korban paling besar dalam sejarah – jauh melebihi peristiwa pembu-nuhan diri 960 orang Yahudi di Masada pada tahun 73 Masehi dan 1000 orang penghuni Demmin, Jerman sewaktu tamatnya Pe-rang Dunia Kedua pada tahun 1945.

Bagi warga Lithuania, peristiwa tersebut dilihat sebagai lambang keberanian dan ia bahkan diromantiskan ke dalam budaya popular, seperti puisi oleh Wladyslaw Syrokomla dan persembahan opera oleh Vytautas Klova berjudul Pilėnai. Pun begitu, tiada siapa mengetahui di manakah lokasi sebenar kubu Pilėnai. Sejarahwan cuba menamakan beberapa tempat, namun tiada yang benar-benar tepat. Mungkin hanya menerusi dapatan kajian arkeologi, barulah persoalan tentang lokasi kubu tersebut dapat dirungkai.

Apapun, selepas berlakunya peristiwa di Pilėnai, pasukan Teutonic Order meneruskan kempen keten-teraan mereka di Lithuania. Walaupun masyarakat pagan di negara itu sudah pun memeluk agama Kristian pada tahun 1387 di bawah pengaruh Grand Duke Jogaila, Teutonic Order masih tetap memangsakan mereka.

Lithuania hanya dapat menikmati keamanan setelah terjalinnya persekutuan antara negara tersebut dan Poland, di samping tewasnya Kesatria-Kesatria Teutonik di tangan Lithuania, Russia, Poland, Tatar, dan Czech dalam Pertem-puran Zalgiris 1410.

Batu yang terpahat nama Margiris di Punia, Lithuania

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (3 April 2015). Mass su*c*de at Pilenai: Lithuanian Defenders Choose De-ath over Enslave-ment. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.