Sebut saja nama Umar bin al-Khattab r.a, ramai orang mengenalinya bukan saja sebagai antara sahabat Nabi s.a.w yang utama. Malah, ramai mengaguminya sebagai pentadbir yang hebat semasa era Khulafa’ al-Rashidin. Dan banyak pengajaran urus tadbir yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!
  • Amanah dan kebertanggungjawaban

Isu amanah dan kebertanggungjawaban mungkin kelihatan perkara kecil tetapi itulah nilai utama yang harus ada dalam sesebuah pemimpin. Umar r.a amat mengambil berat tentang hal ini sehingga pernah mengungkapkan kata-kata ini, “Jika seekor keldai terjatuh ke dalam Sungai Furat, aku bimbang Allah akan menyoalku, kenapa aku tidak melakukan perkara itu dan ini.”

Dua aspek ini menurut beliau bukan terpakai kepada manusiawi semata-mata. Sebaliknya dalam soal pemerintahan, semua benda harus diambil kira termasuk hal kebajikan semua tanpa mengira manusiawi atau makhluk hidup yang lain.

  • Pemerintahan secara kolektif dan menjaga keperluan individu

Satu perkara yang disedari ramai pengkaji sejarah tentang Umar r.a ialah beliau amat menekankan soal pemerintahan secara kolektif. Nilai ini sebenarnya telah ditanam dalam dirinya menerusi pekerjaannya sebagai pengembala unta milik bapanya, al-Khattab bin Nufayl. Semasa mengembala, beliau sedar walaupun unta yang digembala kelihatan sama, hakikatnya unta juga mempunyai perangai tersendiri.

Atas sebab itulah, aspek ini diambil berat oleh Umar r.a dalam hal ehwal pemerintahannya. Walaupun pelbagai polisi bersifat pro-rakyat diperkenalkan dan rakyat berpuas hati dengannya, beliau melihat masih ada ruang untuk diperbaiki. Ini bagi memastikan kebajikan setiap penduduk yang ditadbirnya terbela dan mengelakkan isu penduduk yang tersisih.

Untuk itu, setiap malam Umar r.a keluar meronda di kota Madinah setiap malam untuk mengetahui keperluan penduduk. Pada satu ketika, beliau bersama seorang pembantunya memerhatikan kelibat sebuah kafilah yang baru tiba di Madinah. Tatkala mereka berdua duduk seketika, tiba-tiba kedengaran bunyi bayi menangis dari salah sebuah khemah milik kafilah tersebut.

Apabila khemah tersebut diperiksa, mereka mendapati ibu bayi tersebut cuba menghentikan bayinya itu daripada terus menyusu badan. Bila ditanya Umar r.a sebab dia berbuat demikian, wanita itu memberitahu itu saja cara untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Ini kerana dasar beliau ketika itu menetapkan hanya kanak-kanak yang berhenti menyusu layak mendapat bantuan.

Wanita itu tidak sedar dia sebenarnya sedang bercakap dengan Umar r.a. Sebaik saja mendengar keluhan wanita tersebut, dia terus keluar dari khemah dan menyumpah kepada dirinya, “Celakalah kamu, wahai Umar! Berapa ramai kanak-kanak Muslim yang kamu b.un.uh?” Keesokan harinya, Umar r.a mengubah polisi tersebut yang menyaksikan semua kanak-kanak layak mendapat elaun kerajaan.

Pada satu masa yang lain, semasa meronda pada waktu malam, beliau terdengar suara seorang wanita mengalunkan sajak penuh kerinduan terhadap suaminya di perbatasan. Bila ditanya perihal suaminya itu, wanita itu menjawab suaminya sedang berkhidmat dalam ekspedisi keten.ter.aan di Empayar Parsi (berkemungkinan berkhidmat dalam pasukan Saad bin Abi Waqqas r.a).

Selepas pulang ke rumah, Umar r.a merujuk hal tersebut kepada puterinya yang juga Ummul Mukminin, Hafsah r.a. Sebaik mengetahui kisah yang dinyatakan, beliau memberitahu bapanya seorang wanita itu mampu bersabar selama empat bulan. Keesokan harinya, Umar r.a mengumumkan ten.te.ra yang berkhidmat di perbatasan hanya boleh melakukannya selama empat bulan.

  • “Anda ialah khadam, bukan pemerintah…”

Bagi Umar r.a, pemerintahan ialah satu amanah dan bukannya peluang untuk mengkayakan diri sendiri. Beliau melihat dirinya sebagai pemegang amanah dan khadam kepada ummah dalam aspek pemerintahan sehinggalah ia beralih kepada pemerintah seterusnya. Ini bukan sekadar menguatkan lagi sifat berhemah dan rendah diri yang dimiliki sahabat Nabi s.a.w yang mulia itu. Tetapi ia turut menunjukkan pemerintah sama saja dengan orang awam yang ditadbirnya.

Ini diperkukuhkan menerusi satu kisah. Pada satu ketika, Umar r.a mengadakan perjumpaan penduduk di Masjid Nabawi di mana penduduk menyuarakan cadangan atau maklum balas kepadanya. Tiba-tiba, seorang lelaki memberitahu dengan statusnya sebagai pemerintah, beliau lebih layak mendapatkan makanan dan pakaian yang lebih baik. Umar r.a merasa marah dan menegur sikapnya yang cuba membodek demi kepentingan diri sendiri. Malah, beliau menegaskan sebagai pemerintah, tiada beza antara dirinya dengan rakyat kerana peranannya itu lebih kepada khadam rakyat.

