Guerrilla warfare (GW) atau peperangan Gerila ialah satu bentuk peperangan bukan konvensional di mana sebuah kumpulan kecil kombatan, termasuk orang awam bersenjata menggunakan taktik ketenteraan seperti serang hendap, sabotaj, peperangan kecil dan unsur kejutan, serta mempunyai kebolehan bergerak yg luar biasa utk mendominasi pasukan tentera yg lebih besar dan kurang keupayaan mobiliti disebabkan saiznya, atau menggugat sasaran yg lemah, dan kemudian berundur sepantas mungkin.

Antara kebiasaan pasukan gerila adalah penekanan kepada doktrin yg melawan pemahaman dan penerimaan umum sesuatu pegangan. Mereka yg terlibat dengan pasukan gerila antara lainnya akan disemaikan dengan ideologi kecemerlangan yg mengatakan perjuangan mereka adalah yg paling mulia dan mempunyai halatuju terbaik – gambar sekadar hiasan

Istilah ini dalam bahasa Sepanyol membawa maksud “peperangan kecil” dan telah digunapakai utk menerangkan konsep peperangan sebegini sejak abad ke- 18 atau lebih awal. Secara bahasanya, terma ini digunakan utk menggambarkan perbezaan antara tentera seakan upahan dengan tentera profesional yg lebih formal. Strategi dan taktik perang gerila lebih memfokuskan penggunaan pasukan kecil yg lebih mudah bergerak bagi menentang pasukan yg lebih besar dan sukar bertindak. Ia lebih menekankan pembahagian pasukan kepada unitunit kecil, banyak bergantung kepada sokongan daripada penduduk tempatan dan mengambil kesempatan menggunakan kelebihan yg terdapat pada permukaan bumi yg menyokong pergerakan unit-unit kecil ini.

Secara taktikalnya, pasukan gerila akan cuba mengelakkan konfrantasi dengan pasukan musuh dalam pasukan besar, sebaliknya mencari dan memusnahkan kumpulan-kumpulan kecil untuk meminimakan kerosakan kepada unit mereka sendiri dan mengecilkan kekuatan lawan. Selain daripada anggota pasukan lawan, mereka juga akan mensasarkan sumber. Tujuannya adalah utk melemahkan pasukan lawan, menyekat pergerakan dan membuatkan pasukan lawan akhirnya berundur.

Dalam bahasa mudah, Mao Zedong merumuskan peperangan gerila sebagai: “Musuh mara, kita undur. Musuh berkhemah,kita ganggu. Musuh keletihan, kita serang. Musuh undur, kita kejar.”

Trademark gerakan gerila – lokasi persembunyian yang sukar dikenalpasti, perlindungan identiti, serta tindakan yang tersembunyi

ANTI GERILA

Gerakan Gerila agak sukar dibanteras, tetapi terdapat beberapa prinsip anti-gerila yang telah digunapakai sejak 1950 and 1960, yang ternyata telah berjaya membasmi anasir ini.

Vat69Komando – antara pasukan khas yang ditubuhkan dengan misi spesifik menentang gerakan gerila komunis di Malaysia satu ketika dulu, dan kini berkembang doktrinnya seiring perkembangan ancaman pelbagai spektrum

Antara hasil kerja anti-gerila yang boleh dijadikan panduan adalah oleh Sir Robert Thompson – pakar anti gerila semasa zaman Darurat Malaya, yang memberikan banyak landasan berguna untukk dijadikan panduan. Antara perkara yang harus dititik beratkan adalah :

  1. Rakyat adalah kunci utama yang harus dilindungi, dan isu utama bukan daerah yang ditawan atau musuh yang ditumbangkan. Maka usaha harus ditumpukan kepada memberikan keselesaan fizikal dan kemakmuran ekonomi sebagai bekalan populasi tersebut menentang serangan dan propaganda oleh pengganas.
  2. Mesti terdapat wawasan yang jelas yang boleh membayangi, menyamai atau meneutralkan wawasan pihak gerila.
  3. Tindakan praktikal mesti diambil pada peringkat bawahan utk menyaingi idea politik pasukan gerila.

Antara elemen-elemen yang perlu diberi perhatian dalam gerakan anti gerila adalah:

1. Ekonomi pasukan – Pasukan yang menentang pasukan gerila tidak boleh bertindak balas secara melampau kepada provokasi, memandangkan ini mungkin adalah taktik pengganas utk mewujudkan krisis daripada segi keyakinan orang awam. Tindakan tahap kepolisan harus menjadi titik rujukan sebarang usaha dan mengambil tempat secara jelas di dalam rangka kerja undang-undang, walaupun dalam keadaan darurat. Konteks “anggota di medan” adalah lebih penting daripada kecanggihan teknologi atau kekuatan tembakan yang dahsyat, walaupun pasukan anti gerila patut mengambilkira penggunaan sepenuhnya aset-aset moden udara, artileri dan elektronik.

