Masyarakat Rohingya merupakan masyarakat Islam Indo-Aryan yang berasal dari wilayah Rakhine, Myanmar. Sekitar abad ke-9 hingga ke-14, masyarakat Rohingya telah memeluk agama Islam atas jasa pedagang-pedagang daripada Tanah Arab.  Berdasarkan masyarakat Rohingya sendiri dan beberapa sejarawan, Rohingya adalah penduduk asli di wilayah Rakhine, manakala sesetengah sejarahwan berpendapat bahawa kumpulan tersebut terdiri daripada gabungan daripada pelarian sebelum dan ketika penjajajahan. Pendirian kerajaan Myanmar pula menyatakan Rohingya merupakan pendatang yang berhijrah ke daerah Arakan selepas Kemerdekaan Burma pada tahun 1948 ataupun selepas Perang Kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971.

Orang Islam telah tinggal di wilayah Rakhine ( juga dikenali sebagai Arakan ) sejak abad ke-15 namun bilangan penduduk Islam sebelum pemerintahan British tidak diketahui. Biarpun perdebatan tentang asal-usul penduduk Rohingya ini masih berlaku, namun jika dilihat tentang terma “ Rohingya “ yang disebut sebagai Rooinga, ditemui pertama kali digunakan dalam artikel pada tahun 1799 mengenai bahasa yang dituturkan oleh orang Islam yang mengaku sebagai penduduk asli wilayah Arakan.

Pada tahun 1869,  selepas Perang Anglo-Burma Pertama, British telah menakluki wilayah Arakan dan hal ini telah menggalakkan penghijrahan penduduk daripada Bengal untuk bekerja sebagai pekerja ladang di Arakan. Badan pemerhati British telah membuat bancian pada tahun 1872 dan 1911 dan bancian tersebut menunjukkan peningkatan dalam populasi Islam di wilayah Akyab daripada 58,255 kepada 178,647 orang.

Ketika Perang Dunia Kedua meletus, Pembunuhan beramai-ramai Arakan pada 1942 telah berlaku yang melibatkan kekejaman etnik di antara tentera rekruit V Force British yang terdiri daripada masyarakat Rohingya dengan penduduk Rakhine yang beragama Buddha dan hal ini menyebabkan berlakunya perbalahan sesama etnik di wilayah tersebut. Selepas Kemerdekaan Burma pada 1948, pemberontak mujahidin memulakan gerakan pemisah untuk menjadikan Arakan sebahagian daripada wilayah di Pakistan Timur dan gerakan tersebut diteruskan pada tahun 1960-an bersama dengan Gerakan Kemerdekaan Arkanese yang dipelopori oleh masyarakat Buddha Rakhine. Pemberontakan tersebut telah menambah kecurigaan dan permusuhan antara masyarakat Islam dan Buddha di wilayah tersebut.

Pada tahun 1982, kerajaan pimpinan Jeneral Ne Win telah menggubal undang-undang kerakyatan Burma di mana undang-undang tersebut telah melucutkan dan menafikan kerakyatan masyarakat Rohingya, hal ini membawa kepada majoriti masyarakat Rohingya menjadi masyarakat yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

Situasi Terkini

Walaupun berlakunya krisis pelarian Rohingya pada tahun 2015 dan kekejaman tentera Myanmar pada tahun 2016 dan 2017, populasi Rohingya di Myanmar meningkat daripada sekitar 1.1 million kepada 1.3 million. Kebanyakannya mereka bertumpu di kawasan utara Rakhine yang mewakili 80 hingga 90% populasi di kawasan tersebut. Ramai juga masyarakat Rohingya yang telah melarikan diri ke Bangladesh serta di kawasan sepanjang sempadan Thailand sehingga ke Karachi, Pakistan.

Seramai 100 ribu lebih warga Rohingya di Myanmar tinggal di kem yang berada di sempadan kerana dihalau daripada tempat tinggal mereka namun pada masa yang sama, mereka tidak dibenarkan oleh pemerintah untuk meninggalkan wilayah tersebut. Pemerhatian yang dibuat oleh PBB telah menemukan bukti bahawa tiadanya toleransi agama dan membuaknya dendam lama disebabkan oleh propaganda “ nasionalis radikal Buddha “ yang menentang Rohingya sementara tentera Myanmar terus melakukan pelbagai kekejaman ke atas golongan ini.

Media antarabangsa dan badan hak asasi manusia seringkali menggambarkan  bahawa Rohingya adalah golongan minoriti di dunia yang paling teraniaya. Berdasarkan kepada PBB, pencabulan hak asasi manusia ke atas masyarakat Rohingya ini boleh dianggap sebagai “ jenayah kemanusiaan “.

Pada 2016, kumpulam militan Rohingya, Harakah al-Yaqin menyerang pondok pengawal sempadan yang membunuh 9 orang tentera. Para tentera menyerang balas dengan membunuh, merogol dan membakar harta benda dan kesannya lebih 25 ribu orang berhijrah ke Bangladesh. Kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi menafikan berlakunya kekejaman tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sedang melanjutkan pelajaran di UMS dalam program Hubungan Antarabangsa. Berminat dalam menulis mahupun mengkaji mengenai isu-isu global. Berharap suatu hari nanti mampu menerbitkan buku dengan The Patriots.

Leave A Reply