Jerman mengambil masa 20 hari untuk menundukkan Belgium. 750,000 anggota tεηtεra dipimpin Karl von Bülow dan Alexander von Kluck kemudian melaksanakan dasar bumi haηgµs schrεcklιchkειt, yang terdiri daripada siri pεm-baη-taιaη dan pεmbµ-ηµ-haη besar-besaran.

Paling teruk terkesan ialah golongan wanita, yakni anak, isteri, dan ibu orang. Seluruh Belgium bergema dengan lolongan mereka, yang tidak terhitung berapa ramai dibiηa-sakaη Jerman.

Terlalu banyak kisah yang menceritakan tentang kelakuan Jerman. Seorang guru wanita dιmµtιlasιkaη dan kemudian dιgan-tµηg dalam keadaan tanpa seurat benang.

Bayi mulus yang tidak mengetahui apa-apa dι-tι-kam. Sana sini tentera Jerman mε-rσ-gσl dan mε-mσ-tσηg anggota badan selepas selesai (Gullace, 2002).

Benar atau tidak, naratif tersebut tidak penting kerana semua orang tahu peristiwa-peristiwa pahit ketika pεpεraηgan.

Antara penulisan media ketika itu.

Tingkah laku Jerman di bumi Belgium inilah menjejaskan hubungan antara empayar tersebut bersama Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan pεηgaηιayaaη ini, Jerman menenggelamkan RMS Lusitania pula.

Insiden RMS Lusitania mengesahkan bahawa Jerman menjejaskan Belgium.

Kapal penumpang tersebut berada di selatan United Kingdom, apabila sebuah kapal selam U-20 menjalankan kerja. Dalam kalangan ribuan penumpang, 128 orang merupakan warganegara Amerika Syarikat (Rosenborg, 2020).

Amerika Syarikat walau bagaimanapun tidak mampu keluar bεr-pε-raηg sesuka hati.

Woodrow Wilson memartabatkan dasar atas pagar, kerana masyarakat Amerika Syarikat terdiri daripada pendatang-pendatang daripada Ireland, Jerman, Scandinavia dan banyak tempat lagi.

Tindakan melulu hanya akan menggalakkan pεmbε-rση-takaη, tambah pula Jerman pada bila-bila masa boleh menempatkan ejen mereka dalam kalangan minoriti bangsa di Amerika Syarikat.

Dasar atas pagar Amerika Syarikat goyah kerana Jerman tanpa henti menenggelamkan kapal-kapal dagang Amerika Syarikat.

Pembangkang Republican tidak jemu menggesa Wilson pergi bεr-pε-raηg. Sentimen ini dikongsi jutaan rakyat, dicerminkan keputusan pilihan raya 1916.

Wilson memenangi pilihan raya tersebut tetapi hilang 158 kuasa pemilih (electoral votes). Kalau bukan kerana majoriti tipis iaitu 3,773 undi di California, tentu sekali Wilson tewas.

Wilson kembali ke White House, membawa sentimen atas pagar hinggalah tahun seterusnya apabila Paul von Hindenburg menewaskan Alexander Samsonov di Medan Timur.

Rusia menanggung malu kerana kalah.

Kekalahan Rusia memberi anjakan besar bagi pihak Jerman. Perancis dan United Kingdom pula sudah keletihan, dengan sumber keperluan dalam keadaan ηγaшa-ηγaшa ikan.

Walau bagaimanapun, Jerman juga sedang menghadapi kesusahan dengan bekalan makanan dan minyak berkurangan.

Amerika Syarikat pula mendapat manfaat besar dengan pε-pε-raη-gan di Eropah. Perdagangan melonjak tinggi, membawa peningkatan daripada AS$824.8 juta (AS$21.585 bilion hari ini) ke AS$2.25 bilion (AS$53.48 bilion hari ini) dalam masa empat tahun sahaja.

Institusi kewangan Amerika Syarikat meluluskan pinjaman besar-besaran untuk kegunaan Eropah (Horn, 2000).

Aktiviti ekonomi melonjak dalam sektor swasta, dengan pengeluaran industri melambung 20 peratus.

Wilson cuba mengharamkan sebarang pinjaman wang, tetapi Perancis berhujah bahawa tindakan tersebut tidak adil kerana dunia boleh saja membeli barangan Amerika Syarikat (Brands, 2003).

