Dunia ini memang penuh dengan keindahan semulajadi. Air mengalir jernih boleh merambangkan mata, tambah pula dengan kehijauan alam dan kehitaman batu. Awan putih berapungan di sebalik awan membiru.
Senyuman kekasih mengucup dalam jiwa bergelora. Kereta mewah selama ini merangsangkan keinginan.
Semua ini ialah keindahan yang dikenal melalui mata. Apa-apa jua pasal penglihatan memang bergantung pada kesihatan mata. Sama ada celik, rabun atau buta sahaja yang menentukan tahap penglihatan.
Tetapi mata itu sendiri ialah organ yang sangat unik.
Mata dibuat daripada air, jeli dan protein (Thompson, 2010). Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu kornea, iris, pupil, lensa dan sklera, masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk berfungsi sebagai mata.
Kalau lihat secara fizikal, mata memang lain dari lain.
Pertama sekali, mata tidak “melihat” permandangan dulu. Sebaliknya cahaya memasuki kornea dan pupil. Iris kemudian mengawal seberapa banyak cahaya yang perlu masuk dalam pupil, sebelum melepasi lensa dan retina.
Apabila menyentuh retina, cahaya tersebut ditukarkan menjadi isyarat elektrik oleh sel khas bernama photoreceptor. Isyarat sedemikian dibawa ke otak, yang menukarkan lagi menjadi “gambar” seperti mata melihat.
Jadi secara tidak langsung, mata sebenarnya menterjemahkan cahaya menjadi gambar dalam masa pecahan satu saat.
Tetapi bagaimana pula dengan orang yang buta? Kegagalan fungsi tentu sekali menyebabkan mereka tidak boleh melihat. Cuma perkataan buta itu sendiri perlu difahami dulu.
Buta tidak semestinya satu jenis. Ada yang masih boleh melihat pancaran cahaya atau objek jauh.
Rekaan grafik pancaran cahaya yang seorang buta lihat.
Nampak tetapi sangat “out-of-focus”
Bagi yang buta sepenuhnya, memang mereka tidak boleh nampak apa-apa sebab mata tidak membawa cahaya untuk diterjemahkan otak.
Memang tidak nampak apa-apa, bukan hitam pun. Tetapi ini hanya bagi kategori yang buta sejak lahir.
Bagi yang pernah melihat, perasaan dan pengalaman mereka benar-benar lain. Golongan ini ada yang berkata nampak gelap seperti dalam gua. Ada pula yang lihat bagaikan halusinasi dalam bentuk-bentuk biasa dilihat.
Tetapi seseorang yang buta masih lagi mampu bermimpi, termasuk golongan yang tidak pernah melihat apa-apa sejak lahir. Cuma mimpi-mimpi untuk mereka selalu ada bunyi, bau dan deria tertentu yang sangat terperinci, kerana itulah selama ini mereka alami.
Jika mereka pernah melihat sesuatu, memang mimpi sahaja jendela mereka untuk melihat sesuatu.
Kemunculan sesuatu objek dalam mimpi juga tertakluk pada jenis dan selama mana individu tersebut buta.
Jadi buta warna takkan sesekali melihat warna dalam mimpi. Kerana mimpi pun ialah penentuan berdasarkan deria dikesan otak.
Maka apa-apa jua kebolehan dan kec4c4tan otak akan berkekalan.
Namun buta kadangkala bukanlah suatu hvkvman yang tetap. Saintis telah memperolehi satu cara yang relevan untuk memulihkan kec4c4tan penglihatan dalam kalangan mamalia yang hidup.
Mereka menghubungkan sel saraf yang sensitif pada cahaya (Matthews-King, 2018). Sel-sel ini mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti perubahan dari segi cahaya, bentuk dan pergerakan – semua yang menjadi unsur penterjemahan dalam otak.
Jadi dengan membetulkan sel saraf, mamalia berkenaan boleh melihat semula. Dan konsep rawatan sama digunakan untuk bantu mengembalikan penglihatan manusia juga.
RUJUKAN:
Matthews-King, A. (2018, Ogos 15). Blindness reversed in living mammals through new technique which could treat total sight loss, study says. Independent UK.
Thompson, D. (2010, Mei 4). Anatomy of the Human Eye. Everyday Health.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih