Demam kepialu atau typhoid fever merupakan penyak1t yang disebabkan oleh jangktan bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi. Sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella.

Ia merupakan penyak1t biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan. 80% kes jangk1tan di dunia ialah daripada Bangladesh, China, India, Indonesia, Laos, Nepal, Pakistan, or Vietnam (John L Brusch, 2019). Statistik yang dikeluarkan oleh WHO untuk penyak1t ini ialah lebih kurang 11-21 juta kes setahun. Rekod kematian pula hampir 160 ribu setahun.

Bakteria ini terkandung dalam urin, darah dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa ialah seseorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala dan simptom demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria pada najis. Disebabkan tidak menjaga kebersihan diri, ia seterusnya menjangkiti orang lain. Luarannya nampak sihat namun mereka mudah menjangk1ti.

Demam kepialu adalah jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada beberapa organ badan. Ia mudah dijangk1ti, serta serius dan mengancam nyawa jika dibiarkan. Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam empat kes typhoid boleh membawa m4ut. Kebanyakan kes jangk1tan akan sembuh dalam masa beberapa hari untuk memulakan rawatan antibiotik.

Ianya akan bermula selepas tujuh hari pesakit menerima bakteria itu. Tanda-tanda dan gejala demam kepialu adalah seperti sakit perut, sembelit dan seterusnya cirit-birit, sak1t badan, letih lesu, demam panas yang berpanjangan dengan suhu 40 darjah celsius, sakit kepala, ruam, mata layu/cengkung dan kurang selera makan.

Bakteria ini hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia. Selain itu, bakteria ini juga boleh merebak melalui sisa kumbahan yang mengandungi bakteria typhoid. Kita digalakkan untuk minum air yang dimasak dan menggunakan air yang ditapis.

Oleh itu kebersihan di tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Semua yang mengendalikan makanan perlu mengamalkan tatacara kebersihan diri yang baik. Sebagai contoh, membasuh tangan dengan sabun selepas keluar dari tandas sebelum mengendalikan makanan.

Vaksin terhadap demam kepialu boleh didapati di kebanyakan hospital. Ia dikhaskan untuk mereka yang mungkin menyebarkan penyak1t ini seperti pengendali makanan atau pergi ke kawasan terdedah dengan kes demam kepialu.

Mereka yang mengendalikan makanan dan pengusaha makanan perlu menerima suntikan vaksin sebelum diberikan lesen memulakan perniagaan. Imunisasi ini perlu diambil setiap tiga tahun sekali untuk perlindungan yang berterusan. Kandungan vaksin dalam tubuh tidak bekesan selepas beberapa tahun, kebiasaannya dalam tempoh setahun bagi vaksin bentuk pil dan tiga tahun bagi vaksin suntikan. Sebab itu perlunya suntikan ulangan untuk vaksin ini.

Mary Mallon dalam pusat kuarantin

Kes Mary Mallon atau Thypoid Mary ialah antara kes jangk1tan thypoid yang selalu didengari. Seorang tukang masak yang menjadi pembawa bakteria ini. Dia menyebarkan bakteria menjangk1ti lebih dari 50 orang. Ini dikesan apabila beberapa orang yang terdekat dengan restoran dia bekerja dijangkiti penyak1t ini.

Hasil siasatan mendapati Mary tidak mengamalkan kebersihan diri semasa mengendalikan makanan. Namun, dia bertegas yang dia tidak berpenyak1t kerana dia langsung tiada gejala. Seperti yang saya tuliskan di awal artikel, seorang pembawa boleh jadi seorang yang sihat. Disebabkan kedegilannya, dia kembali bekerja dalam bidang makanan walaupun telah dilarang. Sekali lagi dia menjangk1ti beberapa orang terdekat dan pelanggan di restoran tempat dia bekerja.

Kesimpulannya, jagalah kebersihan diri. Anda mungkin nampak sihat luaran, tetapi mengandungi bakteria di dalam.

RUJUKAN:

  1. John L Brusch (2019) Typhoid Fever, Clinical Presentation, Medscape Website.
    https://emedicine.medscape.com/article/231135-overview#a6
  2. GBD 2017 Typhoid and Paratyphoid Collaborators (2019) The global burden of typhoid and paratyphoid fevers: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2017. Published:February 18, 2019DOI: https://doi.org/10.1016/S1473-3099(18)30685-6
  3. Typhoid fever. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/typhoid-fever/index.html.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.