Komando GGK daripada pasukan Tentera Darat Malaysia – antara elemen anti-gerila terampuh pasukan pertahanan kita

2. Tindakan unit besar kadangkala perlu – Jika tindakan kepolisan adalah tidak cukup, gerakan ketenteraan mungkin perlu. Operasi Batalion besar sebegini mungkin diperlukan bagi memecahkan konsentrasi gerila dan memecahkan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil di mana tindakan bersama pasukan polis serta orang awam mampu membendung ancaman gerila.

3. Mobiliti agresif – Mobiliti dan tindakan unit kecil yang agresif adalah sangat penting. Formasi berat harus diringankan untuk mencari, mengejar dan mengambil tindakan secara agresif kepada kumpulan insurgen. Berada di dalam kedudukan statik akan hanya memberikan kelebihan di medan kepada pihak insurgen. Mereka mesti dipastikan sentiasa melarikan diri melalui kaedah rondaan, serangan, serang hendap, sapuan, kepungan, sekatan jalanraya, penangkapan dan lain-lain yang lebih agresif.

4. Susupan dan integrasi di peringkat bawahan – selain mobiliti, turut tersenarai adalah penyusupan terup keselamatan dan elemen awam ke dalam kawasan pasukan lawan. Selain untukk mengkucar- kacirkan musuh, peyusupan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan elit ke dan khas ke dalam pasukan biasa mampu meningkatkan keberkesanan sesuatu pasukan. Tujuannya adalah utk menyatukan usaha risikan selain menguatkan sokongan pada peringkat medan.

5. Sensitiviti budaya – pasukan anti-insurgen paerlu mempunyai pengetahuan tentang budaya setempat serta bahasanya. Kekurangan daripada segi ini akan mengganggu usaha dan operasi ketenteraan dan awam.

6. Usaha risikan yang sistematik – usaha harus digembelengkan utk menyusun kaedah pengumpulan maklumat yang efektif. Satu proses yang sistematik harus diaturgerak – daripada penyoalan secara kasual terhadap orang ramai, ke soal siasat yang tersusun terhadap tahanan. Penggunaan kumpulan yang berlakon bersimpati dan menyokong insurgen juga mampu mendedahkan identiti dan operasi insurgen.

7. Pengenalpastian yang tersusun – pasukan anti- insurgen harus mempunyai kaedah yang tepat bagi membahagikan kawasan konflik kepada sektor tertentu dan mengenalpasti tahap kepentingan kawasan tersebut. Ia dipanggil kaedah “ink spot”. Kawalan mesti bergerak keluar daripada ink spot di atas peta, secara sistematik meneutralkan dan menghapuskan ancaman insurgen daripada satu grid peta ke grid seterusnya. Ia mungkin perlu untuk sesuatu kawasan ditahan tindakannya terlebih dahulu sementara kawasan prioriti dibersihkan.

Pengalaman Malaysia menangani ancaman gerila yang wujud dalam bentuk Parti Komunis Malaya – antara operasi terbesar yang dilancarkan secara ketenteraan ketika itu

8. Penghantaran pasukan besar atau unit khas – penghantaran secara berhati-hati sesebuah pasukan besar adalah sangat bermanfaat bagi memberikan perlindungan secara setempat. Unit khas termasuk komando, penjejak dan juga mereka yang berpaling tadah daripada pasukan gerila asal mampu membantu memburu saki-baki insurgen yang terpecah.

9. Bantuan asing harus dihadkan dan ditetapkan – penggunaan bantuan asing mungkin perlu, samada daripada segi terup, teknikal atau mekanikal, namun ia harus dihad dan ditetapkan dengann jelas kerana terdapat kebarangkalian mereka mengambilalih peperangan tempatan ini. Ia mungkin menyebabkan konflik yang lebih berpanjangan, memberikan peluang propaganda kepada pasukan insurgen yang boleh menggunakan org asing ini sebagai sasaran. Selain daripada itu, gangguan kerana mereka yang tidak memahami budaya dan bahasa setempat mampu menempah kegagalan bagi operasi sebegini.

10. Masa- satu faktor kunci di dalam strategi gerila adalah konflik yang boleh meruntuhkan moral pasukan penentang. Pasukan anti-gerila haruslah membenarkan masa yang cukup bagi kejayaan dicapai. Permintaan gelojoh agar kejayaan diperolehi dengann cepat demi perkara-perkara seperti pilihanraya akan mampu dimanipulasi oleh pasukan gerila seterusnya. Dalam erti kata lain..kita mungkin akan menang bersorak..tapi selepas itu kampung pula tergadai….=WRA=

Pek meriam 102 Howitzer yang ditempatkan di Gubir satu ketika dulu – diguna untuk melepaskan tembakan berimpak ke kedudukan komunis

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

1 Comment

Leave A Reply