Mesti ramai yang suka tengok filem Lagi-Lagi Senario kan? Aku pun tengok banyak kali.

Tapi untuk kali ini ada benda aku belajar daripada filem tu terutamanya bisnes. Kalau nak tahu ianya dibuat berlandaskan krisis kewangan 1997.

Jadi apa yang kita boleh belajar dari filem itu?

1. Downgrade kerja

Wahid asalnya adalah pelayan sebuah restoran eksklusif tapi telah diberhentikan kerja. Dengan pengalaman yang ada dia cuba mohon kerja sama tapi tak dapat sebab krisis kewangan dunia. Jadi dia bekerja sebagai sesumpah, itu pun kena pecat.

Selepas itu dia dapat bekerja di Warung Azlee. Ramai yang anggap kerja warung ini gaji kecil tapi Saiful membuktikan sebaliknya.

Dia hanyalah seorang penebar roti canai tapi mampu membeli barangan mewah yang terdapat dalam rumahnya. Bak kata Wahid, luar setinggan dalam kondo.

Dalam satu babak tu aku tengok Azlee menghulurkan RM50 kepada Majid sebagai gaji sehari. RM50 ketika era 1997-1998, itu adalah jumlah yang besar.

Bak kata sesetengah orang, RM50 penuh 1 troli. Jadi tak mustahil gaji Saiful masa itu boleh cecah RM1000 sebulan.

2. Monopoli

Warung Azlee sudah bertahun-tahun memonopoli perniagaan roti canai kerana tiada persaingan.

Ianya bikin Warung Azlee mengabaikan aspek promosi dan persembahan kerana mereka yakin pelanggan akan tetap kembali.

Kehadiran Kafe Mazlan selepas itu buat Warung Azlee semakin tergugat. Kafe Mazlan hadir dengan konsep yang agak moden dan penggunaan warna ceria. Di sini, kita akan lihat wujud persaingan dan monopoli berjaya dipecahkan.

3. Perpindahan pekerja

Penghijrahan Saiful ke Kafe Mazlan dianggap sebagai pengkhianatan. Tapi dalam alam pekerjaan ini adalah lumrah biasa kerana pekerja akan lebih terpikat dengan tawaran menarik.

Contoh mudah adalah ketika perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke JDT. Mungkin ada yang beranggapan itu adalah pengkhianatan. Tapi benda mudah, siapa yang mampu beri tawaran menarik, ia akan jadi pilihan.

4. Tranformasi warung

Sebelum ini Warung Azlee tidak mengambil pusing tentang persembahan kedai sehinggalah kehadiran Kafe Mazlan.

Jadi Azlee dan Wahid berusaha mengubah warung menjadi lebih moden tapi masih mengekalkan elemen-elemen tradisional.

Perkara sama juga turut dilakukan oleh kumpulan thrash metal iaitu Metallica. Mereka telah mengambil keputusan untuk memotong rambut dan mengubah muzik ke arah lebih blues.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Benda ni buat peminat lama rasa terasing tapi mereka berjaya mendapatkan peminat baru.

Dalam bisnes, penting untuk kita ikut arus semasa agar tidak ketinggalan dan kurang relevan.

Seperti hari ini semua jenis bisnes perlu mengadaptasi dengan digital kerana kurangnya pergerakan manusia keluar dari rumah. Tak nak berubah, anda akan karam.

5. Hard time create strong man

Waktu sukar telah buat Wahid beradaptasi dengan mencuba menjadi seorang penebar roti canai.

Bermula dengan menebar baju di bilik air, Wahid mengambil risiko dengan menebar roti canai pula. Ianya berjaya dan bikin Warung Azlee kembali laris.

Perkara sama juga terjadi kepada CNN dan Burger King kerana kedua-duanya ditubuhkan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi.

Apabila mereka mampu beradaptasi ketika waktu sukar, nescaya mereka mampu bertahan untuk tahun-tahun mendatang.

6. Cipta hubungan baik antara majikan dan pekerja

Azlee sebagai majikan tidak meletakkan gap yang terlalu jauh antara dirinya dengan pekerja. Dalam filem itu, Azlee sama-sama bekerja sebagai pembancuh air. Malah, ianya juga tidak mengurangkan langsung hormat pekerja pada dirinya.

Dekat sini kita dapat lihat, pekerja akan rasa lebih dihargai apabila majikan sama-sama mereka bekerja dalam satu pasukan. Cadangan Yasin yang mahukan Wahid diambil sebagai pekerja diterima baik oleh Azlee.

Kesimpulannya, perniagaan yang berjaya itu perlukan majikan dan pekerja sama-sama bangunkan syarikat. Bak kata Sun Tzu:

Syarat pertama untuk menjadi syarikat yang berjaya ialah majikan dan pekerja mestilah sehati sejiwa serta bersatu teguh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.