Sedang penulis membaca sejarah dan kronologi peralihan kuasa di Afghanistan baru-baru ini, penulis terbaca satu peristiwa yang menarik pada tahun 2018 di mana kerajaan Afghanistan ketika itu dan pihak Taliban telah bersetuju untuk melakukan gencatan sen.jata buat pertama kalinya di sepanjang konflik itu selepas 17 tahun ia berlangsung di salah satu lokasi paling berkonflik di planet ini.

Kedua-dua pihak secara sepihak mengumumkan gencatan sen.jata sementara. Gencatan sen.jata ini ketika itu telah memberikan secebis harapan yang tak kesampaian untuk proses perdamaian yang tak banyak tercapai dalam sepuluh tahun sejak ia dimulakan.

Presiden Afghanistan ketika itu, Ashraf Ghani mengumumkan gencatan sen.jata tujuh hari tanpa syarat yang berkuat kuasa pada 12 Jun 2018 dan berterusan hingga hari ketiga Aidilfitri. Beliau melanjutkan gencatan sen.jata selama sepuluh hari lagi dan meminta Taliban untuk mempertimbangkannya.

Sepanjang tempoh ini, pasukan tenteta Afghanistan telah menghentikan sebarang se.rangan terhadap pasukan Taliban, tetapi terus memburu kumpulan pengga.nas IS dan al-Qaeda. Berikut merupakan foto-foto yang ingin penulis kongsikan.

Taliban turut mengumumkan gencatan sen.jata di pihaknya, dari hari pertama hingga ketiga Aidilfitri (15 hingga 17 Jun). Pejuang Taliban diarahkan untuk menghentikan sementara se.rangan terhadap pasukan tentera Afghanistan,  namun, arahan gencatan sen.jata mengecualikan pasukan antarabangsa lain yang berada di Afghanistan.

Majoriti tentera asing di negara itu adalah dari Amerika Syarikat tetapi turut merangkumi sejumlah kecil pasukan tentera dari negara-negara sekutu yang lain, termasuk Australia.

Pada hari pertama sambutan Aidilfitri, ramai pejuang Taliban menuju ke bandar-bandar di seluruh Afghanistan untuk bersama-sama menyambut hari perayaan dengan masyarakat setempat Afghanistan.

Imej-imej pejuang militan Taliban yang bersen.jata menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama anggota tentera dan polis Afghanistan  serta meraikan sambutan perayaan bersama-sama rakyat Afghanistan tersebar di media sosial.  Pemandangan yang luar biasa ini amat sukar digambarkan hanya beberapa hari sebelum itu mereka saling bertem.pur dan berbu.nuhan.

Peristiwa ini mengingatkan kita kepada satu lagi siri gencatan sen.jata tidak rasmi yang berlangsung di sepanjang Medan Barat demi meraikan perayaan Hari Krismas pada tahun 1914, iaitu ketika Pe.rang Dunia Pertama sedang berlangsung.

 

Kira-kira 100,000 tentera Britain dan Jerman terlibat dalam gencatan sen.jata secara tidak rasmi di sepanjang Medan Barat. Pihak Jerman menyalakan lilin di sepanjang parit dan pada pokok Krismas, kemudian meneruskan perayaan dengan menyanyikan lagu-lagu Krismas.  Pihak Inggeris bertindak balas dengan menyanyikan lagu-lagu mereka sendiri.

Kedua-dua pihak meneruskan perayaan dengan saling mengucapkan salam Krismas antara satu sama lain.  Tak lama kemudian, kunjung mengunjung berlaku di ‘No Man’s Land’ (medan lapang di antara parit yang memisahkan dua pihak bertem.pur), di mana hadiah-hadiah kecil saling bertukar ganti, seperti makanan, tembakau, ar.ak dan cenderamata seperti butang dan topi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.