  • Pembahagian masa

Sebagai pemerintah, Umar r.a sedar keperluan mengimbangkan masa sebagai pemerintah dengan tanggungjawab-tanggungjawabnya lain termasuk sebagai suami dan ayah. Atas sebab itu, waktu siang diperuntukkan untuk urusan pentadbiran sementara malam pula digunakan untuk bermunajat kepada Allah s.w.t dan berehat. Kekuatan rohani yang diperoleh semasa tempoh berkenaan membantunya menanggung urusan pemerintahan sepanjang 10 tahun 8 bulannya itu.

  • Jangan takut kepada sesiapa dan buang sikap pilih kasih

Bohonglah dalam mana-mana pemerintah, mesti wujud sikap takut atau bias kepada pihak tertentu demi menjaga kepentingan diri sebagai pemerintah. Sikap ini harus dibuang dalam mana-mana pemerintah kerana ia bukan saja boleh membawa kepada ketidakadilan. Malah, ia juga berpotensi menjadi benih kemu.sn.ahan sesebuah kerajaan dalam jangka masa panjang.

Perkara ini amat ditekankan Umar r.a dalam aspek pemerintahannya. Sekiranya sesebuah negara/kerajaan ingin memperjuangkan kebebasan dan keadilan, maka ia harus dimulakan dengan membuang dua sikap yang dinyatakan. Kerana dari situlah, keadilan dan kebenaran sebenar dapat dicapai sekaligus membuka jalan kepada kemakmuran sesebuah negara/kerajaan.

Antara manifestasi kepada aspek ini ialah tindakan Umar r.a menyingkirkan Khalid bin al-Walid r.a sebagai panglima ten.te.ra Islam. Semasa era Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as-Siddiq r.a, beliau menjadi orang penting dalam jentera pe.ra.ng Madinah. Khalid menyertai banyak pepe.ra.ngan termasuk Fathul Makkah, Pe.ra.ng Hunain dan Tabuk (era Rasulullah s.a.w), Harb al-Riddah (Abu Bakar r.a) dan Pe.ra.ng Yarmuk (Umar r.a).

Disebabkan keberaniannya dan kelicikannya sebagai panglima pe.ra.ng, Nabi s.a.w menggelarnya Saifullah (Pe.da.ng Allah). Bagaimanapun, Umar r.a merasakan sudah tiba masanya jawatan tersebut dipangku orang lain dan ia didorong oleh beberapa sebab. Pertama, beliau mahu menghentikan sebarang usaha pembentukan kultus personaliti terhadap Khalid r.a daripada berlaku. Kedua, mengingatkan kembali umat Islam bahawa kemenangan yang dicapai bukan kerana seorang individu tetapi kurniaan Allah s.w.t.

Pemecatan ini dibuat tidak lama selepas tamat Pe.ra.ng Yarmuk. Walaupun tuan punya badan menerima keputusan Umar r.a dengan tangan terbuka, ramai yang tidak bersetuju termasuk kabilah Khalid sendiri, Bani Makhzum. Malah, ada pihak menyebarkan khabar angin pemecatan tersebut dibuat atas dasar cemburu. Berang dengan khabar tersebut, Umar r.a menegaskan pemecatan dibuat atas sebab yang munasabah dan bukan didorong oleh sentimen peribadi.

Yang pasti, Khalid terus berkhidmat bersama penggantinya yang juga sahabat Nabi s.a.w, Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a. sehinggalah kembali ke rahmatullah pada tahun 639. Walaupun Umar r.a mengakui merasa kesal kerana melepaskan khidmat rakannya itu, keputusan tersebut dilihat sebagai satu keputusan yang bijak oleh para sejarawan moden hari ini.

Pada satu masa yang lain, seorang Nasrani Koptik dari Mesir ingin berjumpa dengan Umar r.a yang sedang bermesyuarat bersama ahli Majlis Syura di Masjid Nabawi. Apabila diberitahu perihal si pengembara, si pengembara dibenarkan masuk dan mengadukan halnya kepada khalifah. Lelaki itu menceritakan pada satu ketika, dia berlawan dengan putera Amru bin al-As r.a, Muhammad dalam satu acara lumba kuda dan menang,

Walau bagaimanapun, Muhammad mendakwa sebaliknya. Sebaik memeriksa kuda siapa yang menang, nyatalah lelaki tersebut berhak diisytiharkan sebagai pemenang. Masih lagi tidak berpuas hati, Muhammad lantas memukul lelaki tersebut dan mendakwa kemenangan berhak dimilikinya kerana dia anak seorang bangsawan. Selepas mendengar kisah tersebut, Umar r.a meminta si pengembara tinggal di Madinah dan mengutus sepucuk surat yang memerintahkan Amru r.a dan puteranya kembali ke Madinah dengan segera.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Sebaik kedua-duanya tiba di Madinah, beliau mengadakan satu perbicaraan ringkas bagi mengesahkan fakta yang dibawa. Selepas semua yang dinyatakan itu disahkan berlaku, Umar r.a bukan saja memerintahkan si pengembara memu.ku.l balas Muhammad atas apa yang berlaku. Malah, beliau turut memerintahkan Amru r.a dip.uk.ul sama seperti apa yang menimpa puteranya itu. Pada ketika itulah, Umar r.a mengeluarkan kenyataan ini, “Wahai Amru, bila masa kamu memperhambakan manusia apabila ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan bebas?”

Pada beliau, ini merupakan soal keadilan di mana pangkat dan kekayaan tidak boleh dijadikan sebagai penghalang. Walaupun Amru r.a ialah rakan lama dengan kabilahnya, Bani Umayyah merupakan kabilah Arab yang dihormati, itu semua tiada makna di mata Umar r.a. Keadilan harus ditegakkan walau siapa pun pelakunya tanpa mengira taraf atau harta kekayaan.

RUJUKAN:

Greish, A. (2021). Governing Lessons from The Second Caliph.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.