Jadi Jerman melihat dana Amerika Syarikat sebagai minyak yang meneruskan enjin pε-pεr-aη-gaη dalam kalangan mµsµh.

Hanya satu cara sahaja boleh menghentikan saluran ini: pε-pε-raη-gaη di medan Amerika. Jadi Arthur Zimmermann mengorak langkah besar bagi pihak Jerman.

Arthur Zimmermann selaku Menteri Luar Negeri Empayar Jerman

Beliau menghantar sebuah telegram kepada Heinrich von Eckardt yang berada di Mexico.

Telegram tersebut mengandungi perintah jelas: jika Amerika Syarikat ingin menyelamatkan pihak Entente (sekutu), von Eckardt perlu menghubungi kerajaan Mexico.

Jerman bersedia untuk menjaminkan dana besar kepada Mexico untuk mengambil semula negeri-negeri Arizona, New Mexico dan Texas.

Jika Mexico ber-pε-raηg sekali, tentu sekali Amerika Syarikat tidak mampu menghantar bekalan ke Eropah (apatah lagi masuk campur).

Mexico pula tidak begitu yakin dengan jaminan Jerman. Venustiano Carranza pernah meminta bekalan emas pada tahun 1916, yang Jerman tidak mampu beri.

Tiga negeri Amerika Syarikat tersebut mempunyai angkatan yang kuat. Jika Mexico berjaya mengambil sekalipun, rakyat tempatan semuanya bεrsεηjata dan takkan mematuhi perintah Mexico.

Dan sebarang persengketaan bersama Amerika Syarikat hanya memburukkan hubungan Mexico bersama Argentina, Brazil dan Chile. Jadi Carranza memilih berbaik dengan tiga negara, tanpa tiga negeri pernah dimiliki dulu.

Peta Mexico sebelum Amerika Syarikat berkembang penuh.

Tidak mendapat sokongan Mexico, kerajaan Jerman berdepan dengan masalah baru. Telegram Zimmermann dipintas British, yang memanjangkan perkara ini kepada Amerika Syarikat.

Wilson mempertimbang semua perkara yang berlaku, juga alternatif sedia ada. Pada 2 April 1917, British dan Perancis menghela nafas kesyukuran kerana Wilson membuat keputusan besar.

Di hadapan Kongres Amerika Syarikat, beliau membuat ucapan bahawa Amerika Syarikat terpaksa “bεr-pεr-aηg untuk menghentikan semua pε-pεr-aηgan” yang akan “menyediakan tempat selamat untuk demokrasi di dunia ini”.

Kongres Amerika Syarikat membuat undian setelah menghayati ucapan Wilson. Lapan orang tidak mengundi semasa Dewan Senat bersidang. Enam pula tidak bersetuju.

Tetapi suara mereka tidak penting, kerana 82 orang senator menyokong usul Wilson. Dewan Perwakilan bersidang hingga 3 pagi dua hari kemudian untuk meluluskan usul dengan undi 373-50.

Tentu sekali Entente melompat keriangan, tahu bahawa Jerman akan menggigil.

Telegram Zimmermann telah menjadi justifikasi penting (casus belli) yang membawa Amerika Syarikat ke medan Eropah.

Deruman idealisme Wilson (menggunakan demokrasi sebagai naratif politik) benar-benar menjadi, tambah pula beliau memaniskan dengan hujah berusaha tanpa kepentingan peribadi (we have no selfish ends to serve).

Dan pada 26 September 1917, Amerika Syarikat membuat pε-ηgε-bσ-maη besar-besaran. Dalam masa beberapa jam, mereka melepaskan lebih banyak b-σm di No Man’s Land berbanding sepanjang Pε-ra-ηg Saudara Amerika.

Dalam masa setahun, Jerman menyerah kalah.

RUJUKAN:

Brands, H.W. (2003). Woodrow Wilson: The American Presidents: The 28th President, 1913-1921. Henry Holt. Halaman 55-56.

Gullace, N. (2002). The (ditapiskan) of Our Sons: Men, Women and the Renegotiation of British Citizenship during the Great (ditapiskan). Palgrave MacMillan.

Horn, M. (2020). A Private Bank at (ditapiskan): J.P. Morgan & Co. and France, 1914-198. Business History Review. 74 (1): 85-112.

Rosenborg, J. (2020, Mac 9). (ditapiskan) of the Lusitania. Thought Co.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.