Semalam, Taiwan menjadi ‘negara’ ke-25 yang membenarkan perkahwinan sejantina (atau sejenis).
Kalau tengok kat peta, Mexico dan UK pun membenarkan perkahwinan sejantina, tapi hanya di peringkat wilayah, bukan di peringkat kebangsaan. Di UK, Northern Ireland yang budayanya lebih konservatif masih belum mengiktiraf perkahwinan sejantina.
Taiwan ialah sebuah negara ‘de facto’, bukan negara ‘de jure’. Dari 193 negara ‘de jure’ yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), hanya 24 saja (12%) yang menerima perkahwinan sejantina.
Jadi soal LGBT dan perkahwinan sejantina bukanlah nilai sejagat. Kalau kita tengok kat peta, sangat jelas perkahwinan sejantina ni mewakili nilai dari peradaban mana. Semua adalah negara Protestan/Katolik yang telah mengalami proses ‘sekularisasi’ yang lengkap.
Sekularisasi yang lengkap bermaksud bukan saja institusi negara disekularkan (memisahkan agama dan negara) malah budaya dan nilai masyarakat turut disekularkan. Di negara-negara Protestan/Katolik yang budayanya masih konservatif (seperti Chile, Peru, Poland), pengiktirafan perkahwinan sejantina masih ditentang oleh majoriti.
Tiada satu pun negara dari kalangan negara Kristian Ortodoks (Rusia, Belarus, Armenia, Georgia dan lain-lain) yang menerima perkahwinan sejenis kerana Kristian Ortodoks ni jauh lebih konservatif berbanding Protestan dan Katolik, disebabkan mereka tak pernah mengalami Reformation dan Englightenment seperti di Eropah Barat.
Balik kepada Taiwan, macam aku pernah tulis pada tahun lepas (https://thepatriots.asia/taiwan-tolak-perkahwinan-sesama-jenis/), Taiwan basically negara yang agak konservatif. Referendum November 2018 menunjukkan 72% pengundi menolak perkahwinan sejantina, peratusan yang lebih tinggi berbanding hasil pungutan suara tahun 2016 yang menunjukkan 43% penduduk Taiwan menolak perkahwinan sejantina.
Tapi Presiden Tsai Ing-wen dari Democratic Progressive Party (DPP) masih nak ‘bulldoze’ perkahwinan sejantina menerusi rang undang-undang ‘Enforcement Act of Judicial Yuan Interpretation No. 748’ yang bertujuan untuk melaksanakan tafsiran No. 748 Mahkamah Perlembagaan Taiwan pada Mei 2017 yang memutuskan bahawa definisi perkahwinan sebagai penyatuan lelaki dan perempuan tidak ‘constitutional’.
Sebab Tsai ada agenda dia sendiri, nak mewujudkan naratif bahawa Taiwan ialah ‘rumah api hak asasi manusia Asia’ (亞洲人權燈塔) untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan daripada negara-negara Barat (terutamanya US) dalam melawan China, yang digambarkan sebagai ‘autoritarian’, ‘melanggari hak asasi manusia’ dan yada yada.
Dan memandangkan kebarangkalian DPP untuk tewas dalam PRU tahun depan semakin tinggi, jadi Tsai nak jadikan isu LGBT sebagai legasi dia dan juga nak jadikan undi golongan belia sebagai deposit selamat.
Parlimen Taiwan buat masa kini masih didominasi oleh DPP yang memegang 69 daripada 113 kerusi. Manakala parti lawannya, Kuomintang (KMT) yang berhaluan pro-China dan konservatif hanya memegang 35 kerusi. Jadi, RUU tersebut dapat diluluskan dengan 66 undi bersetuju berbanding 27 undi tidak bersetuju.
Tapi benda ni mungkin tak kekal, sebab ramai menjangkakan KMT akan buat comeback pada PRU Taiwan tahun depan, dan suara konservatif akan overturn RUU tersebut.
Golongan konservatif di Taiwan tak adalah kata perkahwinan sejantina itu berdosa, cuma bagi mereka, definisi perkahwinan perlu dihadkan kepada lelaki dan perempuan. LGBT nak kahwin? Boleh, tapi dalam bentuk ‘civil union’.
Aku bukan nak berdakwah, cuma point aku ialah: ‘culture war’ antara liberal dan konservatif ialah fenomena biasa. Kemenangan liberal di negara tertentu bukan bermaksud nilai liberal terus menjadi nilai sejagat, atau kita jadi ‘ketinggalan’.
Kita ada nilai, tradisi dan pegangan sendiri yang perlu dipertahankan. Perkahwinan bukan sekadar pasal cinta je, tapi ia juga merupakan institusi yang menjadi tiang masyarakat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih