Agama Kristian mengimarahkan ajaran monoteism sepanjang kewujudan. Hari ini jumlah penganutnya sudah mencecah 2.1 bilion, tetapi dalam keadaan berpec.ah dari segi fikrah.
Majoriti besar mengikuti Gereja Katolik yang mempunyai piagam dan sistem terperinci. Dijangka 220 juta pula berpegang kepada Ortodoks, sebuah gereja yang tidak dinaungi seorang paus (pope).
Kedua-dua gereja ini turut berbeza pandangan dalam banyak bab, contohnya sistem kepausan (papacy), konsep dosa dan roh kudus.
Gereja Katolik amat memartabatkan sistem kepausan. Seorang paus bagi mereka ialah pewaris Saint Peter, sekali gus wakil Nabi Isa (as) di muka bumi ini (Reyes, 2010).
Jadi titah perintah seorang paus diisytiharkan maksum, jika mengikuti landasan agama. Pandangan ini tidak disokong Gereja Ortodoks, yang lebih terjerumus dalam bidangkuasa kariah.
Setiap kariah mempunyai seorang uskup (bishop). Dan semua uskup mempunyai darjat keagamaan yang sama (Garuti, 2004), berautonomi dalam kariah sendiri dibezakan hanya atas dasar amalan dan populariti sahaja.
Analoginya, Katolik menjulang Paus Francis sebagai ketua agama tertinggi. Manakala Ortodoks melihat beliau sebagai seorang pemimpin agama tinggi yang tiada beza dari segi darjat dengan mana-mana uskup di kariah lain.
Perbezaan fikrah antara dua gereja adalah perkara biasa. Ia tidak pernah mencetuskan sebarang isu, sehingga boleh menyebabkan pemisahan besar. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang berlaku sampai Katolik dan Ortodoks sudah tidak lagi boleh bersatu.
Menyelami Politik 1,000 Tahun Lalu
Dunia hari ini sememangnya sekular. Agama hanya menjadi tunjang budaya untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Dari segi pentadbiran, banyak negara memilih jalan selain agama.
Perkara ini sebenarnya pernah berlaku dulu. Agama sudah lama menjadi kuda tunggangan manusia berkepentingan.
Sekitar tahun 1050 hingga 1100, Dunia Kristian berpec.ah belah dengan perangai agamawan yang suka kafir-mengkafirkan orang.
Krisis ini menjadi teruk ketika pemerintahan Maharaja Henry IV (1084-1105). Baginda menguasai Empayar Rom Suci (senang kata, Jerman), dengan pengaruh tidak ditandingi sesiapa.
Apabila terlalu berkuasa, Henry pun mula bertelingkah dengan Paus Gregory VII. Baginda bermain politik dengan majoriti uskup Jerman, untuk mengisytiharkan yang Gregory dipilih (menjadi paus) secara tidak sah.
Gregory membalas dengan titah pengkafiran terhadap Henry pada 24 Januari 1076 dan 7 Mac 1080. Jadi apa Henry buat? Baginda berpakat dengan ramai uskup untuk mengkafirkan Gregory balik.
Kemudian mereka memilih Guibert dari Ravenna sebagai Paus Clement III.
Titah pengkafiran nampaknya telah menjadi pelµrµ politik untuk menggulingkan seseorang yang berpengaruh.
26 tahun sebelumnya, Paus Leo IX (1049-1054) telah menggunakan kuasa yang sama terhadap seorang agamawan penting dalam Gereja Kristian Ortodoks.
Michael I Keroularios, patriach untuk Ortodoks pun banyak bersuara tentang isu keagamaan, menghentam Katolik, contohnya mengkritik penggunaan roti tanpa ragi (yeast) semasa Eucharist (Rosser, 2012).
Jadi pada 16 Julai 1054, Leo mengambil jalan mudah: kafirkan Michael. Dan Michael pula membalas dengan titah pengkafiran terhadap Leo.
Setelah banyak berbeza pendapat, mereka mendirikan sebuah benteng ideologi yang memisahkan Rom dan Konstantinopel. Pengkafiran antara satu sama lain bermakna Gereja Rom dan Gereja Ortodoks masing-masing mengakui “Kristian Sebenar”.
Satu pihak melihat dirinya pada jalan Tuhan, bermakna pihak lain di jalan syaitan.
Dosa Yang Tidak Boleh Diampuni
Perkembangan politik pada masa itu menggagalkan sebarang usaha untuk merapatkan silaturahim. Mungkin pihak berkepentingan sudah lama tunggu perpec.ahan rasmi sebegini. Per.ang Sa.lib Pertama mungkin berjaya merapatkan saf Kristian buat sementara waktu. Lebih mudah jika benci umat lain (Islam) berbanding umat sendiri.
Tetapi persahabatan yang terjalin melalui landasan kebencian tidak bertahan lama. Selepas berjaya menghalau Seljuk dan menewaskan Fatimiyyah di Jerusalem, mereka pun bercak.aran sesama sendiri.
Pada April 1182, penduduk Konstantinopel (Ortodoks) telah menga.mµk kerana terlalu benci pada orang Katolik. Lebih daripada 10,000+ orang (majoritinya Katolik) kehilangan ny.awa dalam amukan tersebut.
Pihak Katolik pula membalas tiga tahun kemudian, dengan penj.arah.an kota Thessalonica yang dihuni para penganut Ortodoks. Tidak cukup dengan itu, pihak Katolik membuat dosa paling besar yang tidak dapat diampunkan sampai sekarang.
Mereka telah mengambil Konstantinopel pada tahun 1204, dengan penjarahan yang makan ratusan ribu nyawa penduduk Ortodoks yang menghuni kota tersebut, yang menyebabkan Empayar Byzantium menjadi terlalu lemah hingga tidak mampu menahan kuasa Uthmaniyah ketika zaman Al-Fateh.
Hubungan antara Ortodoks dan Katolik menjadi ra.pµh kerana percaturan agamawan. Permainan politik pula memastikan mereka takkan bersatu, sehingga penubuhan sebuah identiti baru melalui buah fikrah demokrasi dan kapitalisme.
Pada tahun 1965, Paus Paul VI dan Ayahanda Athenagoras I telah menarik balik titah pengkafiran yang dilemparkan terhadap kedua-dua gereja.
RUJUKAN:
Garuti, A. (2004). The Primacy of the Bishop of Rome and the Ecumenical Dialogue. Ignatius Press. Halaman 320.
Reyes, E.C. (2010). In His Name. AuthorHouse. Halaman 542.
Rosser, J.H. (2012). Historical Dictionary of Byzantium. Scarecrow Press. Halaman 323.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih