Sesiapa yang main game Civilization mesti akan dengar pasal The Great Library of Alexandria. Memang penting gila bangunan ini kerana kitab oleh dapat satu teknologi percuma.

Seperti biasa, the Great Library of Alexandria (Perpustakaan Besar Alexandria) adalah benar – dibina di kota Alexandria yang terletak dalam negara Mesir semasa zaman Firaun Yunani Ptolemy II Philadelphus (285 S.M. -246 S.M.).

Kalau kalian keliru, bertenang dulu. Zaman Firaun terbahagi kepada dua: a) Firaun Qibti yang berkuasa selama beberapa alaf dan b) Firaun Yunani. Bangsa Qibti hilang Mesir Purba pada tangan Empayar Parsi semasa zaman Firaun Nectanebo II yang dikhiαηαti orang sendiri.

Pusat Ilmu Dunia

Kami berpendapat kisah ini sangat penting untuk dihayati orang Melayu, yang pernah memiliki segala-galanya sebelum hilang macam itu saja. Begini cerita Perpustakaan Besar Alexandria. Ketika zaman Ptolemy II, ilmu mula dimarhaenkan.

Mereka tidak mahu menjadi macam Firaun-Firaun Qibti, yang menjurangkan ilmu antara bangsawan dan bawahan – antara golongan berintelektual dan berfizikal.

Lalu sebuah perpustakaan besar dibina untuk menyimpan segala ilmu yang ada. Dan memang kerajaan Yunani mencapai matlamat ini… selama 600 tahun lamanya.

Gambaran The Great Library

Kalau ikut catatan, kerajaan Yunani menyimpan lebih daripada 500,000 skrol papyrus daripada ramai cendekiawan agung seperti Aristotle, Homer, Plato dan sebagainya. Selain daripada simpanan, golongan intelektual dipelawa untuk mengajar.

Keagungan Sumber Ilmu Pada Zaman Ketandusannya

Semua orang tahu yang kota Alexandria dibina sempena Alexander the Great. Kemungkinan Perpustakaan Besar Alexandria ini dibina sebaik sahaja kota ini diasaskan. Tetapi baginda Alexander tidak meluaskan saiz dan skop perpustakaan.

Setiap pentadbiran Firaun Yunani memberi penekanan pada keperluan perpustakaan atas tujuan untuk meluaskan ilmu. Kira baguslah – Firaun Qibti membina piramid lengkap dengan mαkαm. Firaun Yunani fokus pada pembangunan sosial.

Pengurusan perpustakaan pula siap mendapat subsidi diraja lagi. Dengan subsidi ini, mereka mampu menambah kompleks untuk kegunaan masyarakat. Dan secara berperingkat perpustakaan kecil bertambah besar… lengkap dengan dewan, laman, makmal, taman dan zoo menurut catatan silam Diodorus Siculus.

Kalau kita letak pendefinisian moden, Perpustakaan Besar Alexandria boleh kira macam universiti pun ada. Institusi ini lengkap dengan segala ciri-ciri yang melayakkan gelaran universiti.

Gambaran dalaman. Serupa medan ilmuwan.

Lokasinya sangat strategik kerana terletak tidak sampai 60 kilometer daripada Sungai Nil, yang melimpah terus ke Laut Mediterranean. Dan Sungai Nil ini pula penuh dengan rumpai yang boleh digunakan untuk membuat kertas skrol (Kee, 2016).

Kerajaan Firaun Yunani cuba sehabis mungkin untuk memastikan perpustakaan ini lengkap. Ptolemy II sanggup membayar untuk dapatkan hasil karya Aristotle, yang dijulang sebagai pemikir sangat agung pada zaman itu. Karya beliau meskipun mahal sudah bersepah di banyak tempat.

Jadi kerajaan Firaun Yunani mengantar wakil mereka ke serata dunia untuk mengumpulkan manuskrip daripada budaya-budaya luar lingkaran Eropah (Tarm, 2019).

Mereka sangat lapar “manuskrip” hinggakan kapal digeledah habis bukan untuk mencari barangan terlarang – tetapi untuk memastikan manuskrip tidak diselυdυp keluar (Haughton, 2011).

Hilangnya Dahaga Ilmu

Tiada apa boleh memυsηαhkan minat masyarakat pada ilmu melainkan kedυrjαηααn politik. Apabila bercakap pasal “Firaun Yunani”, golongan yang minat sejarah sudah tahu halatujunya.

Tiba satu masa, kerajaan Firaun Yunani bergelut kuasa dengan pihak Rom yang dalam perjalanan untuk mekar menjadi sebuah empayar agung. Menghala ke arah koηflik ini, Perpustakaan Besar Alexandria sudah kurang mendapat dana.

Tanpa dana mencukupi, bekalan manuskrip yang masuk mestilah berkurangan – dan prasarana bangunan pun belum tentu dijaga dengan baik.

Kemelut politik tempatan pula mencetuskan perbalahan dalam kalangan intelektual, apabila Aristarchus of Samothrace meletakkan jawatan sebagai pentadbir perpustakaan kerana pembαsmiαη ilmuwan semasa zaman Firaun Ptolemy VIII Physcon.

Propaganda sejarah?

Inilah punca di sebalik kehαηcuran Perpustakaan Besar Alexandria. Ada sumber menyatakan ia terbαkαr angkara Julius Caesar. Namun sumber ini tidak bersandar pada asas sejarah, barangkali bertujuan untuk membυηυh reputasi Julius Caesar sahaja.

RUJUKAN:

Haughton, B. (2011, Februari 1). What happened to the Great Library of Alexandria? World History.

Kee, S. (2016, Mei 24). The Historical Background of the Ancient Scroll. University of Dartmouth.

Tarm, N. (2019, September 5). The Great Library of Alexandria: A library whose aim was to contain a copy of every book ever written. Medium.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply