Pada awal tahun yang lalu, laman penstriman dalam talian Netflix mengumumkan satu berita yang mengujakan buat para penggemar siri One Piece, iaitu mereka bakal mengeluarkan adaptasi aksi-langsung bagi karya magnum opus Eiichiro Oda itu di bawah penghasilan Tomorrow Studios, studio sama yang sedang mengusahakan adaptasi Cowboy Bebop di Netflix.
Sejak membuat penampilan pertama dalam majalah mingguan Shonen Jump pada 22 Julai 1997, siri One Piece telah pun mengeluarkan sebanyak 994 bab dan sebagaimana yang umum maklum, perjalanannya masih lagi panjang. One Piece juga mengungguli carta sebagai manga paling laris sepanjang masa, mendahului Dragon Ball, Golgo 13, dan Naruto dengan lebih 462 juta naskhah telah terjual di seluruh dunia. Ini juga menjadikan One Piece sebagai salah sebuah francais fiksyen yang mempunyai pendapatan kasar tertinggi dengan jumlah penghasilan daripada manga, filem, permainan video dan pelbagai medium lain mencecah lebih $21 billion.
Penceritaan One Piece mengambil latar tempat di sebuah dunia yang sedang mengalami ‘Zaman Keemasan Lanun’, di mana hanya lanun terunggul sahaja layak memiliki harta karun teragung, ‘One Piece’, yang ditinggalkan oleh Gol D. Roger, seorang lanun legenda yang digelar sebagai Raja Lanun.
Bertahun-tahun selepas pemergian Gold D. Roger, seorang kanak-kanak bernama Monkey D. Luffy memasang impian mahu membentuk kru lanunnya sendiri dan mencari harta karun One Piece sekaligus menempa nama sebagai Raja Lanun. Selepas termakan sebiji buah iblis, beliau dikurniakan sejenis kuasa yang membolehkan tubuhnya berfungsi seperti getah dan bersama kuasa itulah, beliau berangkat dari kampung halamannya, Kampung Foosha di East Blue dan berlayar menongkah samudera luas dalam usaha menjadi seorang Raja Lanun.
Setakat ini, ura-ura mengandaikan adaptasi aksi-langsung tersebut bakal disiarkan paling awal pada tahun hadapan. Menurut temu bual antara Syfy dan Marty Adelstein, penerbit eksekutif, pihak produksi pada awalnya dijangka dapat menyelesaikan kerja-kerja rakaman pada musim panas tahun ini. Bagaimanapun berikutan penularan pandemik COVID-19, segalanya terpaksa ditangguhkan buat sementara sebelum disambung dengan lebih giat pada hujung tahun nanti.
Menurut beliau lagi, kerja-kerja rakaman tersebut dilakukan di Cape Town, Afrika Selatan. Pada Jun yang lalu, ProductionWeekly melaporkan bahawa pembikinan adaptasi aksi-langsung One Piece yang telah pun dimulakan pada 31 Ogos dijangka bakal diselesaikan menjelang 8 Februari 2021.
Justeru berikutan berlakunya pemindaan jadual tersebut, siri yang dinantikan ini mungkin hanya akan menemui peminatnya pada hujung 2021. Musim pertama adaptasi aksi-langsung ini dipercayai bakal merangkumi kisah penyertaan Zoro, Nami, Usopp, dan Sanji ke dalam kru Lanun Topi Jerami, sambil penamatnya pula mengisahkan tentang aksi pertarungan antara Luffy dan Arlong.
Selain One Piece, Netflix juga telah dan sedang mengeluarkan adaptasi aksi-langsung bagi beberapa buah anime, seperti Cowboy Bebop, Bleach, Death Note, Mob Psycho, Full Metal Alchemist dan beberapa lagi yang lain.
TERJEMAHAN:
Jacob Robinson. (18 Jun 2020). Netflix’s Live-Action ‘One Piece’ Series: Everything We Know. What’s on Netflix. https://www.whats-on-netflix.com/news/live-action-one-piece-series-everything-we-know-06-2020/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih