Kejatuhan Babylon merupakan sebuah peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 539 Sebelum Masihi. Peristiwa ini menyaksikan penaklukan Babylon oleh Empayar Achaemenid yang dipimpin oleh Cyrus Agus, sekaligus menandakan pengakhiran Empayar Neo-Babylon. Peristiwa kejatuhan Babylon ada direkodkan di dalam sejumlah sumber purba, termasuklah Silinder Cyrues, karya sejarahwan Yunani yang bernama Herodotus, serta sejumlah kitab dalam Perjanjian Lama.

Menara Babel oleh Pieter Bruegel the Elder

PERTUMBUHAN PESAT SEBELUM KEHANCURAN BABYLON

Kota Babylon terletak di Iraq moden dan sejarahnya boleh dijejak kembali pada milenium ke-3 Sebelum Masihi, ketikamana ia masih merupakan sebuah kota pelabuhan kecil di Sungai Furat. Pada aktu itu, Babylon berada di bawah naungan Empayar Akkadia. Merentas masa, bandar ini berkembang pesat dan membesar menjadi salah sebuah kota yang paling penting di Mesopotamia purba.

Pada kurun ke-18SM, Babylon menjadi kuasa besar di rantau tersebut ketika ia berada di bawah pemerintahan raja dari bangsa Amori, Hammurabi. Namun, Empayar Babylon Pertama tidak dapat bertahan lama dan tumbang di tangan penguasaan bangsa-bangsa asing seperti bangsa Het (Hittite), bangsa Kass (Kassite) dan bangsa Assyria.

Panorama runtuhan Babylon, Hillah, Iraq

KEHANCURAN EMPAYAR NEO-ASSYRIA

Berikutan kemangkatan Ashurbanipal sekitar tahun 627SM, perang saudara meletus sekaligus mengakibatkan Empayar Neo-Assyria melemah. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan pemberontakan. Antaranya ialah penguasa Kaldan (Chaldean) yang bernama Nabopolassar. Beliau membentuk pakatan dengan bangsa Medes, Parsi, Scythia dan Kimmeri (Cimmeria). Pakatan ini berjaya menghapuskan Empayar Neo-Assyria secara muktamad.

KELAHIRAN EMPAYAR NEO-BABYLONIA

Setelah merdeka dari pemerintahan bangsa Assyria, Nabopolassar pun menubuhkan Empayar Neo-Babylon dengan kota Babylon dijadikan sebagai ibu kota. Empayar ini mencapai zaman kemuncaknya pada era pemerintahan Nebuchadnezzar II, yang menggantikan Nabopolassar sekitar tahun 605 Sebelum Maishi. Pada era pemerintahan beliau yang berpanjangan sehingga tahun 562SM, Empayar Neo-Babylon menguasai wilayah Babylonia, Assyria, sebahagian Asia Kecil, Phoenicia, Israel dan bahagian utara Tanah Arab.

Lukisan Rene-Antoine Houasse tahun 1676 – Nebuchadnezzar mengarahkan pembinaan Taman Tergantung Babylon untuk Amyitis


NABONIDUS SEBAGAI PUNCA KEJATUHAN BABYLON?

Raja-raja yang menggantikan Nebuchadnezzar II tidak memiliki keupayaan yang setanding dengan beliau. Kesemuanya memerintah dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Sepanjang dekad yang menyusuli kemangkatan Nebuchadnezzar II, Empayar Neo-Babylon diperintah oleh empat orang raja yang silih berganti, dengan Nabonidus sebagai yang terakhir. Nabonidus memerintah dari tahun 556SM sehinggalah pada tahun kejatuhan Babylon, iaitu 539SM.

Nabonidus memerintah selama 17 tahun dan namanya dikenang sebagai pemerintah yang membaikpulih seni bina dan tradisi purba di rantau itu, sekaligus meraihkannya gelaran ‘raja arkeologis’ dalam kalangan sejarahwan moden. Walau bagaimanapun, beliau tidak begitu digemari oleh rakyatnya, terutama para pendeta Marduk. Hal ini kerana beliau cenderung mengenepikan kultus Marduk si dewa pelindung Babylon dan lebih mengutamakan dewa bulan, Sin.

Relif Nabonidus yang menunjukkannya sedang memuja dewa, matahari dan Zuhrah)


BILAKAH BABYLON TUMBANG?

Pada sekitar waktu yang sama, Parsi di timur berkembang secara pesat di bawah pemerintahan Cyrus Agung. Pada tahun 549 Sebelum Masihi, Medes ditewaskan oleh Parsi yang kemudiannya melanjutkan penaklukan di wilayah sekeliling Babylon. Akhirnya pada tahun 539 Sebelum Masihi, kota Babylon sendiri ditakluk oleh Parsi.

Kejatuhan Babylon ini menandakan berakhirnya Empayar Neo-Babylon. Peristiwa bersejarah ini direkodkan oleh sejumlah sejarahwan purba. Pun begitu, lantaran naratifnya yang tidak konsisten antara satu sama lain, maka sukar untuk menceritakan semula peristiwa sebenar yang berlaku.

Penulis-penulis Yunani seperti Herodotus dan Xenophon melaporkan bahawa Babylon tumbang setelah ia dikepung. Namun, Silinder Cyrus dan Hikayat Nabonidus (sebahagian daripada Hikayat Babylon) pula mendakwa bahawa Babylon ditakluk oleh Parsi tanpa peperangan. Selain itu, Silinder Cyrus turut memerincikan raja Parsi itu sebagai individu yang dipilih oleh Marduk untuk menguasai Babylon.

Di dalam Bible, Cyrus Agung dikatakan membebaskan kaum Yahudi dari penjara Babylon

RAMALAN TENTANG KEJATUHAN BABYLON

Kejatuhan Babylon juga dipandang signifikan dalam sejarah Biblikal kerana ia disebutkan dalam sejumlah kitab Perjanjian Lama. Dalam Kitab Isaiah, diperihalkan sebuah kisah yang sama seperti Silinder Cyrus. Dalam kisah ini, tuhan bangsa Israel dan bukannya Marduk yang memilih Cyrus. Selepas kejatuhan Babylon, kaum Yahudi yang diusir dari tanah air mereka semasa ditakluk oleh Nebuchadnezzar II dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam kitab lain, iaitu Kitab Daniel, kejatuhan Babylon sudah pun diramalkan sejak zaman Nebuchadnezzar II lagi. Menurut kitab ini, si raja mengalami sebuah mimpi di mana beliau melihat sebuah patung berkepala emas, berdada dan bertangan perak, perut dan pehanya daripada gangsa, berkaki besi dan telapak kakinya pula daripada besi yang bercampur dengan tanah liat.

Patung ini dihancurkan oleh batu, yang kemudiannya berubah menjadi sebuah gunung yang memenuhi bumi. Mimpi ini ditafsirkan oleh Nabi Daniel yang mengatakan bahawa patung tersebut mewakili empat buah kerajaan yang bersambungan – yang pertama adalah Empayar Neo-Babylon, dan kesemua kerajaan ini akan dihancurkan oleh Kerajaan Tuhan.

Tulisan pada dinding, Nabi Daniel dan raja Belshazzar, kisah kejatuhan Babylon

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (1 Disember 2018). The Monumental Fall of Babylon: What Really Shattered the Empire? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/fall-babylon-0011090


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.